"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, September 3, 2011

Benarkah kita sudah kembali kepada fitrah???

Salam Perjuangan,



Hari ini telah masuk 5 Syawal 1432H bersamaan dengan 3 September 2011 di mana umat Islam di Malaysia ketika ini masih lagi berhari raya dan menziarahi sanak saudara sempena Hari Raya Aidilfitri. Bahang Hari raya belum lagi habis barangkali akan terasa dan berlanjutan sehingga sebulan. Akan tetapi persoalan yang timbul sekarang ini adalah adakah benar-benar diri kita telah kembali kepada fitrah?..Adakah Ramadhan yang lalu telah membuahkan taqwa dan iman dlam diri?.

Untuk menjawab 2 persoalan ini mari kita lihat diri kita…
1. Adakah selepas menjalani ibadah puasa kita telah menjaga solat lima waktu?..Sepanjang beraya di rumah sanak saudara ramai yang saya lihat melewatkan solat dan malah ada yang meninggalkan solat hanya semata-mata hendak mengejar rumah terbuka. Perbuatan sedemikan adalah tidak berlaku jika kita benar-benar mentarbiah diri kita sepanjang Ramadhan. Sepatutnya di dahulukan solat setelah masuk waktunya barulah kita bergerak ke rumah terbuka dan sebagainya. Seperti mana firman Allah “ DIRIKANLAH SOLAT, SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR”.
(Q. AL ANKABUT: 54)

2. Tarbiyah Ramadhan membuat kita menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa menjaga tingkah laku demi mengerjakan suruhan Allah. Ketika di bulan Ramadhan kita di latih supaya mengawal segala jenis nafsu termasuk nafsu makan. Akan tetapi senario yang saya lihat, ramai yang menjamu selera seolah-olah tiada hari esok untuk dia makan lagi. Nabi tidak pernah ajar umatnya suapaya “buruk lantak” tetapi Nabi s.aw telah mengajar supaya kita makan sekadar yang diperlukan oleh badan kita sahaja. Hidangan rumah terbuka memang cukup menyelerakan tetapi janganlah kita menampakkan Ramadahan itu seolah-olah bulan penyeksaan di mana di bulan Syawal kita makan seolah-olah membalas dendam tidak cukup makan sebulan. Wahai saudara-saudaraku, bulan syawal bukanlah pesta untuk mengisi perut sekenyang-kenyangya tetapi bulan syawal adalah bulan untuk kita kembali kepada fitrah dan menyambut kemenangan terhadap diri kita melawa hawa nafsu. RASULULLAH S.A.W BERSABDA “SESUNGGUHNYA TERMASUK PEMBOROSAN BILA KAMU MAKAN APA SAJA YANG KAMU BERNAFSU MEMAKANNYA. (HR. IBNU MAAJAH) DAN RASULULLAH JUGA BERSABDA “ORANG YANG PALING KENYANG MAKAN DI DUNIA AKAN MENJADI PALING LAMA LAPAR PADA HARI KIAMAT. (HR. AL HAKIM)


Oleh itu saudara-saudaraku sekalian, sambutlah Aidilfitri dengan perkara-perkara yang diredhai Allah, walaupun banyak lagi perkara yang salah dilakukan tidak di sebut disini, umat Islam seharusnya mengutamakan sunnah Nabi dalam menyambut perayaan di Aidilfitri ini.

No comments:

Post a Comment