"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, February 26, 2011

4 ciri lelaki hebat......

Salam Perjuangan,

Lelaki yang hebat sukar ditemui di zaman penuh dengan kerosakan dan kemusnahan akhlak. Ini di sebabkan lelaki pada zaman ini tidak lagi bertindak sebagai pemimpin tetapi bertindak sebagai seorang yang sia-sia dan tidak berfungsi kepada masyarakat dan wanita. Berikut ingin saya konsikan ciri-ciri lelaki hebat dan entry ini merupakan nukilan daripada orang lain tetapi tidak salah kita kongsikan bersama.

1. Kehebatan terserlah

Lelaki yang hebat di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang membantu pasangannya, baik di luar mahu pun di dalam rumah. Lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya atau berbuat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pun.

Tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan zaman dahulu yang perlu memikul tombak, menghunus keris dan membiarkan pasangan membuat semua kerja di dapur sendiri sebaliknya lelaki hebat masa kini adalah lelaki yang rajin tulang membantu pasangannya. Jika anda sudah ada ciri ini, anda adalah lelaki hebat di mata wanita.


2. Tahu akibat

Menjadi lelaki yang hebat juga bermakna anda tahu membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah memikirkan apakah kesannya kepada pasangan, adakah ia akan mengguris hati mereka dan mencacatkan hatinya yang tulus suci menyintai anda dan sebagainya.

Menjadi lelaki yang baik adalah bagaimana anda tahu menjaga hati pasangan sebaik mungkin. Percayalah, bila anda pandai menjaga hatinya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. Sebenarnya, ramai lelaki yang gagal berbuat begini kerana kebanyakan lelaki lebih suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

3. Ambil berat

Biarpun sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. Jangan sesekali mengambil kesempatan kerana ia akan hanya menunjukkan kelemahan anda di mata mereka.

Jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, sanggup berkorban apa saja demi menjaga hati pasangan. Menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksananya mungkin agak sukar. Namun begitu, lelaki hebat tidak akan teragak-agak berbuat demikian kerana mereka tahu, penghabisannya sangat berbaloi. Diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa saja untuk anda, sama seperti anda yang sanggup berbuat apa saja demi menjaga hatinya.

4. Pandai ambil hati

Ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan sebagainya. Lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah tampan, kekayaan, kedudukan, baik dan sebagainya. Tetapi dalam ribuan lelaki, bukan semua memilikinya.

Ada yang dilahirkan dengan wajah biasa-biasa saja dengan pekerjaan yang biasa juga. Semua ini membuatkan ada lelaki berasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki yang hebat. Namun tidak mustahil anda juga boleh menjadi lelaki yang hebat di mata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalunya. Mungkin anda tidak dapat menandingi semua kekayaan dan ketampanan tetapi cukuplah sekadar anda memiliki hati yang hebat.

Namun dalam anda mencari bagaimana menjadi lelaki hebat, jangan dilupakan satu perkara penting bahawa lelaki yang hebat juga adalah lelaki yang hatinya penuh takwa kepada Allah SWT. Dia bukan saja ingin sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa malah mengajar pasangan dan anak-anak mencintai dan mengikuti ajaran-Nya.

Wednesday, February 23, 2011

Tukang Gunting yang bijak!!!

Salam Perjuangan,

Hampir 2 bulan jari aku tidak menekan keyboard komputer untuk update blog aku ini. Kekangan masa dan jadula yang begitu padat menyebabkan aku tidak sempat untuk membuat pengisian di dalam blog ini. Untuk permulaan aku ada sebuah artikel untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini. Oleh itu hayatilah mesej di dalam cerita ini.

"Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah,barber itu pun berkata,"saya tak percaya Allah itu wujud", "kenapa kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi.




"Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yg terbiar? Kalau betul Allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku".

"Si lelaki itu pun berfikir sejenak. tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,"kamu tahu tak yg sebenarnye barber jgk tidak wujud?", "kenapa kamu kata mcm tu? sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi",kata barber. "tidak!" kata si lelaki tadi. "kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu". "Ah! barber mmg wujud! lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnye!",kata barber. "Tepat sekali!". kata si lelaki tadi. "That's the point!. Allah jgk wujud. itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan."

Jadi cube kita renungkan bahawa kadang-kadang kita mengeluh dengan kehidupan kita dan mengatakan kehidupan kita tidak diberi nikmat yang baik oleh Allah sedangkan kita tidak datang kepadaNYA memohon pertolongan malah seringkali pula kita membuat kemungkaran. Marilah saudara-saudara ku kita berfikir sejenak!!!