Salam Pejuangan,
Konvesyen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini pada 29hb Disember 2010 telah mengumumkan program 100 hari untuk Pakatan Rakyat mula memerintah Kerajaan Malaysia. Aku ingin membawa satu rasional disini mengapa kita perlu memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Rasionalnya amatlah mudah iaitu Barisan Nasional tidak lagi membela ekonomi rakyat malah mereka sudah menjadi haruan yang makan anaknya.
Adakah aku pro pembangkang apabila aku mengeluarkan kenyataan di atas?????....sudah yang membaca dengan membabi buta akan berfikir begitu. Tetapi jikalau mereka teliti dengan akal penulisanku maka mereka akan dapat mesej dan idea yang aku cuba sampaikan.
Isu Pakatan Rakyat menjadi kerajaan menunggu @ waiting government sudah lama kedengaran apabila Barisan Nasional tidak lagi membela ekonomi rakyat malah mereka memperlahap rakyat mereka sendiri demi kepentingan peribadi. Kita disini bukan membenci pemimpin yang sedia ada tetapi membenci sikap mereka dan cara pentadbiran mereka yang langsung tidak adil.
Jikalau benar slogan rakyat didahulukan itu di jiwai oleh pemimpin kita sudah tentu mereka memperjuangkan nasib rakyat yang semakin tersepit dan semakin susah hidup di tanah air sendiri. Mengapa perlu dinaikkan harga minyak, harga barangan runcit dan dikenakan pula pelbagai cukai sedangkan pendapatan rakyat di negara ini tidak setinggi mana.
Sebagai contoh berkaitan dengan harga minyak, harga pasaran minyak dunia tidak naik tetapi kerjaan kita menaikkan pula harganya dan atas rasional apa??? tidak pula diterangkan pada rakyat. Harga barangan dikenakan cukai GST atas rasional apa??? Negara kita nak jatuh miskin dah ke???...mengikut laporan media masa ekonomi dikatakan sedang tumbuh dengan rancak. Jika ekonomi sedang rancak tumbuh kenapa rakyat terbeban dengan perbelanjaan harian yang tinggi seolah-olah rakyat yang bantu kerajaan bukannya kerajaan yang bantu rakyat???....
Saya yakin persoalan-soalan di atas sering bermain di fikran setiap rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban kesusahan akibat tindakan melulu pemimpin yang sedia ada. Orang yang masih waras dan berakal pasti akan dapat melihat sandiwara mereka yang membohong rakyat sejak dari 50 tahun yang lepas.
Semoga penulisan saya yang serba ringkas ini dapat membuka mata rakyat Malaysia yang sudah lama tidur untuk bangkit memperjuangkan hak masing-masing dan yang paling utama dalam perjuangan kita adalah mendaulatkan undang-undang Islam di negara kita ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment