"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, October 15, 2011

Ukhuwah kembali bertaut...

Salam Perjuangan,

Elemen paling penting untuk menjadikan pergerakan sesebuah jemaah adalah dengan membina jaringan ukhuwah yang betul-betul mantap di kalangan ahlinya. Ukhuwah itu pula hendaklah dibinakan atas dasar ikhlas hendak memperkembangkan institusi Islam itu sendiri. Malah untuk membina kemantanpannya pula, ahli-ahli di dalam sebuah jemaah perlu berfikiran positif setiap masa dan elakkan dari berprasangkan yang tidak baik.

Muslimin Alumni Perkasa Sarawak sudah kehilangan taringnya akibat ukhuwah yang tidak mantap. Aku mempunyai misi yang besar dan sangat jelas di mana aku berikrar kepada diri aku sendiri untuk memantapkan hubungan persahabatn di kalangan Muslimin Alumni Perkasa Sarawak.

Pada 15 Oktober 2011, aku telah menggerakkan rancangan aku bagi fasa pertama di mana aku menjemput ahli-ahli muslimin makan santai bersama. Walaupun tidak ramai yang hadir atau terus terang hanya 3 orang yang hadir termasuk aku, perjumpaan tersebut tidak mengecewakan. Gelak ketawa, saling bertukar cerita dan saling bertukar ilmu serta pendapat membuatkan hubungan kami bertiga bertambah mesra dan erat.

Inilah elemen yang di perlukan Muslimin Alumni Perkasa yang sudah sekian lama menyepi. Aku sedang merangka dan berkira-kira untuk membuat program rehlah Muslimin di Port Dickson untuk mentautkan hati-hati muslimin menjadi satu entiti yang kuat untuk menggempur dunia serba maksiat dan memperkasakan dakwah.

Apabila Muslimin sudah menjadi individu yang solid dan kuat fikrahnya maka barulah boleh di gabungkan bersama Muslimat sebagai sayap kiri dalam memperkuatkan Institusi Islam dalam diri sendiri dan masyarakat.

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dan memperkuatkan istiqamah kami dalam memperjuangkan Dakwah Islamiyyah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Moga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. Wslm..Insya allah semoga Allah merahmati usaha ana

    ReplyDelete