"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuesday, May 15, 2012

Tahanan Palestin Mogok Lapar di Penjara Israel

Salam Perjuangan,

Artikel ini di ambil dari Laman Web www.malaysiaharmoni.com...


TEBING BARAT – Sekitar 1,550 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel hari ini melakukan aksi mogok lapar dengan dua daripada mereka sudah bertindak demikian selama 64 hari.
“100 tahanan lain mula menolak untuk makan selama dua hari dan ini menyebabkan jumlah tahanan yang melakukan tunjuk perasaan mogok lapar mencapai 1,550 atau satu pertiga daripada penduduk warga Palestin, yang jumlahnya ketika ini 4,700 orang,” ujar jurucakap Pejabat Penjara Israel (IPS) Sivan Weizman.

Dua tahanan Palestin yang melakukan tunjuk perasaan tersebut sejak 64 hari lalu adalah Bilal Diab dan Thaer Halahla. Mereka melakukan tindakan demikian dengan ditemani doktor dari pemerhati Hak Asasi Manusia Israel (PHR) untuk mengelakkan kemungkinan maut.
“Bilal ketika ini dalam keadaan stablil setelah dipindahkan ke bahagian rawatan di Hospital Assaf Harofeh,” kata Jamil Khatib, peguam kedua-dua aktivis tersebut.

Sementara itu, doktor dari PHR mengatakan, Bilal menderita rasa sakit pada bahagian perut yang boleh menyebabkan dirinya menderita pendarahan dalaman.
Mahkamah Agung Israel hari ini merancang untuk mendengar permohonan rayuan terhadap penahanan tahanan Palestin ini secara pentadbiran, dan prosedur itu membolehkan setiap suspek ditahan tanpa ada dakwaan.

Sebahagian besar para tahanan menolak untuk mengambil makanan sejak 17 April lalu. Mereka menuntut pembaikan keadaan di dalam penjara selain meminta peningkatan akses peguam dan lawatan keluarga, serta mendesak tidak ada lagi sel isolasi di dalam penjara.
Dalam pada itu,Human Rights Watch menegaskan, Israel seharusnya membebaskan semua tahanan yang dipenjara atas alasan yang jelas.

“Tidak perlu mogok lapar dari tahanan Palestin agar pihak Israel menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan,” demikian kenyataan kumpulan yang berpusat di New York, Amerika Syarikat itu.
Aksi mogok dari para tahanan ini mendapat sokongan daripada mahasiswa Palestin dan mereka melakukan tunjuk perasaan menyokong di luar penjara tentera di Ramallah, Tebing Barat.
Mereka melempar pasukan Israel dengan batu yang kemudiannya dibalas dengan tembakan gas pemedih mata.

No comments:

Post a Comment