"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, September 24, 2011

Maaf Sahabat-sahabat....

Salam Perjuangan,

Ada sesuatu komponen yang hilang dalam menjayakan alumni ini. Bukan kerana ahli nya tidak berilmu tinggi atau tidak pandai mengurus tetapi di sebabkan kurang komitmen dan kehendak untuk menjayakan. Aku tidak menyalahkan ahli-ahli alumni tetapi aku banyak menyalahkan diri sendiri kerana belum pernah aku meluangkan masa untuk menyertai program alumni.

Alumni ini telah menjalani program sebanyak 2 kali tetapi kedua-dua aku tidak hadir atas sebab-sebab tugas lain. Memang saya akui komponen yang hilang itu mungkin di sebabkan tidak ada komitmen dari aku walaupun dalam otak ini banyak terbentang idea untuk menggerakkan alumni. Alumni ini boleh menjadi nadi dan pusat pentarbiyahan jikalau ia di jayakan dengan penuh istiqamah.

Di kawasan aku usrah dan halaqah tidak begitu aktif, minda pula semakin menguncup manakala pula semangat semakin malap sinarnya. Begitu payah untuk mengekalkan kestabilan istiqamah kerana sahabat sefikrah tidak ada dan proses membentuk fikrah masih lagi jauh. Alhamdulillah sehingga kini fikrah aku masih satu dan semangat aku belum luntur di pukul oleh waktu.

Kepada YDP Alumni, aku memohon beribu kemaafan dan Insya Allah kita cuba luangkan masa walaupun seminit dua membincagkan hala tuju alumni yang mungkin aku sudah ketinggalan jauh sebenarnya.

Semoga semua sahabat di dalam alumni ini terus istiqamah, bantu-membantu mereka yang semakin lemah, membuang sifat buruk sangka, membina jaringan ukwah yang mantap dan terus mengangkat sahabat-sahabat yang jatuh demi atas nama dakwah serta mencari keredhaan Allah dalam apa yang kita lakukan.

" Ya Allah satukan hati-hati kami mencari keredhaan Mu...satukan lah jiwa kami agar dapat merentasi lautan ujian Mu...kuatkan lah semangat dan istiqamah kami agar kami sentiasa berada di landasan kebenaran Mu..dan patahkan lah usaha-usaha musuh Mu untuk memecah belahkan kami baik dari segi hati dan juga perbuatan...Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat agar kami semua mendapat kenikmatan syurga Mu"

No comments:

Post a Comment