Salam Perjuangan,
Alhandulillah segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat kepada kita semua untuk terus hidup dan menikmati keindahan di atas muka bumi allah ini. Kebelakangan ini aku rasa dunia terlalu payah untuk di harungi tetapi bila terkenang kan ayat dalam Al-Quran mengatakan bahawa "Mengingati Allah hati akan jadi tenang", aku terus mengutuk diri aku yang kadang-kadang melupakan Nya.
Dunia adalah jambatan dan penghidupan sementara sahaja kerana akhirat merupakan penghidupan yang abadi. Setiap Muslim yang beriman pasti sedang membuat persiapan untuk berangkat ke negara akhirat kerana mereka yakin dengan janji Allah. Tetapi bagi mereka yang menganggap dunia ini kekal abadi maka bersiap sedialah menghadapi balasan dari Allah tuan yang empunya dunia.
Janganlah kita mempersoalkan mengapa begitu banyak dugaan yang kita hadapi di dunia ini. Sedangkan Rasulullah sendiri sebagai kekasih Allah yang di jamin syurga pun menghadapi berbagai rintangan yang perit untuk menjalankan tugas sebagai Nabi. Apatah lagi kita yang belum tentu tinggi darjatnya di sisi Allah.
Sebagai seorang Muslim yang betul2 mantap, apabila bertamunya dugaan hendaklah kita bersyukur kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya @ ia sebagai bonus dari Allah untuk menghapuskan dosa silam kita. Bersihkan hati kita dan panjatkan doa kepada Allah moga segala urusan dan rintangan di permudahkan untuk kita menghadapinya. Janganlah di bibir kita mudah mengucap sabar tetapi di hati memberontak dan merungut payahnya ujian Allah. Allah tidak pandang ape yang kita kata tetapi Allah pandang apa yang tessirat di hati dan sanubari kita.
Untuk para sahabat di dalam alumni perkasa, semoga kita berjaya mengharungi ujian dan dugaan dari Allah ketika kita sedang berdakwah mahu pun menjalani urusan kehidupan sehari-hari. Ingatlah jerih payah menegakkan kebenaran akan membuahkan taqwa di dalam hati kita.
No comments:
Post a Comment