"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Thursday, August 18, 2011

Bersyukur dan Berterima Kasih

Salam Ramadhan,

Semakin hari kita seluruh umat Islam semakin hampir kepada fitrah. Walaupun berbagai kepincangan yang di laporkan dalam arus media massa, tapa kita sedari umat Islam semakin kembali kepada Islam dan semakin sensitif dengan isu agama.

Kita sebagai umat Islam hendaklah berfikiran positif dari setiap sudut untuk terus maju kerana apabila berfikiran negatif umat Islam hanya tahu memberi tohmahan dan persepsi yang tidak membina. Apabila kita menerima sesuatu berita maka hendaklah kita sendiri mengadun bahan-bahan bukti dan maklumat yang ada, bukannya terus kita membuat keimpulan kerana apabila ia silap maka ia boleh menjadi fitnah kepada orang yang tidak bersalah.

Ramadhan kali ini adalah bonus dari Allah untuk kita sebagai hambaNYa menebus segala kesilapan dan merebut segala nikmat dan kurniaan tuhan. Tetapi ramai yang tidak mahu merebut bonus dari Allah tetapi sibuk merebut bonus kerajaan yang tidak ada nilai langsung di sisi Allah.

Apa yang saya utarakan pada artikel kali ini merupakan sedikit cebisan kehidupan umat Islam hari ini. Dengan sifat kasih sayang Allah yang tidak terhingga kepada umat Muhammad, Dia masih lagi memberikan nikmat dan rahmat kepada seluruh manusia di muka bumi. Jikalau kita reti berterima kasih kepada manusia yang menolong kita, kenapa tidak kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah yang telah banyak melimpahkan angerah dan kurniaan Nya??...

Semoga artikel yang ringkas dan tidak seberapa hebat ini dapat memuhasabahkan semua walaupun kita telah di anggap hebat sebagai seorang daie atau pemimpin.

Saturday, August 6, 2011

Ramahan 1432 H....

Salam Ramadhan,

Tanpa kita sedari Ramadhan sudah pun mencecah usia seminggu dan itu lah petanda bahawa masa semakin pantas berlalu.

Kita melihat suaru-surau dan masjid masih lagi di penuhi dengan hamba Allah yang berkejar-kejar melakukan ibadah membesarkan Allah semat-mata. Aku juga melihat di bulan Ramadhan ini juga peniaga-peniaga mengambil kesempata berniaga berbagai juadah makan di Bazar Ramadhan. Ada yang beli sehingga penuh di tangan dan ade yang beli sekadar-sekadar sahaja.

Setelah Ramadhan mencecah hampir satu minggu di lihat umat Islam masih lagi mengamalkan ajaran Islam mengikut adat. Apakah perlu mengikut adat lagi sedangkan masyarakat Islam di Malaysia kini sudah ramai cerdik pandai dan cendekiawan??.

Ternyata umat Islam masih lagi menyambut Ramdahan mengikut cara orang tua-tua bukannya mengikut apa yang Nabi telah ajarkan. Aku inginkan tekankan tentang 2 perkara dalam bulan Ramadhan ini yang sering kita salah anggap.

Yang pertama, aku melihat jikalau berbuka terlalu banyak makanan yang berlebih-lebih. Aku tengok yang nak makan hanya 2 orang tetapi juadah makanan yang di masak atau yang di beli macam nak makan 10 orang. Tahukah kita bahawa Rasulullah saw hanya berbuka dengan kurma dan air kosong sahaja. Banyak khasiat kurma yang boleh menyihatkan badan dan Nabi bukan hanya makan kurma ketika di bulan Ramadhan sahaja tetapi sepanjang masa. Ini bermakna kurma adalah juadah yang terbaik untuk berbuka berbanding dengan makanan yang lain yang hanya menambah kolestrol dan penyakit.

Yang kedua, berkaitan dengan solat sunat terawih. Menghidupkan malam di bulan Ramdahan dengan solat sunat terawih adalah dituntut oleh Islam. Hendaklah kita mengajak kawan-kawan, sahabat handai malah ahli keluarga kita berterawih berjemaah bersama di masjid ataupun surau. Buatlah seikhlas yang boleh kerana Allah. Jangan di banggakan berapa rakaat yang anda buat dan jangan di banggakan sangat surah ape yang anda baca. Bukankah ikhlas dan tawaduk itu kebih penting ketika bersolat menghadap Allah?.. Ini lah die di namakan penyakit hati..bercerita di siang hari betapa hebat dia berterawih semalam..

Oleh itu saudara-saudaraku...ikhlaskan hati dan latih lah diri supaya tawaduk dan istiqamah dengan ibadah kita..semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan di terima oleh Allah..