"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Monday, July 25, 2011

Makna Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok

Salam Perjuangan,

Dipetik dari Naim@yahoo.com (Hidayahnet@yahoogroups.com).
Sekadar perkongsian bermanfaat bersama-sama shabat yang ingin membaca.



“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan.

Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi, “Berbuat baiklah kepada wanita.”

Hal ini janganlah sampai dihalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan keluarganya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.

Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah pangkal tulang rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain.

“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih dapat menghilangkan akal lelaki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)

Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi S.W.T adalah bahawa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang lelaki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda Baginda adalah bahawa wanita itu kadangkala selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.

Nabi Muhamad S.A.W tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu baginda sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah:

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)

Bagi para wanita hayati dan fahamilah...kerana anda adalah sayap kiri dalam perjuangan Islam.

Saturday, July 23, 2011

Untuk Insan yang bakal menjadi suami...

Salam Perjuangan,

Dipetik dari Naim@yahoo.com (hidayahnet@yahoogroups.com)
Di catat oleh Naim Qlate..



Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Santapan Jiwa..

Salam Perjuangan,



Jangan menjual agamamu kepada orang lain semata-mata kerana engkau ingin mendapatkan harta dunia darinya. Jika perkara ini engkau lakukan, engkau akan dipandang hina
oleh orang yang memberimu harta dunia itu. Boleh jadi juga pada suatu ketika engkau tidak akan diberi harta duniaoleh- Nya, sebab engkau dipandangnya tidak berharga sama sekali.

Jangan menentang orang lain sehingga jelas kelihatan pertentangan diantara kamu berdua. Kecuali jika engkau melihat suatu kemungkaran yang dilakukan olehnya yang
ada kaitan dengan urusan agama, maka hendaklah engkau menentang perbuatannya itu. Hendaklah engkau berhati- hati terhadap usahanya yang jahat yang mencelakan diri
mu.

Saturday, July 16, 2011

Bila Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta...

Salam Perjuangan,



Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

Inilah adalah sekadar makluman kepada pembaca..tetapi dalam percintaan sesama manusia hendaklah kita meletakkan cinta kepada Allah lebih tinggi dari kekasih yang kita cintai..barulah hubungan diberkati dan bahagia di sisi Allah.

Friday, July 15, 2011

Coretan Untuk Bakal Isteriku....

Salam Perjuangan,

(Petikan dari akuislam.com)
Untuk Bakal Isteriku..




Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku..“

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.

Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.

Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.

Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..“

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.

Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.

Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

“Wahai saudari seakidahku, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”



Sumber: Coretan Untuk Bakal Isteriku | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/coretan-untuk-bakal-isteriku/#ixzz1SBFBsCqS

Mengapa Enggan Berada di Saf Hadapan??

Salam Perjuangan,

(Petikan dari www.islaituindah.my)
Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh”



Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu. Ia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain.

Firman Allah (bermaksud); “Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan” (al-Baqarah; 148). Sabda Nabi s.a.w.; “Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a..

Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan; “Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan-amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) hukumnya adalah makruh. Adapun dalam menerima pemberian, maka memberi keutamaan kepada orang lain adalah digalakkan”. Kaedah Fiqh ini memberi pengertian; jika kita ada peluang untuk melakukan amalan kebaikan/kebajikan, rebutlah peluang itu dan jangan menyerahkannya kepada orang lain kerana kita yang amat memerlukan pahala dari amalan itu.

Kita tidak mengetahui; apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya. Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain. Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.

"RENUNG-RENUNGKANLAH DAN MARI LAKUKAN PERUBAHAN"

Sunday, July 10, 2011

Nik Aziz: Saya tak pernah rasai pilihan raya bebas di Malaysia

Salam Perjuangan,

(Petikan dari The Malaysian Insider.com)
Oleh Zulaikha ZulkifliJuly 10, 2011



Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahi keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad di rumahnya di AU3 Dato Keramat, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack OoiKUALA LUMPUR, 10 Julai — Meneruskan sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Kenapa polis nak sekat? Yang datang semalam adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih,” kata Mursyidul Am PAS selepas menziarahi keluarga Allaharham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam.

“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

“Kerana ada yang berasuah, ada ugutan. Macam kerja budak-budak,” kata Nik Aziz, yang turut memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Nik Aziz yang kembali dari Mekah petang ini terus mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham Baharuddin, yang merupakan seorang ahli PAS.

Selain itu, Nik Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 menambah, Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang berusaha untuk mencari orang yang benar-benar layak menjadi pemimpin melalui pilihan raya.

“Kita nak pilihan raya yang bersih... jangan ada rasuah. Kalau dirasuah, menang pun tak boleh dibawa bekal ke syurga. Biarlah kita ini hidup berbeza dengan orang barat yang hidup semata-mata untuk dunia dan tidak memikirkan tentang akhirat,” ujarnya.

Susulan kepada Bersih 2007, Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan aman di ibu negara semalam dengan membawa lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya.

Bagaimanapun kerajaan tidak memberikan permit meskipun Bersih 2.0 telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya diadakan di Stadium Merdeka.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, gabungan itu mengisytiharkan himpunan itu berjaya menarik kehadiran 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara.

Seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Antara tahanan itu termasuklah empat pemimpinan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden.

Rokok dan Israel

Salam Perjuangan,



Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita berasa apa-apa?

(Ini termasuk juga jenama-jenama rokok ternama seperti dunhill dan beberpa brand luar negara...tidak terasakah anda??)

Saturday, July 9, 2011

Seorang Pendemonstrasi Meninggal Dunia...

Salam Perjuangan,

Sedar dan lihatlah apa yg berlaku ini adalah realiti!!!!!!

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.




Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Kenyataan Al-Mursyidul Am PAS Ekoran Penangkapan Datuk Seri Tuan Guru Presiden Dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi PAS Dan PR

Salam Perjuangan,

Berikut adalah respons dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Musryidul Am Pas berkaitan dengan penahanan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang. Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO.

Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden UMNO. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun? Bukankah Presiden UMNO baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada UMNO. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.

UMNO barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa. Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman UMNO yang dilakukan pada hari ini.

Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!"

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan), 9 Julai 2011.