Salam Perjuangan,
Ini hanyalah pendapat dan pandangan penulis tentang pemburuan oleh pihak Polis pada masa ini kepada peserta-peserta Bersih 3.0. Ternyata pihak PDRM telah lupa dan barangkali hilang ingatan apakah tujuan pasukan itu ditubuhkan.
Bagi aku banyak lagi kes-kes berprofil tinggi yang perlu di ambil perhatian oleh pihak PDRM untuk di selesaikan berbanding menangkap peserta-peserta Bersih 3.0. Tujuan penangkapan ini hanyalah ugutan kepada rakyat supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan akan datang dan sekaligus menyuruh seluruh rakyat Malaysia diam jangan bantah apa pun kerajaan buat. Tindakan PDRM ini juga menyuruh semua rakyat pejam mata sahaja terhadap penyelewengan yang di lakukan oleh Pemerintah jika tidak kehidupan rakyat akan sengsara. Dapat di simpulkan bahawa pihak pemerintah sudah mula memerintah secara diktator atau kuku besi.
Jikalau benar peserta Bersih 3.0 lebih ganas dari Polis sila kemukan bukti yang jelas. Rata-rata rakaman yang tersebar di Internet banyak menunjukkan pihak Polis yang lebih hebat membelasah peserta yang tidak bersenjata. Begitu ramai yang cedera semata-mata nak menyuarakan kebebasan dan keadilan dari pihak pemerintah.
Jelas dan nyata apa yang berlaku di Malaysia hari ini tidak seindah yang dikhabarkan. Kerajaan semasa tidak lagi membela rakyat apatah lagi menjaga kebajikan rakyat. Mereka menganggap rakyat sebagai hamba yang boleh di perbodohkan untuk mengekalkan kuasa dan dinasti mereka supaya terus memegang kuasa serta tampuk pemerintahan.
Khazanah negara terus di ratah oleh mereka demi memenuhi nafsu dan selera mereka. Usah berbicara tentang rakyat di dahulukan kerana senario sekarang tidak seperti yang dilaungkan. Usah berbicara tentang pencapaian negara di utamakan kerana yang nampak hanyalah terdesaknya pemerintah ingin mengekalkan kuasa tanpa memperdulikan rakyat.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dari lena yang sangat panjang. Kita lawan kezaliman tegakkan keadilan. Pastikan bangsa Malaysia di hormati dan Islam tidak di hina lagi. Nilailah senario negara pada hari ini dengan mata hati bukan dengan mata kepala sendiri.
No comments:
Post a Comment