"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, January 28, 2012

12 Barisan di Akhirat..Kita di barisan yang mana??

Salam Perjuangan,

Berikut merupakan satu artikel untuk kita menghitung diri kita sejauh mana kita telah beramal kepada Allah @ selama kita hidup ni sentiasa lalai daripada Allah. Maka belum terlambat lagi untuk kita bertaubat. Jangan lah kita malu untuk berubah kerana jikalau kita tidak berubah sekarang kita akan rugi bila panggilan Ilahi telah tiba. Jom kita layan artikel ini...mana la tau keinsafan dapat meresap masuk dalam hati kite ke..jom!!! =)

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam

Friday, January 27, 2012

Jahiliah seorang Dai'e..

Salam Perjuangan,

Artikel ini sangat menarik bagi seorang atau pun seseorang yang belum menjadi dai'e untuk membacanya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari artikel ini. Artikel di ambil dari www.ilmi-islam.com. Jom kita baca!!

Dia seorang dai’e telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkahnya bersama rombongan angkatan pejuang al-haq ini.

Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang da'ie yang baru mulai sedar bahawa dia seorang da'ie!

Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu foldernya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.

Da'ie itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang da'ie!

Ada masa, dia seorang da'ie yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan-Twilight, Di Persisiran Rindu, Eat Pray Love dan bermacam lagi. Dialah da'ie yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek-belek majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.

Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang, berjam-jam juga dia melekat. Dia da'ie yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini; dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

Dia juga merupakan da'ie yang masih ringan menjaga ikhtilat - masih ber'SMS' dan bercakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seseorang da'ie yang sudah faham.

Ada waktu pul, dia adalah da'ie yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempa-tempat 'bergembira' seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasionalnya bahawa dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang da'ie, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.

Sounds familiar??

Itulah hakikatnya seorang da'ie, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya da'ie yang masih gagal mengikis karat-karat jahiliah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya - iaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.

Wahai dai'e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"

(Al-Jatsiyah ayat 23)

Wahai dai'e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai dai'e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

1. Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sedarkah kamu wahai dai'e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai'e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai'e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

(Al-Baqarah, 42)

Wahai dai'e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyannya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggeranya.

Ayuh dai'e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu, benar-benar berjihad!

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepada-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(At-Taubah, 39)

Ayuh wahai dai'e, jikalau benar kita ada penyakit yang masih bertuhankan kehendak dan nafsu maka jom lah kita berubah. Tidak kita berubah dan merendahkan ego untuk menegakkan Islam dalam diri seterusnya menegakkan Islam di Tanah Air. Apa pun teguran mahupun rintangan yang mendatang, sama-sama kita muhasabah dalam diri kita sama ada kita sudah melakukan yang terbaik untuk Islam dan jemaah? atau kita sudah melakukan banyak kesilapan. Tidak semestinya kesilapan itu tidak boleh di perbaiki dan tidak semestinya kita sudah lakukan yang terbaik itu sempurna. Perjalanan kita jauh dalam pada sama kita sudah kesuntukan tenaga pemuda. Ayuh Lah!!! pemuda-pemudi bangkit dan tegakkan Deen yang kita cintai!!...

Sunday, January 15, 2012

7 tips untuk menjadi pendengar yang baik bagi Kaum Lelaki..

Salam Perjuangan,

Berikut adalah artikel yang aku nak kongsikan dengan pembaca blog ini.Artikel ini di ambil dari pen patah.blogspot. Ia amat berguna bagi kaum lelaki yang sudah berumah tangga ataupun bakal berumah tangga. Selamat membaca dan mengamalkan nya.

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...


1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya...

Thursday, January 12, 2012

4 Lelaki yang di tarik ke Neraka...

Salam perjuangan,

Berikut adalah sebuah artikel untuk kaum Adam menginsafi diri dan menghitung diri sama ada telah melaksanakan tanggungjawab atau tidak. Petikan ini di ambil dari laman web www.myibrah.com dan jom kita sama-sama hayati.

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Wednesday, January 4, 2012

Jom Kita Pilih Pemimpin yang Warak..

Salam Perjuangan,


Kehangatan mendepani Pilihanraya ke -13 semakin terasa kerana kempen secara tidak rasmi telah di lakukan oleh pemain-pemain politik . Ini menunjukkan mereka masing-masing komited untuk memegang tampuk kepimpinan negara dan masing-masing bertekad untuk memegang kuasa rakyat.

Kita sebagai pemilih, apa yang pula yang kita perlu lakukan??. Tak kan hanya sembang-sembang di kedai kopi je.. atau bercakap di pejabat-pejabat atau tak nak memilih sesiapa pun jadi pemimpin. Itu semua adalah tindakan yang silap sama sekali kerana kita sebagai rakyat mempunyai hak menentukan siapa pemimpin kita yang akan menjamin kehidupan kita yang baik.

Jikalau kita mengaku diri ni sebagai hamba Allah, maka amatlah wajib untuk pilih pemimpin yang benar-benar beriman kepada Allah swt. Apa yang dia cakap dia buat bukan apa yang dia cakap dia tipu kita balik. Rasanye semua manusia yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah telah jelas mengetahui apakah ciri-ciri pemimpin yang diredhai Allah.

Maka di sinilah tugas kita untuk menterjemahkan sokongan kita kepada pemimpin Islam yang waraq supaya hukum Allah dan agama yang kita sayangi ini tertegak di atas muka bumi Allah. Kita perlu berani kerana jikalau kita katakan negara Malaysia hari ini penuh dengan pelaku maksiat maka kita perlu membuat perubahan dengan menaikkan pemimpin yang benar-benar menjalankan hukum Allah.

Memilih pemimpin yang menjalankan hukum Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan kepimpinan nya adalah wajib kita. Ini adalah untuk mengekalkan kembali fitrah manusia yang suka kan kepada kebaikan dan membenci kemungkaran.

Oleh itu marilah kita sama-sama lakukan perubahan di PRU yang ke 13 demi menjamin masa depan negara dan menjamin generasi akan datang akan menjadi generasi yang musleh.

Sunday, January 1, 2012

Pemimpin Mabuk Kuasa..Mahasiswa jadi mangsa..

Salam Perjuangan,

Mustahil dalam hati aku tak geram melihat video Mahasiswa-mahasiswa di belasah oleh Pihak yang mengatakan sentiasa menjaga keamanan negara. Tanggal 1 Januari 2012..pembukaan tahun kita saksikan sekumpulan Mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyatakan hasrat yang perlu di dengar oleh pihak kerajaan. Pihak polis sepatutnya berbincang secara diplomasi bukan nya terus menerjah membelasah orang awam yang tidak bersenjata. Jadi tindakan Pihak Polis yang mewakili kerajaan jelas biadap dan tidak tahu adab dalam melayan kehendak rakyat.

Aku teruja dengan keberanian Mahasiswa yang melaungkan hak kebebasan akademik di Malaysia ni. Mereka telah mencetus satu budaya yang berlainan dari budaya yang biasa dilakukan oleh mahasiswa malah lebih bermanfaat. Ini kerana pengalaman aku sebagai Mahasiswa dahulu pun, aku melihat budaya mereka hanya fikirkan exam, bercinta dan last sekali berzina. Tak cukup lagi dengan 3 budaya teras itu, mereka membuat pula program dan pesta-pesta yang merosakkan akhlak Mahasiswa.

Semoga perjuangan mereka akan meniup semangat Mahasiswa yang lain dalam merubah landskap budaya dalam kampus dan melahirkan Mahasiswa yang lebih proaktif dalam menjamin masa depan negara.

Sila Klik link di bawah ini untuk menonton video Detik Cemas Perhimpunan Aman Mahasiswa