Salam Perjuangan,
Sudah diketahui umum bahawa Perhimpunan Bersih 3.0 akan di adakan pada 28 April 2012 yang mana tujuan perhimpuanan adalah untuk menuntut kerajaan melunaskan 8 lagi tuntutan yang di buat ketika perhimpunan Bersih 2.0. Ini adalah juga untuk menuntut pihak pemerintah semasa mejalankan pentadbiran dan Pilihanraya yang bersih.
Aku menyeru kepada semua rakyat Malaysia serta anak muda yang sihat mental dan fizikal untuk turun beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Usah gentar dengan ugutan kerajaan...usah di hirau kutukan dari puak yang tidak memahami perjuangan..usah di peduli apa yang akan terjadi kerana Allah akan bersama kita orang-orang yang akan menEgakkan keadilan mencantas kezaliman.
Akta Undang-undang Demontrasi Aman telah di luluskan dan sepatutnmya pihak kerajaan membenarkan Bersih 3.0 di jalankan. Tapi kita lihat kerajaan sekali lagi mungkir dan melanggar sendiri undang-undang ciptaan mereka. Oleh itu pemerintah sebegini tidak akan lagi membela rakyat malah membaham rakyatnya sendiri sehabis mungkin sehingga negara akhirnya akan menjadi seperti pemerintahan komunis atau berdinasti.
Tumbangkan BN di PRU 13..Selamatkan Malaysia dari penindasan dan kezaliman..demi masa generasi akan datang
AYUH PEMUDA!!!! AYUH RAKYAT MALAYSIA!!! KITA GEMPUR!!!
No comments:
Post a Comment