"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Friday, December 9, 2011

Jangan Pertikai Ketentuan Nya...

Salam Perjuangan,

Syukur Alhamdulillah kepada tuan yang empunya dunia kerana memberi aku lagi peluang dan nikmat untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Yang pasti peluang yang di beri bukanlah untuk digunakan ke jalan yang sia-sia tetapi untuk beribadah dan menambahkan bekalan amal untuk ke negara akhirat kelak.

Segala yang berjalan dalam dunia telah di tentukan oleh Allah melalui Qada' dan QadarNya. Dia telah menentukan apa yang terbaik untuk HambaNya dan HambaNya pula jangan la merungut atau mempertikaikan mengapa jadi begini dan begitu.

Jikalau anda menghadapai masalah kewangan cuba berfikir positif dan Ingatlah bahawa Allah yang memberi rezeki. Tak kan lah Allah begitu kejam menyekat rezeki hambaNya?..Pasti di situ Allah ingin mengajar kita sesuatu tentang kehidupan.

Jikalau kita berada di dalam gelanggang dakwah dan perjuangan, pasti ada ujian dan dugaan sepanjang kita menyusuri liku-liku tersebut. Sampai satu ketika kadang-kadang kita berasa lemah dan tidak terdaya. Ketika itu jangan di persoalkan kenapa aku berada di jalan ini sedangkan kawan-kawan aku yang lain bersenang- lenang. Tahukah anda dalam banyak-banyak hambaNya yang lalai kita terpilih untuk mendapat kesedaran mengakkan kalimah Allah??..Gunakan akal untuk berfikir jangan guna nafsu sebagai rujukan.
Jikalau anda berada di dalam situasi yang sangat merumitkan sehingga anda hampir berputus asa maka ingatlah Allah. Kadang-kadang kita lalai maka dengan kesusahan Allah mengajar kita mengingati Dia. Dia adalah tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tak kan Dia biarkan HambaNya susah dan terus berada dalam kesesatan??. Sekali lagi gunakan akal untuk berfikir jangan gunakan nafsu sebagai rujukan.

Ingatlah wahai diriku dan anda sekalian bahawa semakin kita jauh dari Allah semakin Allah mendekati kita, semakin kita lupakan Allah tetapi Allah sentiasa mengingati kita, semakin kita cintakan Allah, Allah akan jadi pembimbing dan penunjuk jalan kepada kita. Kasih sayang Allah kepada kita melebihi kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Cuba kita fikirkan sedang dalam saat kita berbuat maksiat dan dosa kepada Allah..Dia tetap memberi nikmat nyawa, kesihatan dan rezeki kepada kita. Patutkah anda balas dengan mengingkari dan menentang hukum Allah. Manusia yang waras pasti dia sedang fikir apa yang telah aku tulis..walaupun 5 saat je..

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment