Salam Perjuangan,
Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan aku kesihatan yang baik untuk menerbitkan artikel lagi. Pada kali aku ini aku cuba mengutarakan satu persoalan yang menjadi isu di kalangan remaja Islam. Persoalan yang kita cuba kupaskan adalah tentang budaya coupling yang semakin merebak di kalangan remaja Islam. Budaya ini sudah di anggap biasa dalam masyarakat malah ibu bapa moden pada zaman ini pula membenarkan anak-anak gadis mereka 'bercouple' tanpa ikatan.
Inilah penyakit yang telah menyerang masyarakat kita yang semakin jahil dengan agama. Mereka lebih mengutamakan adat daripada hukum tuhan kerana bagi mereka adat lah yang telah mengharmonikan masyarakat sedangkan mereka lupa yang Allah lebih berkuasa dalam memberi nikmat serta rahmat kepada manusia.
Bila di tanya kepada remaja pada hari ini.."ko ada couple?"...Hampir 90% mengatakan semua sudah mempunyai pasangan cinta masing-masing. Ada seorang gadis berusia lingkungan 20-an bertanya " Salah ke bercouple?..Salah ke nk kenal pasangan sebelum kahwin?..tak kan nak kahwin dengan orang yang kita tidak kenal hati budi?. Agak-agak anda apa jawapan anda terhadap persoalan gadis tu?.
Jikalau anda seorang berpegang kepada Islam dan sunnah Nabi jawapan anda mesti kata "boleh". Pasti ada yang terkejut dan mengatakan aku ni cuba mengahalalkan zina ke?..Sebenarnya rasa cinta adalah fitrah manusia yang Allah telah campakkan di dalam hati kita. Kita kena faham definisi cinta yang sebenar. Kalau Allah melarang manusia itu bercinta, mengapa Allah campakkan rasa cinta kepada Nabi Adam sehinggakan Allah menciptakan Hawa sebagai peneman kepada Nabi Adam. Kisah ini jelas menunjukkan Allah memang menghalalkan cinta sesama manusia. Cuma ada peraturan dan pantang larang dalam bercinta.
Dalam kehidupan ini kena ada peraturan sepertimana anda membawa kereta di jalan raya penuh dengan undang-undang supaya anda selamat memandu. Begitulah juga dengan couple. banyak peraturan yang perlu kita ikut supaya kita tidak terjebak dengan zina.
Aku bukan lah orang yang layak untuk mengupas panjang mengenai cinta dan coupling. Cuma aku dapat kumpulkan tips-tips mengenai bercinta menurut syarak dari buku "TENTANG CINTA" tulisan Pahrol Mohd Juoi. Beliau telah mengariskan peraturan-peraturan asas berouple secara Islamik.
1. Bercinta dengan si dia dengan niat yang suci iaitu untuk di jadikan isteri atau suami.
2. Pergaulan yang betul-betul terhad. Tak de dating. tak de romantik2, tak de berpegangan, dan tak de bergayut di dalam telefon.
3. Menjaga agama dan mempertingkatkan amalan kepada Allah sepanjang bercouple.
4. Mengajak couple kita sentiasa mengingati Allah dan saling ingat -mengingati tentang kebesaran Allah.
5. Mesti ada orang tengah yang memantau hubungan kerana orang yang bercinta hanya menggunakan kewarasan akal 1/3 sahaja. Mana pergi lagi 2/3?..Jawapannya mereka sedang dikuasai oleh perasaan cinta kepada pasangannya. Jadi perlu ada orang tengah sebagai penasihat dan penyedar kepada pasangan bercinta.
6. Tidak digalakkan bercinta terlalu lama. Mesti ada perancangn untuk berkahwin.
7. Kenali keluarga pasangan kita dan meminta izin daripada keluarga pasangan untuk berkenalan.
Peraturan-peraturan di atas adalah asanya sahaja dan sebenarnya banyak lagi kita kena tahu dan jaga sepanjang mengenali pasangan kita. Jikalau kita tidak mampu untuk buat perkara asas di atas, anda dinasihatkan "MEMENDAM SAHAJA PERASAAN TERLEBIH DAHULU", barangkali kita hanya meminati si dia tetapi kita belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Banyakkan lah berpuasa untuk menahan gelora perasaan bercinta jikalau kita tahu kita belum bersedia.
Aku sarankan supaya setiap remaja membeli buku "TENTANG CINTA" yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi kerana di situ banyak garis panduan untuk membina remaja Islam yang soleh dan solehah. Aku selitkan gambar kulit buku di atas untuk memudahkan anda mencari di kedai buku berdekatan.
No comments:
Post a Comment