Salam Perjuangan,
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada
sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya
peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya,
hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W.
Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi
berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang
puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan
cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap,
mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar
Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa
diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu
Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun
keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah
bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali
bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga
bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan
saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman,
’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang
tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah
berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu
Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak
yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah
lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku
mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas
cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan
Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran
lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa,
menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki
yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan
muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir
quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan
berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga
datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,
”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan
’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di
sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak
darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya,
bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan
nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab
r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid.
Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah
s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau
bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak
untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar
As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian
bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a.
segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding
dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau
adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran
itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya
diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang
engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak
melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan
puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a.
berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar,
anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki
Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku
tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk
membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali,
janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan
seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a.
berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah
s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap
Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah.
Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
“Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan
bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun
mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah
r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad
s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di
kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali
r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu
sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang
itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk
kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan
duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah
mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau
mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja
yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah
s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku
dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih
kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui
anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah
yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku
dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang
isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya
Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan
Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah
Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin
Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang
“Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg
tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah
pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w.
menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk
perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan
mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan
jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah
baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau
wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu
menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian
riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan
perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah
s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah
s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin
400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi
Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang
mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah
meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh
Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah
berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah
satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata,
“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda
itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
No comments:
Post a Comment