"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!!! Merdeka!!!!

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

Aku terpegun sangat-sangat...nak tau kenapa????

Melihat cantiknya bunga api kat langit..bagaikan langit itu dilukis oleh seorang pelukis hebat. Bunyinya seperti dentuman yang kuat seolah-olah langit nak di robohkan. Tapi malangya aku tengok dari kaca TV sahaja, tak berpeluang lihat secara "live" sebab ada tugas-tugas yang tidak dapat dielakkan.

Yang sebenarnya aku tak la beria sangat nak cerita pasal bunga api..lagipun dah bertahun-tahu tengok, jadi jemu juga. Aku cuma nak bagi komen sikit la pasal cara sambutan merdeka yang agak pelik bagi negara yang mengaku Islam agama rasmi.



Apakah pemimpin kita sudah hilang kitabnya bila menyambut merdeka sebegitu rupa???...sedangkan tarikh menyambut ulang tahun merdeka jatuh pada bulan Ramadhan. Bukan kah sepatutnya para pemimpin mengajak rakyat bermunajat kepada Tuan yang empunya dunia kerana berikan keamanan yang berterusan????

Apa yang dilihat seolah-olah satu pesta yang tidak mengikut syarak dijalankan semalam dengan pemuda dan pemudi bergaul bebas malah mereka berpesta seks menyambut kemerdekaan negara. Aku ingin bertanya pada para pembaca, wajarkah sambutan kemerdekaan disambut seperti semalam atau lebih kepada bermunajat syukur kepada Allah???

Bak kata Nabil "lu pikir la sendiri"...semua dah beso dan akil baligh pun dan jikalau pesta hiburan berterusan diajar dalam masyrakat Malaysia, jangan haraplah kes sosial dan buang bayi akan selesai dan akan sia-sialah segala kempen yang berkumandang di setiap media cetak dan elektronik.

HUH!!!! PALESTIN SEMAKIN HANCUR SEDANGKAN AKU MASIH HIDUP???? PELIKNYA!!!!!

Saturday, August 28, 2010

Musibah Bazar Ramadhan!!!! Amaran Allah!!!

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

PETIKAN ARTIKEL DARI POLITIKBANJAR.BLOGSPOT.COM

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?

Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.



Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.

Kepada magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu

"RENUNG-RENUNGKANLAH"

Bersesak-sesak di Bulan Ramdhan....

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

Di bulan Ramadhan ini aku lihat org ramai atau masyarakat kita suka bersesak-sesak. Tidak kira la di bazar Ramadhan, di Pasaraya dan di jualan-jualan yang telah disediakan. Aku pelik melihat orang Islam zaman ini lebih mengejar dunia dari akhirat. Adakah tidak ada penghayatan yang diberikan pada mereka dalam bulan Ramadhan ini???.

Aku baru balik dr PC Fair di Ipoh nak cari mouse untuk komputer aku. Maklumlah mouse lama dh rosak nak tulis post ratikel blog pun susah. Aku pergi pagi-pagi dengan harapan orang tidak berapa ramai. Tapi jangkaan aku meleset, terlalu ramai orang malah berhimpit-himpit pula lelaki perempuan. Aku bertanya pada diri aku, tak puasa ke diorang ni???..berlaga tidak kira pahala dosa.

Aku beli dengan sepantas yang mungkin dan terus pulang ke rumah. Begitu juga bila aku pergi ke bazar, melihat ramai orang-orang berasak-asak membeli makanan seolah-olah esok ajal dah tiba. Persoalan aku disini adalah apakah Umat Islam di Malaysia telah setkan mindanya bahawa bulan Ramadahan adalah pesta makanan dan membeli belah???...

Cuba lihat di masjid dan di majlis-majlis ilmu, kita lihat begitu sedikitnya manusia yang ingin pergi beribadah.Jelas dan ternyata di sini bahawa tanda-tanda kecil kiamat sudah muncul dan hampir ke penghujungnya. Dunia ini tidak lama dan semakin ramai tidak menghayati apa itu Ramadhan. Bilakah umat Islam akan sedar???? Bilakah pemuda Islam akan menegakkan Kalimah Allah??? Bilakah pemudi Islam akan memelihara martabatnya???...

Saturday, August 21, 2010

Tak Puasa pun tak pe..Nanti boleh ganti balik!!!

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

Ramadhan muncul setahun sekali dan bergema aura Ramadhan juga setahun sekali. Sikap tidak menghayati Ramadhan masih menebal dalam masyarakat melayu yang beragama Islam. Walaupun ada segelintir yang bersemngat menyambut Ramadhan tetapi amat menyedihkan bila melihat segelintir tidak menghiraukannya. Adakah perlu kita sebat orang-orang tua kerana mereka tidak puasa???? Perlukah kita mengejar dan menahan mereka yang makan di siang hari di khalayak ramai di bulan ramadhan??..



Aku sedih bila melihat rakan-rakan ku sendiri tidak berpuasa malah mereka memberi alasan esok boleh ganti balik. Persoalan disini sempatkah untuk kita ganti balik??? dan persoalan paling utama kita tahu tak bila kita akan mati dan bertemu ajal???. Manusia sekarang suka ambil mudah terhadap perintah dan hukum Tuhan kerana mereka rasa "immortal" di dunia ini.

Kisah yang aku cuba utarakan ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam sekarang. Bilakah agaknya tabiat ini akan berubah dan bilakah pemimpin kita sebagai amir akan menguatkuasakan undang-undang Islam.

Muak dan bosan aku dengan undang-undang konvesional yang tidak membawa apa-apa penyelesaian. Sedarlah wahai orang-orang yang sudah akil baligh..umurmu makin meningkat, amalmu sudah dihisab, dosa mu makin bertambah, pahala mu makin berkurang. Jadilah teladan yang baik bagi yang muda dan ikutan yang sempurna bagi yang tua.

"DUNIA INI SATU PENDAKIAN..PEMANDANGANNYA CANTIK DAN INDAH JIKA KITA MENGETAHUINYA...ISINYA BERMANFAAT BAGI MEREKA YANG TAHU MENGGUNAKANYA..TETAPI INGAT IA PENJARA BAGI YANG BERIMAN DENGAN TUHANNYA, SYURGA BAGI YANG BERPALING DARI TUHANNYA"

Thursday, August 19, 2010

Hati bergelora bagai tidak percaya????

Salam Ramadhan dan salam perjuangan,

Fitrah manusia yang telah diciptAkan Allah adalah mempunyai rasa cinta sesama manusia dan rasa cinta terhadap penciptaNya. Apakah manusia di dunia ini hidup hanya bersandarkan cinta semata-mata??...Jawapanya tidak kerana hidup manusia di dunia yang paling utama adalah bersandarkan taqwa kepada Allah s.w.t

Itu mukadimahnya...kita terus pergi kepada cerita yang sebenar..ramai pemuda bertanya kepada saya apabila berjumpa dengan seorang gadis tiba2 hati mereka bergelora dan tiba-tiba jatuh cinta pandang pertama. Lalu mereka bertanya "Adakah ini jodoh aku???". Bila ditanya kembali kepada pemuda tersebut..adakah itu ciri-ciri wanita idaman mereka. Mereka jawab tidak tetapi perasaan itu tiba-tiba membuak inginkan si gadis tersebut.

Berdasarkan kes di atas..saya lebih suka menasihati si jejaka tersebut supaya jangan tertipu dengan perasaan yang di cipta oleh Syaitan. Ini kerana panduan untuk jejaka atau pemuda Islam memilih jodoh telah di ajar oleh Nabi dan Al-Quran.

Kemungkinan itu hanya perasaan yang menyinggah akibat dari anda kesunyian atau sedang bermasalah. Bagi jejaka atau pemuda, lebih baik berfikir secara rasional sebelum memilih pasangan. Banyakkan solat sunat istikharah untuk bertanya kepada pencipta kita kerana Dia lebih Mengetahui.

Jangan bertindak mengikut nafsu kelak anda yang rugi dari mula hingga ke akhirnya. Pandangan mata selalu menipu tetapi pandangan iman membawa kita ke jalan yang benar. Ayuhlah wahai pemuda, tonjolkan dirimu layak digelar pemimpin. Perhebatkan dirimu memperjuangkan kebenaran. Perkemaskanlah aqidah mu untuk bertempur dengan kebatilan.

RENUNG-RENUNGKANLAH!!!!

"PANDANGLAH DUNIA MELALUI MATA BURUNG, JANGAN DIPANDANG DUNIA DARI MATA KATAK DI BAWAH TEMPURUNG"

Apa kes??? Kejap timbul kejap tenggelam??

Salam Ramadhan dan salam perjuangan,

Bukan niat di hati untuk menghilang dan bukan niat di hati untuk menyepikan diri. Tetapi kekangan masa dan padatnya jadual di atas kertas menyebabkan akal dan pena di gantung sementara beberapa bulan. Menulis memerlukan pemikiran yang luas dan tidak sempit. Ia juga memerlukan semangat kental dan jiwa yang berani untuk meluahkan pendapat dan buah fikiran. Jadinya kembalinya akal dan pena akan mengupas berbagai isu umum serta bahan ilmiah yang dapat menjadi manfaat kepada pembacanya.

PERLUKAH BLOG POPULAR BARU ADA PEMBACA????

Menulis perlu lahir ikhlas dari hati bukan hanya setakat menjelma di minda. Motif akal dan pena wujud hanya sebagai satu hobi untuk pengisian diri penulis dan secara tidak langsung kepada pembacanya. Semoga artikel yang diterbitkan dapat menjadi manfaat kepada peminat-peminat blog di alam maya ini.