"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Friday, November 18, 2011

Kembali dari berkursus

Salam Perjuangan,

Sudah lama jari tak menekan 'keyboard' untuk menulis di dalam blog sendiri. Kekangan masa dan jadual yang begitu padat menyebabkan aku tidak dapat menerbitkan artikel baru. Sekembalinya aku dari Ijtimak Tarbawi yang lepas, jadual terus penuh dengan berbagai program dan kursus demi menambah dan menimba ilmu.

Aku baru sahaja balik dari kursus pementoran di mana aku belajar jadi seorang mentor dan juga seorang mentee untuk di aplikasikan dalam hidup mahupun di tempat kerja. Secara keseluruhannya aku merasakan kursus pementoran ini amat baik dan dalam Islam sendiri Allah telah mengajar kaedah mentor mentee ini berkurun lama dahulu. Cuma maklum lah puak nasionalis dan liberal tak mahu mengaku malah mereka mengaku pula mereka yang cipta kaedah tersebut.

Kita lihat bagaimana Nabi s.a.w menjadi mentor kepada para sahabat sehinggakan Islam berkembang maju hingga ke hari ini. Nabi adalah contoh mentor yang terbaik untuk kita jadikan rujukan dan cara Nabi atau sunnah Nabi adalah cara untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan.

Mentor dan mentee adalah program untuk mewujudkan persekitaran yang positif di dalam kehidupan. Setiap orang yang ingin perlu ada seorang mentor kerana manusia itu tidak berjaya dengan sendirinya malah bagi Nabi s.a.w, Allah lah mentornya. Pementoran mengajar setiap manusia bersifat terbuka dalam menangani kerenah dan tabiat manusia yang berbagai ragam. Cara Nabi mengajar dan menguruskan para sahabat adalah cara terbaik seorang mentor mengajar mentee nye sehingga berjaya.

Walau apapun ilmu di dalam dunia ini, Islam sudah terlebih dahulu mengajar umatnya untuk menguasai segenap ilmu yang ada di dunia. Cuma persoalan nya sekarang mengapa umat Islam kini berpecah dan barat pula menjadi bahan rujukan. Yang pasti anda sebagai seorang Muslim pasti tahu apa puncanya???...Jikalau usaha kita memartabatkan Islam belum cukup hebat maka tunggu apa lagi perhebatkanlah..bangun dari zon selesa anda dan bangun dari mimpi yang belum tentu jadi kenyataan.. ISLAM DIUTAMAKAN DUNIAWI MENJADI SAMPINGAN...

No comments:

Post a Comment