"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, April 16, 2011

Dunia yang semakin gelap...

Salam Perjuangan,

Sesetengah orang ketika ini mereka menikmati hidup yang begitu selesa dengan kemewahan dan nikamt kesihatan yang begitu baik. Tetapi bagi sesetengah orang mereka semakin sengsara dengan serba kekurangan dalam hidup malah mereka semakin jauh dari tuhan yang sepatut mereka ingati.

Kebelakangan ini aku mengahdapi kesukaran hidup yang tidak terhingga sehingga menyebabkan aku rebah di dunia yang fana ini. Semakin gelap duniaku dari cahaya tuhan dan semakin aku mengalah dengan ujian tuhan. Aku mula teringat zaman jahiliyah aku yang penuh dengan kejahilan dan di masa ini lah tuhan membayar balik segala perbuatanku yang langsung tidak melambangkan seorang Muslim.

Seringkali aku termenung melihat sinaran bulan sambil bermuhasabah diri. Apakah aku mempunyai peluang untuk menikmati bahagia di sisi tuhan??..Jawapannya adalah ya dan aku perlu yakin denga ketentuan tuhan dan Allah juga telah berfirman Bahawa Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka cuba untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Aku betul-betul rebah sujud pada tuhan dan aku berkata pada diriku bahawa tanpa bantuan dari Allah aku tidak mungkin akan dapat menempuhi hidup ini. Ya Allah aku berada di dunia yang manusia nya penuh dengan kejahilan sehingga ku tidak mampu untuk beristiqamah menjadi hambaMu yang taat. Bantulah aku ya Allah, sedih melanda bagaikan tsunami dalam hati dan rindu ku atas nikmatMu sebagai hamba yang taat.

Aku pasrah akan segala yang berlaku sekarang ini..adakah aku mampu senyum dan hatiku tidak menangis lagi???...Hanya Allah yang tahu.