Salam Ramadhan,
Semakin hari kita seluruh umat Islam semakin hampir kepada fitrah. Walaupun berbagai kepincangan yang di laporkan dalam arus media massa, tapa kita sedari umat Islam semakin kembali kepada Islam dan semakin sensitif dengan isu agama.
Kita sebagai umat Islam hendaklah berfikiran positif dari setiap sudut untuk terus maju kerana apabila berfikiran negatif umat Islam hanya tahu memberi tohmahan dan persepsi yang tidak membina. Apabila kita menerima sesuatu berita maka hendaklah kita sendiri mengadun bahan-bahan bukti dan maklumat yang ada, bukannya terus kita membuat keimpulan kerana apabila ia silap maka ia boleh menjadi fitnah kepada orang yang tidak bersalah.
Ramadhan kali ini adalah bonus dari Allah untuk kita sebagai hambaNYa menebus segala kesilapan dan merebut segala nikmat dan kurniaan tuhan. Tetapi ramai yang tidak mahu merebut bonus dari Allah tetapi sibuk merebut bonus kerajaan yang tidak ada nilai langsung di sisi Allah.
Apa yang saya utarakan pada artikel kali ini merupakan sedikit cebisan kehidupan umat Islam hari ini. Dengan sifat kasih sayang Allah yang tidak terhingga kepada umat Muhammad, Dia masih lagi memberikan nikmat dan rahmat kepada seluruh manusia di muka bumi. Jikalau kita reti berterima kasih kepada manusia yang menolong kita, kenapa tidak kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah yang telah banyak melimpahkan angerah dan kurniaan Nya??...
Semoga artikel yang ringkas dan tidak seberapa hebat ini dapat memuhasabahkan semua walaupun kita telah di anggap hebat sebagai seorang daie atau pemimpin.
No comments:
Post a Comment