"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Wednesday, February 8, 2012

Perlukah Begitu???

Salam Perjuangan,

Agak lama aku memikirkan apakah post seterusnya yang aku ingin terbitkan. Apakah isu yang aku hendak utarakan. Bak kata P.Ramlee "Tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya bulan tak timbul-timbul". Mungkin post kali ini aku bersantai dalam artikel ini.

Baru-baru ini, seorang sahabat mengajak aku ke sebuah tempat yang belum pernah aku pergi di kenali sebagai Sg Sendat. Aku bertanya di manakah tempat tu?..Sahabat aku kata di Batang Kali. Jadi kami pun pergi lah melihat keindahan alam di situ. Sungainya sangat jernih dan kawasan nya sangat menenangkan jiwa dari kesasakan hikuk pikuk di bandar.

Tetapi permandangan aku banyak di cemari oleh gelagat anak muda yang sudah kehilangan pedoman barangkali. Gelak ketawa mengilai-ngilai menunjukkan mereka betul-betul enjoy dengan kawan-kawan. Di tambah pula mereka di temani anak gadis yang berpegangan tangan tanpa mengira mahram.

Aku dan sahabat aku temenung sejenak..mungkin dalam hati kami berkata siapa nak di salahkan sehingga mereka jadi jahil sebegini. Anak gadis berpakaian mengikut tema pula tu. Mentang-mentang la nama Sg Sendat, jadi datang berkelah pun dengan berpakaian sendat. Rasa malu dalam diri mereka telah hilang.

Aku mula tertanya-tanya apa rasanya perasaan mereka apabila mereka di lihatkan azab Allah ketika itu juga. Makna nya apabila Allah buka hijab di lihatkan neraka Allah, pasti ada yang tercengang dan tidak berkata. Tidak sempat hendak bertaubat pula Allah cabut nyawa mereka ketika itu juga. Apabila aku berfikir begitu, rasa sebak mula mengerumuni jiwaku dan rasa bersalah juga menghampiri kalbuku kerana aku tidak sempat mengajak mereka lihat akan nikmat Allah yang sebenar sebagaimana aku lihat.

Itulah manusia selagi tidak nampak di depan mata selagi itu tidak percaya. Aku pasti mereka tahu akan hukum hakam Allah tetapi mereka tidak percaya untuk di praktikkan dalam kehidupan. Teringat aku pada kata TGNA "Perjuangan kita pada hari ini untuk menegakkan Islam hanya baru 1% dari perjuangan Nabi yang sebenar". Maka jelas dan terang perjuangan kita panjang lagi dan kita belum lagi di beri cabaran yang lebih hebat seperti Nabi dan Para Sahabat.

Ingatan buat diriku, buat bakal zaujahku dan sahabat seperjuangan, jomlah kita mengerah keringat membanting tulang empat kerat untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Ini bukan masa untuk kita bermimpi atau berfantasi tetapi sudah masa untuk kita menghadapi realiti. Bukan juga masa untuk memilih bulu dalam berdakwah tetapi sudah sampai masanya untuk kita mengajak semua kembali ke pangkuan Allah.