Manusia diberikan 2 jalan iaitu ada yang buruk dan ada yang baik, Allah telah berfirman dalam Al Qur’an surah Asy Syams ayat 7-10 yang bermaksud “Demi jiwa demi diri serta penyempurnaan penciptaannya, lalu Allah itu mengilhamkan jalan ke dalam jiwa itu berbuat kefasikan berbuat kejahatan serta berbuat ketaqwaan, sungguh beruntunglah orang yang selalu mensucikan batinnya, mensucikan hatinya, mensucikan jiwanya dan sungguh merugilah mereka yang selalu mengotorinya“.
Dari firman Allah tersebut kita mengetahui dalam tubuh ini ada satu unsur yang di sebut jiwa atau nafs. Dalam wadah yang disebut jiwa atau nafs itu Allah SWT memberikan 2 (dua) jalan, iaitu jalan untuk berbuat baik ataupun jalan untuk tidak berbuat baik. Apakah jalan untuk melakukan perbuatan positif ataupun untuk perbuatan yang negatif, yang menguntungkan atau merugikan, bergantung kepada manusianya.
Dalam ayat lain, Allah berfirman bahawa jika kalian beriman silakan, jika kafir silakan, terbuka jalannya. Bagaimana kita menentukan kehidupan ini bergantung pada kita. Bukankah Allah SWT telah memberikan 2 (dua) pilihan "Fujurohaa atau Taqwahaa", jalan untuk berbuat kejahatan dan jalan untuk berbuat kebaikan.
Setelah itu Allah mengingatkan kepada kita, "Qod aflaha man dzakkaha waqadkhaba man dassaha," yang bermaksud beruntung orang seandainya wadah itu diisi oleh akhlakul karimah, diisi dengan sifat-sifat yang terpuji. Amat rugilah mereka jika pilihan itu dipenuhi dan diisi oleh sifat-sifat kejahatan dan kemudaratan, Apakah yang datangnya dari hawa nafsu, syaitan, iblis mahupun sifat-sifat kebinatangan.
Jika merujuk kepada Al Qur’an, dan memperhatikan hadits-hadits Nabi Muhammad SAW serta melihat pada karakter-karakter manusia yang terdahulu mulai para Nabi dan Rasul, para sahabat hingga pada zaman sekarang ini banyak sifat-sifat penyakit hati yang bersarang dalam jiwa kita. Kita harus waspada kalau kita menyimpan penyakit-penyakit hati, karana apapun yang kita ucapkan, apa yang kita lihat dan apa yang kita hasilkan dalam fikiran, yang di hasilkan dengan perbuatan sehari-hari adalah bergantung kepada isi hati kita masing-masing.
Kalau hati atau qolbunya bersih, suci dan di isi sifat-sifat yang baik tentu akan terpancar dari penglihatan, pendengaran dan pemikiran dalam tindak tanduk perbuatan kita sehari-hari tetapi seandainya penglihatan, pendengaran dan pemikiran yang selalu negatif, mata kita sukar untuk berpaling dari kemaksiatan, pendengaran kita sukar untuk berpaling dari pendengaran negatif, fikiran kita akan selalu buruk sangka dan akhirnya tingkah laku kita susah diarahkan.
SOMBONG DAN ANGKUH ADALAH PENYAKIT HATI
Dalam sifat sombong dan sifat angkuh telah dicontohi oleh iblis laknatullah, ketika Allah SWT memerintahkan untuk bersujud kepada Adam a.s sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud “Dan (ingatlah ) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat : ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali iblls. Ia enggan dan sombong dan adalah ia termasuk golongan orang-orong kafir“.
Kemudian Iblis menyambut perintah yang Allah sampaikan itu dengan sikap menyombongkan diri, karana itu iblis di anggap oleh Allah sebagai makhluk yang terkutuk. Jika kita sebagai hamba Allah mengikuti jejak iblis maka jadilah kita sebagai makhluk yang terkutuk sama seperti iblis.
Faktor-faktor yang menyebabkan kesombongan adalah kekayaan, kecantikan, kegagahan, tinggi ilmunya, pangkat serta jawatannya. Akibat dari sifat yang dimilikinya ini menyebabkan mereka tidak mahu lagi menerima kebenaran dari orang lain serta memandang rendah terhadap orang lain.
Sifat iblis yang lain adalah sifat rakus dan tamak. Itulah kisah awal yang terjadi kepada Nabi Adam A.S. Iblis menjanjikan kepada Adam a.s, dalam surah Al A’raaf ayat 20-21, yang artinya “Hai Adam aku ini penasehatmu yang aktif jika kamu terima nasehatku syukur dan tidak kau terima tidak ada masalah, Tahukah kamu mengapa , Allah melarangmu untuk mendekati pohon khuldi ini, lalu iblis mengatakan pohon ini yang mengekalkanmu hai Adam, jika anda dekati pohon itu, maka kamu akan kekal selama-lamanya di surga“.
Ini merupakan tipuan dan rayuan syaitan dan iblis laknatullah, dimana Adam a.s mendekatinya dan makan buah tersebut menyebabkan auratnya terbuka. Akhirnya Adam pun sedar kerana telah ditipu oleh syaitan dan iblis laknatullah, maka kemudian Adam a.s bertaubat kepada Allah “Robbana dzolamnaa anfushanaa wa inlam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minalkhosirinna – Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau telah mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi“.
Ada lagi penyakit hati yang lain iaitu sifat dengki diman sifat ini sudah ditampilkan sejak dahulu lagi oleh anak Adam a.s iaitu Qabil, yang telah membunuh adik kandungnya yang bernama Habil, tetapi kerana apa?, kerana sifat dengki kepada adiknya yang Allah menerima Korbannya sedangkan korban Qabil ditolak oleh Allah. Dalam hadits Nabi s.a.w bermaksud "Bahawa kesombongan, ketamakan, kerakusan serta kedengkian itu merupakan sifat-sifat syaitan dan akan menjadi sumber-sumber dari malapetaka dan sumber maksiat.
Kalau kita perhatikan zaman sekarang ini, kenapa para pengusaha, para pejabat dan para wakil-wakil rakyat tidak mau mendengar nasehat-nasehat yang benar. Karena sifat kesombongannya dan keangkuhannya, mereka menganggap bahwa pendapatnyalah yang benar sementara pernyataan orang lain itu salah, ini merupakan sifat-sifat syaitan dan iblis laknatullah.
RASA SYUKUR ATAS PEMBERIAN ALLAH
Penyakit hati seperti sombong, tamak, rakus dan dengki sepatutnya disingkirkan dari jiwa kita masing-masing, seandainya sifat-sifat tersebut itu kita singkirkan, maka Insya Allah kita akan menjadi hamba Allah yang di kasihi. Bagaimana caranya untuk menghilangkan sifat-sifat syaitan dan iblis itu adalah sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Al Ashar ayat 3 yang bermaksud “Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran“.
Salah satu cara menghilangkan sifat tamak dan rakus dengan cara menanamkan rasa syukur dan menikmati pemberian Allah. Sifat dengki dan iri hati dapat kita hindarkan, dengan cara menerima suatu ujian dan musibah dengan redha dan memohon pertolongan Allah.
Sumber : Indah Mulya Edisi No. 496 Th VI - 26 Oktober 2008"Semoga kehidupan dan diri kita terhindar dari penyakit hati yang boleh memusnahkan iman dan taqwa dalm diri. Ingatlah setinggi mana ilmu kita, sewaraq mana kita pada hari ini, adalah tidak mustahil akan mendapat penyakit ini jikalai kita tidak berwaspada dengan hasutan syaitan.
Rendahkan lah diri dan berfikiran positif lah sahabat-sahabatku Muslimin dan Muslimat Perkasa agar kita sentiasa di hormati dan terus dapat menyebarkan dakwah ke peringkat yang lebih tinggi.' - ABU MUSLIM AL-KHAWLANI
No comments:
Post a Comment