Salam Perjuangan,
Pada 22hb Mei 2012 hari selasa jam 10.00 malam telah berlangusng satu peredebatan yang hangat di antar saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR dengan YB Khairy Jamaluddin, wakil Barisan Nasional (BN). Perdebatan ilmiah ini yang di anjurkan oleh Sinar Harian amatlah bermanfaat bagi mereka yang gemarkan ilmiah dan isu semasa.
Pendapat aku apabila menonton perdebatan itu, banyak perkara yang aku dapat dan faham mengenai hala tuju pendidikan tinggi negara melalui manifesto masing-masing. Pada malam tersebut aku melihat kedua-dua pendebat cuba mengetengahkan idea masing-masing mengenai pemansuhan PTPTN.
Aku dapat menggariskan beberapa kesimpulan sepanjang aku melihat perdebatan itu :
1. Cadangan kerangka model baru bagi menampung pembiayaan pelajar pendidikan tinggi yang di cadangkan oleh PKR amatlah aku setuju di mana mereka ingin memansuhkan PTPTN dan menjadikan ia sebagai subsidi dan biasiswa kepada pelajar.
2. Pemansuhan PTPTN di katakan oleh YB Khairy Jamaluddin boleh meningkat hutang negara di mana negara akan menampung perbelanjaan yang tinggi setiap tahun sehingga RM 200 billion. Ini adalah kenyataan yang aku tidak berapa setuju dan menunujukkan keborosan BN dalam mentadbir urus negara.
3. Saudara Rafizi Ramli telah membentangkan beberapa anggaran sekaligus menyangkal tohmahan YB Khairy Jamaluddin di mana dengan pemansuhan PTPTN negara hanya akan membelanja bagi sektor pendidikan tinggi hanya RM 2 billion setahun sahaja. Jauh beza angka dari KJ.
4. PKR telah mengusulkan supaya Malaysia memberi pendidikan percuma kepada rakyat adalah satu usul yang betul-betul menjaga kebajikan rakyat. Tetapi YB Khairy menyatakan jikalau kita memberi pendidikan percuma cukai akan naik mendadak.
5. Saudara Rafizi menyangkal dakwaan YB Khairy dengan memberi contoh negara Finland yang memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari tadika sehingga ke PHD. Malah Finland tersenarai antara negara TOP 2 dalm list dunia mempunyai sistem pendidikan yang baik.
6. Rafizi mengatakan cukai di Finland tidak tinggi berbanding di Malaysia. Sebagai contoh bagi pendapatan RM 200 ribu cukai di Malaysia adalah 26 % tetapi di Finland dengan angka pendapatan yang sama kadar cukai yang di kenakan adalah 21.5%.
7. YB Khairy di ajukan soalan mengenai wang hasil dari PETRONAS sebanyak RM 237 b ketika Tun Abdullah Badawi menjadi PM dan beliau menjadi penasihat utamanya. Soalannya berapakah peruntukan dari wang hasil PETRONAS itu digunakan untuk sektor pendidikan tiunggi?. Soalan itu tidak di jawab.
8. Saudara Rafizi menerangkan negara Finland menggunakan 1.6% dari hasil kemewahan negara untuk membiayai sektor pendidikan berbanding dengan negara Malaysia yang lebih mewah hanya menggunakan 0.83% untuk membiayai sektor pendidikan. Sepatutnya Malaysia yang mempunyai pelbagai hasil sumber yang menjana begitu banyak kemewahan dapat membiayai sektor pendidikan lebih tinggi dari negara Finland yang hanya bergantung kepada produknya iaitu NOKIA.
Aku rasa 8 kesimpulan di atas anda sudah dapat menilai pihak mana yang bersungguh-sungguh untuk menaikkan martabat rakyatnya dalam sektor pendidikan tinggi. Bak kata saudar Rafizi keti perdebatan "Hendak seribu daya tak nak eribu dalil". Banyak lagi intipati dalam perdebatan itu dan bagi mereka yang ingin melihat sendiri boleh ke Channel 501 Astro Awani pada 23 hb Mei 2012 siaran ulangan.
Oleh itu pemansuhan PTPTN adalah sangat wajar di mana kerajaan sepatutnya melebihkan bajet dalam sektor pendidikan dari kemewahan yang mereka dapat. Justeru itu, pendidikan yang baik akan melahirkan anak bangsa yang bertauliah dan berkaliber. Mereka ini lah yang akan mencorak masa depan negara. Jikalau hari ini kita sibuk memperdagangkan pendidikan untuk mengaut keuntungan bagi pihak tertentu maka gelaplah masa depan negara kita.
Fikir-fikirlah dan renungkanlah.....jangan taksub dengan kepartian secara membabi buta sehingga fakta depan mata di buang begitu sahaja.