"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Wednesday, January 4, 2012

Jom Kita Pilih Pemimpin yang Warak..

Salam Perjuangan,


Kehangatan mendepani Pilihanraya ke -13 semakin terasa kerana kempen secara tidak rasmi telah di lakukan oleh pemain-pemain politik . Ini menunjukkan mereka masing-masing komited untuk memegang tampuk kepimpinan negara dan masing-masing bertekad untuk memegang kuasa rakyat.

Kita sebagai pemilih, apa yang pula yang kita perlu lakukan??. Tak kan hanya sembang-sembang di kedai kopi je.. atau bercakap di pejabat-pejabat atau tak nak memilih sesiapa pun jadi pemimpin. Itu semua adalah tindakan yang silap sama sekali kerana kita sebagai rakyat mempunyai hak menentukan siapa pemimpin kita yang akan menjamin kehidupan kita yang baik.

Jikalau kita mengaku diri ni sebagai hamba Allah, maka amatlah wajib untuk pilih pemimpin yang benar-benar beriman kepada Allah swt. Apa yang dia cakap dia buat bukan apa yang dia cakap dia tipu kita balik. Rasanye semua manusia yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah telah jelas mengetahui apakah ciri-ciri pemimpin yang diredhai Allah.

Maka di sinilah tugas kita untuk menterjemahkan sokongan kita kepada pemimpin Islam yang waraq supaya hukum Allah dan agama yang kita sayangi ini tertegak di atas muka bumi Allah. Kita perlu berani kerana jikalau kita katakan negara Malaysia hari ini penuh dengan pelaku maksiat maka kita perlu membuat perubahan dengan menaikkan pemimpin yang benar-benar menjalankan hukum Allah.

Memilih pemimpin yang menjalankan hukum Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan kepimpinan nya adalah wajib kita. Ini adalah untuk mengekalkan kembali fitrah manusia yang suka kan kepada kebaikan dan membenci kemungkaran.

Oleh itu marilah kita sama-sama lakukan perubahan di PRU yang ke 13 demi menjamin masa depan negara dan menjamin generasi akan datang akan menjadi generasi yang musleh.

No comments:

Post a Comment