"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, September 24, 2011

Maaf Sahabat-sahabat....

Salam Perjuangan,

Ada sesuatu komponen yang hilang dalam menjayakan alumni ini. Bukan kerana ahli nya tidak berilmu tinggi atau tidak pandai mengurus tetapi di sebabkan kurang komitmen dan kehendak untuk menjayakan. Aku tidak menyalahkan ahli-ahli alumni tetapi aku banyak menyalahkan diri sendiri kerana belum pernah aku meluangkan masa untuk menyertai program alumni.

Alumni ini telah menjalani program sebanyak 2 kali tetapi kedua-dua aku tidak hadir atas sebab-sebab tugas lain. Memang saya akui komponen yang hilang itu mungkin di sebabkan tidak ada komitmen dari aku walaupun dalam otak ini banyak terbentang idea untuk menggerakkan alumni. Alumni ini boleh menjadi nadi dan pusat pentarbiyahan jikalau ia di jayakan dengan penuh istiqamah.

Di kawasan aku usrah dan halaqah tidak begitu aktif, minda pula semakin menguncup manakala pula semangat semakin malap sinarnya. Begitu payah untuk mengekalkan kestabilan istiqamah kerana sahabat sefikrah tidak ada dan proses membentuk fikrah masih lagi jauh. Alhamdulillah sehingga kini fikrah aku masih satu dan semangat aku belum luntur di pukul oleh waktu.

Kepada YDP Alumni, aku memohon beribu kemaafan dan Insya Allah kita cuba luangkan masa walaupun seminit dua membincagkan hala tuju alumni yang mungkin aku sudah ketinggalan jauh sebenarnya.

Semoga semua sahabat di dalam alumni ini terus istiqamah, bantu-membantu mereka yang semakin lemah, membuang sifat buruk sangka, membina jaringan ukwah yang mantap dan terus mengangkat sahabat-sahabat yang jatuh demi atas nama dakwah serta mencari keredhaan Allah dalam apa yang kita lakukan.

" Ya Allah satukan hati-hati kami mencari keredhaan Mu...satukan lah jiwa kami agar dapat merentasi lautan ujian Mu...kuatkan lah semangat dan istiqamah kami agar kami sentiasa berada di landasan kebenaran Mu..dan patahkan lah usaha-usaha musuh Mu untuk memecah belahkan kami baik dari segi hati dan juga perbuatan...Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat agar kami semua mendapat kenikmatan syurga Mu"

Sunday, September 18, 2011

ISA dah pergi Bile la Pula Giliran AUKU???



Salam Perjuangan,


Pengumuman mengejut oleh Perdana Menteri Malaysia tetang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah sesuatu yang memeranjatkan semua pihak. Ada yang berpandangan ia adalag strategi terdesak untuk memenangi pilhan raya dan ada yang mengatakan ia sebagai gimik politik parti pemerintah untuk meraih gelaran juara rakyat.

Apapun syukur pada Allah kerana Akta yang kejam itu telah di mansuhkan dan sememangya akta ini dimansuhkan dari dahulu lagi. Sebut sahaja pasal sejarah ISA, banyak manusia yang telah tertindas di bawah Akta ini dan Akta ini telah menahan banyak pihak yang tidak bersalah terutamanya bagi mereka yang telah menentang kerajaan hanya untuk menegakkan kebenaran.


Suatu hari aku terbaca harakah daily yang mengeluarkan satu artikel berkaitan gesaan GAMIS supaya pihak kerajaan memansuhkan AUKU. Aku berpendapat bahawa sepatutnya AUKU juga patut di masuhkan sepertimana ISA. AUKU telah menyekat kebebasan Mahasiswa begitu lama untuk menyuarakan pendapat orang muda tentang politik tanah air. Salahkah orang muda memberi pendapat padahal di zaman serba moden bukankah orang muda yang lebih banyak menguasai dan lebih mahir??..Atau pihak parti pemerintah takut pada gelombang mahasiswa akan mengulingkan parti pemerintah??..

Sebenarnya Malaysia bukan mengamalkan demokrasi berdasarkan perlembagaan tetapi mengamalkan sistem pemerintahan diktator yang menindas sesiapa yang menentang dan membawa kebenaran. Aku ucapkan tahniah kepada GAMIS kerana masih alert dengan isu AUKU. Peluang untuk mahasiswa bersuara lebih bebas dan bergerak lebih aktif serta proaktif akan terserlah jikalau AUKU di mansuhkan.

Secara peribadinya, apa yang aku lihat tentang senario politik Malaysia sekarang ini adalah berada dalam keadaan kritikal. Parti pemerintah begitu terdesak untuk memenangi PRU13 dan aku rasa peluang untuk memansuhkan AUKU hanyalah dengan bertukar kerajaan dan pucuk pimpinan negara kepada orang yang lebih berpengetahuan tentang Islam dan mengamalkan cara pemerintahan Nabi s.a.w.

Jikalau anda berfikir bersama dengan Allah dan menjadi Al-Quran sebagai panduan anda pasti menyokong apa yang saya utarakan tetapi jikalau anda rasa isu ini hanyalah politik semata-mata maka anda telah di jangkiti penyakit sekularisme.



Saturday, September 17, 2011

Aku semakin yakin.....

Salam Perjuangan,

Alhandulillah segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat kepada kita semua untuk terus hidup dan menikmati keindahan di atas muka bumi allah ini. Kebelakangan ini aku rasa dunia terlalu payah untuk di harungi tetapi bila terkenang kan ayat dalam Al-Quran mengatakan bahawa "Mengingati Allah hati akan jadi tenang", aku terus mengutuk diri aku yang kadang-kadang melupakan Nya.

Dunia adalah jambatan dan penghidupan sementara sahaja kerana akhirat merupakan penghidupan yang abadi. Setiap Muslim yang beriman pasti sedang membuat persiapan untuk berangkat ke negara akhirat kerana mereka yakin dengan janji Allah. Tetapi bagi mereka yang menganggap dunia ini kekal abadi maka bersiap sedialah menghadapi balasan dari Allah tuan yang empunya dunia.

Janganlah kita mempersoalkan mengapa begitu banyak dugaan yang kita hadapi di dunia ini. Sedangkan Rasulullah sendiri sebagai kekasih Allah yang di jamin syurga pun menghadapi berbagai rintangan yang perit untuk menjalankan tugas sebagai Nabi. Apatah lagi kita yang belum tentu tinggi darjatnya di sisi Allah.

Sebagai seorang Muslim yang betul2 mantap, apabila bertamunya dugaan hendaklah kita bersyukur kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya @ ia sebagai bonus dari Allah untuk menghapuskan dosa silam kita. Bersihkan hati kita dan panjatkan doa kepada Allah moga segala urusan dan rintangan di permudahkan untuk kita menghadapinya. Janganlah di bibir kita mudah mengucap sabar tetapi di hati memberontak dan merungut payahnya ujian Allah. Allah tidak pandang ape yang kita kata tetapi Allah pandang apa yang tessirat di hati dan sanubari kita.

Untuk para sahabat di dalam alumni perkasa, semoga kita berjaya mengharungi ujian dan dugaan dari Allah ketika kita sedang berdakwah mahu pun menjalani urusan kehidupan sehari-hari. Ingatlah jerih payah menegakkan kebenaran akan membuahkan taqwa di dalam hati kita.

Friday, September 9, 2011

Perlukah Pondan di beri Simpati???

Salam Perjuangan,

Segala Puji Bagi Allah..tuhan yang telah memberikan kita nikmat dan rahmat untuk kita meneruskan kehidupan di bawah naungan Nya walaupun pada dunia serba moden ini ramai yang melupakan Nya. Walaupun begitu Allah dengan sifat Maha Mengasihani..Dia tetap memberikan hak kepada setiap manusia untuk hidup di muka bumi Nya cuma manusia semakin lalai dan leka di tipu arus duniawi.

Ketika berada di pejabat, saya membelek salah satu surat khabar yang menjadi bacaan orang ramai. Surat Khabar ini memang laris kerana sering memaparkan kisah realiti masyarakat dan memang tabiat orang Malaysia dari dulu sentiasa "Jakun" dengan kisah yang di paparkan pada hal mereka tidak sedar meraka melakukan benda yang sama.

Saya tertarik kisah seorang lelaki bercinta dengan seorang pondan dan akhirnya di simbah asid gara-gara ada pihak yang ketiga cemburu berebutkan si pondan tersebut. Dalam hati kecil saya nak je kata betapa bodohnya pemuda ini kerana kejahilannya telah memakan diri. Tetapi bila di fikirkan balik itu adalah takdir Allah untuk menyedarkan hambaNya yang mungkin sudah terpesong jauh dari fitrah.

Orang ramai yang membaca sudah dapat mesej yang berguna dari kisah yang dipaparkan dan ape yang menarik, si pondan tersebut tanpa segan silu berjanji akan membawa pemuda tersebut ke tempat yang lain untuk menjalani kehidupan baru. Saya pun terfikir betapa gelapnya mata dia melihat dunia, barangkali masih jauh lagi si pondan tersebut itu akan kembali kepada fitrah.

Keesokannya, aku membaca lagi surat khabar jenama yang sama dan di paparkan lagi kisah si pondan tersebut dan artikel yang dikeluarkan itu menyatakan keluarga pemuda tersebut telah mengambil semula pemuda itu untuk di pisahkan dari pondan kekasihnya. Tindakan keluarga pemuda tersebut itu saya sokong dan betul tetapi surat khabar tersebut menyokong pula si pondan itu dan bersimpati ke atas pondan itu atas kehilangan kekasihnya.

Dalam hati saya berkata "SEJAK BILA MALAYSIA MENGHALALKAN HUBUNGAN DI LUAR TABII SEDANGKAN ORANG YANG DI TUDUH MELIWAT PUN SEKARANG INI BAGAIKAN RIBUT DI MAHKAMAH UNTUK DIBUKTIKAN BERSALAH". Jadi persoalan yang timbul sekarang, masalah pertukaran jantina semakin tidak di ambil peduli oleh pemerintah dan masyarakat. Malah ada sesetengah pihak cuba menyokong bahawa pertukaran jantina adalah hak individu yang tidak perlu kita pertikaikan.

Pada keesokan harinya lagi akhbar yang sama memaparkan lagi simpati pada pondan tersebut dan saya mula mengatakan akhbar di Malaysia pada hari ini semakin mengarut dan tidak boleh di baca oleh orang ramai lagi kerana mereka tidak mengajar masyarakat jadi betul tetapi mengajar masyarakat membuat apa yang mereka suka. Islam sudah di tolak tepi dan fahaman sekular semakin berleluasa.

Apa akan jadi jikalau perkara ini tidak dibanteras oleh pemerintah???....Cube anda fikirkan jawapannya..

Saturday, September 3, 2011

Benarkah kita sudah kembali kepada fitrah???

Salam Perjuangan,



Hari ini telah masuk 5 Syawal 1432H bersamaan dengan 3 September 2011 di mana umat Islam di Malaysia ketika ini masih lagi berhari raya dan menziarahi sanak saudara sempena Hari Raya Aidilfitri. Bahang Hari raya belum lagi habis barangkali akan terasa dan berlanjutan sehingga sebulan. Akan tetapi persoalan yang timbul sekarang ini adalah adakah benar-benar diri kita telah kembali kepada fitrah?..Adakah Ramadhan yang lalu telah membuahkan taqwa dan iman dlam diri?.

Untuk menjawab 2 persoalan ini mari kita lihat diri kita…
1. Adakah selepas menjalani ibadah puasa kita telah menjaga solat lima waktu?..Sepanjang beraya di rumah sanak saudara ramai yang saya lihat melewatkan solat dan malah ada yang meninggalkan solat hanya semata-mata hendak mengejar rumah terbuka. Perbuatan sedemikan adalah tidak berlaku jika kita benar-benar mentarbiah diri kita sepanjang Ramadhan. Sepatutnya di dahulukan solat setelah masuk waktunya barulah kita bergerak ke rumah terbuka dan sebagainya. Seperti mana firman Allah “ DIRIKANLAH SOLAT, SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR”.
(Q. AL ANKABUT: 54)

2. Tarbiyah Ramadhan membuat kita menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa menjaga tingkah laku demi mengerjakan suruhan Allah. Ketika di bulan Ramadhan kita di latih supaya mengawal segala jenis nafsu termasuk nafsu makan. Akan tetapi senario yang saya lihat, ramai yang menjamu selera seolah-olah tiada hari esok untuk dia makan lagi. Nabi tidak pernah ajar umatnya suapaya “buruk lantak” tetapi Nabi s.aw telah mengajar supaya kita makan sekadar yang diperlukan oleh badan kita sahaja. Hidangan rumah terbuka memang cukup menyelerakan tetapi janganlah kita menampakkan Ramadahan itu seolah-olah bulan penyeksaan di mana di bulan Syawal kita makan seolah-olah membalas dendam tidak cukup makan sebulan. Wahai saudara-saudaraku, bulan syawal bukanlah pesta untuk mengisi perut sekenyang-kenyangya tetapi bulan syawal adalah bulan untuk kita kembali kepada fitrah dan menyambut kemenangan terhadap diri kita melawa hawa nafsu. RASULULLAH S.A.W BERSABDA “SESUNGGUHNYA TERMASUK PEMBOROSAN BILA KAMU MAKAN APA SAJA YANG KAMU BERNAFSU MEMAKANNYA. (HR. IBNU MAAJAH) DAN RASULULLAH JUGA BERSABDA “ORANG YANG PALING KENYANG MAKAN DI DUNIA AKAN MENJADI PALING LAMA LAPAR PADA HARI KIAMAT. (HR. AL HAKIM)


Oleh itu saudara-saudaraku sekalian, sambutlah Aidilfitri dengan perkara-perkara yang diredhai Allah, walaupun banyak lagi perkara yang salah dilakukan tidak di sebut disini, umat Islam seharusnya mengutamakan sunnah Nabi dalam menyambut perayaan di Aidilfitri ini.