Salam Perjuangan,
Artikel di bawah di petik dari Harakahdaily.com...
Kami menegaskan tahun 2012 seharusnya diisytiharkan tahun
dilancar jihad fisabilillah membebaskan Palestin.
Ketegasan kami beralasan. Setelah sekian lama masalah
Palestin menjadi seolah barah yang tidak boleh dirawat, maka tidak ada lagi
pendekatan yang boleh dipilih selain dari jihad.
Ketika kami melihat pelbagai kenyataan dan sejumlah resolusi
diluncurkan PBB sejak Perjanjian Oslo 1993 dimeterai sehingga sekarang, Israel
tidak pernah tunduk kepada sebarang bahasa diplomatik.
Malah yang dilakukan oleh Israel lebih ganas dari
sebelumnya. Dari pembesaran kawasan kediaman Yahudi di tanah Palestin yang
hanya tinggal 22% dari asal sehingga
melancarkan serangan militeri berterusan ke atas Tebing Barat dan Gaza,
membunuh, memusnah dan merampas hak rakyat Palestin. Israel tidak sedikitpun
gugur cirinya sebagai negara teroris.
Kami menegaskan Zionisme tidak mengenal erti taat kepada
sebarang perjanjian. Sejarah jelas memperlihatkan Yahudi Zionis bukan sahaja
melanggar perintah Allah malah sanggup membunuh Nabi-nabi Allah.
Inilah hakikat yang perlu diterima oleh pejuang pembebasan
Palestin dan Masjid Al Aqsa bila berdepan dengan Zionis Yahudi.
Sejak tanah Palestin dirampas pada tahun 1948, baki kawasan
yang tersisa untuk rakyat Palestin hanya tinggal tidak sampai 22% sahaja,
itupun kawasan ini terdedah kapada pencerobohan dan bedilan bom dari jet
pejuang.
Perjuangan Yasser Arafat untuk menuntut sempadan tanah
sebelum 1967 seluas 44% dari kawasan Palestin yang asal tidak kesampaian, kini
Mahmud Abbas menagihkan kawasan yang jauh lebih kecil untuk Palestin.
Tuntutan ini juga tidak dilayan malah sehingga bulan
September 2011, proposal untuk Palestin diterima sebagai anggota penuh dalam
PBB masih tergantung kerana 126 negara yang menyokong, kurang dua lagi undi
untuk diluluskan dalam Sidang Umum PBB.
Malah Majlis Keselamatan sendiri tidak dapat menjaminkan
kemasukan penuh Palestin sebagai anggota penuh PBB. Sehingga ini sebahagian
anggota-anggota yang ada sekarang dalam Majlis Keselamatan ialah Bosnia dan Herzegovina
, Inggeris, Perancis, Gabon, German, India, Nigeria dan Portugal yang masih
belum menentukan sikap.
Jelas umat Islam tidak dapat berharap kepada PBB. Resolusi
181 yang dikeluarkan pada 29hb September 1947 yang mengisytiharkan kewujudan
Israel adalah titik bermulanya musibah yang sambung-menyambung ke atas rakyat
Palestin. Tanah Palestin dibahagi dua: untuk Yahudi 53% dan untuk Arab 43%.
Pokoknya PBB telah menerima penjajahan.
Kejahatan global yang diterajui oleh Israel dan didukung
oleh US tidak dapat dicabar dengan efektif oleh bahasa diplomatik. PBB yang
lebih merupakan pertubuhan pengumpul resolusi paling maksima hanya mampu
mengeluarkan kecaman, kritikan, dan kata-kata ultimatum yang tidak pernah
dihiraukan oleh Israel.
Resolusi 106 dikeluarkan pada 29hb Mac 1955 yang mengutuk
serangan Israel ke atas Gaza, Resolusi 111 dikeluarkan kerana mengutuk serangan
Israel yang menyerang Syria, Resolusi 162 yang mendesak Israel mematuhi
keputusan PBB, Resolusi 237 yang mendesak Israel membenarkan pelarian Palestin
kembali ke tanah air mereka seperti sebelum 1967 dan banyak lagi.
Kami menyeru agar semua Persidangan Khas yang diadakan saban
tahun oleh pelbagai pihak mengenai Palestin dan Al Quds menghantar suatu
semboyan jelas iaitu Jihad Membebaskan Palestin dan Al Aqsa.
Peredaran masa 64 tahun sudah terlalu lama. Israel yang
merupakan proksi US dalam merekayasa hegemoni kuasa Barat ke atas politik Asia
Barat sangat terang dan jelas. Untuk mengharapkan negara-negara Barat
mengembalikan hak Palestin adalah suatu kemustahilan. Malah untuk bergantung
kepada pemimpin negara umat Islam yang terikat dengan kuasa Barat juga tidak
menjanjikan harapan.
Kuasa sebenar berada dalam tangan umat Islam sendiri. Umat
Islam yang tersusun dalam pelbagai organisasi massa dan NGO harus menggembleng
seluruh tenaga dan sumber untuk melancarkan jihad dalam semua bidang untuk
mengembalikan bumi Palestin dan Al Quds kepada kaum Muslimin.
Jihad ekonomi dengan melancar boikot kepada semua produk dan
perkhidmatan yang secara langsung berkait dengan Israel. Ini termasuk seluruh
syarikat yang berpengkalan di Israel.
Tindakan memutuskan sebarang hubungan perdagangan dalam apa bentuk
sekalipun hendaklah dilancarkan secara efektif.
Jihad sosial dengan memboikot seluruh acara sosial dan
institusi sosial seperti universiti dan sebarang institusi yang yang berkait
dengan pembangunan sosial. Ini termasuk dalam acara sukan dan industri hiburan.
Jihad politik iaitu melumpuhkan seluruh perjanjian yang
dimeterai oleh negara dengan Israel dalam apa sahaja bidang perhubungan politik
dan diplomatik.
Jihad ketenteraan dengan mendesak pemerintah negara-negara
umat Islam menghantar tentera Islam ke Palestin untuk merampas kembali bumi
Palestin yang ditakluki Yahudi Zionis.
Jihad teknologi iaitu dengan memastikan segala teknologi
maklumat yang ada diguna untuk melancarkan serangan maklumat terhadap Israel.
Teknologi maklumat perlu digunakan semaksimanya untuk mendedahkan
persekongkolan antara US , British dan Israel.
Untuk semua medan jihad ini kami menegaskan bahawa sudah
sampai masanya seluruh NGO dan gerakan Islam antarabangsa menumpukan seluruh
tenaga dan sumber ke arah pembebas Palestin. Kekuataan kepakaran dan jaringan
organisasi sosial, ekonomi, politik, gerakan alam sekitar, hak asasi manusia,
undang-undang hendaklah dipusatkan sehingga realisasi pembebasan Palestin dapat
dicapai.
Sempena peringatan Hari Nakbah 2012 ini kami mengesa bahawa
mesej jihad sebagai satu- satunya jawapan kepada penaklukan Israel terhadap
Palestin akan tercapai. Sindrom meluncurkan resolusi dan kata- kata tidak lagi
boleh diharap lagi untuk membebaskan Palestin melainkan hanya dengan aksi
jihad.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
Datin Aminah Zakaria
Yang Dipertua SALIMAH
No comments:
Post a Comment