"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Monday, December 20, 2010

Intipati Program 100 hari

Salam Perjuangan,

Setelah Mengadakan Konvensyen bagi kali kedua, dilihat Pakatan Rakyat telah mengumumkan Program 100 hari di dalam buku jingganya yang mana mengariskan beberapa misi Pakatan Rakyat. Ia adalah bertepatan dengan manifesto yang dikeluarkan Pakatan Rakyat apabila menjadi Kerajaa Pusat Kelak. Berikut adalah beberapa misi jangka pendek yang telah di gariskan ketika Konvensyen.

1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swast(seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat

Selain itu buku itu juga menyebut bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus PR dalam usaha menterjemahkan dasar bersama ialah membebaskan institusi Negara, mewujudkan kemakmuran Melalui Pengagihan ekonomi yang adil dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Dalam usaha membebaskan institusi negara PR akan meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.

PR juga akan mewujudkan Council of Experts dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.

Seterusnya memperkukuhkan Jawakatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat setiap enam bulan sekali.

Dan akhirnya memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani disamping istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.

Pendapatan isi rumah RM4000 sebulan

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil, PR akan menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Dalam masa yang sama PR akan membongkarkan penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra serta meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi.

PR juga akan mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil itu, PR juga menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Air dan rawatan percuma


Bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Buku Jingga itu menyebut PR akan menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat serta menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Perkara lain yang turut digariskan di bawah program untuk meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat ialah:

- Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
- Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan apa jua kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada kadar yang segera.
- Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Sunday, December 19, 2010

Pakatan Rakyat....Menunggu menjadi Kerajaan Memerintah

Salam Pejuangan,

Konvesyen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini pada 29hb Disember 2010 telah mengumumkan program 100 hari untuk Pakatan Rakyat mula memerintah Kerajaan Malaysia. Aku ingin membawa satu rasional disini mengapa kita perlu memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Rasionalnya amatlah mudah iaitu Barisan Nasional tidak lagi membela ekonomi rakyat malah mereka sudah menjadi haruan yang makan anaknya.

Adakah aku pro pembangkang apabila aku mengeluarkan kenyataan di atas?????....sudah yang membaca dengan membabi buta akan berfikir begitu. Tetapi jikalau mereka teliti dengan akal penulisanku maka mereka akan dapat mesej dan idea yang aku cuba sampaikan.

Isu Pakatan Rakyat menjadi kerajaan menunggu @ waiting government sudah lama kedengaran apabila Barisan Nasional tidak lagi membela ekonomi rakyat malah mereka memperlahap rakyat mereka sendiri demi kepentingan peribadi. Kita disini bukan membenci pemimpin yang sedia ada tetapi membenci sikap mereka dan cara pentadbiran mereka yang langsung tidak adil.

Jikalau benar slogan rakyat didahulukan itu di jiwai oleh pemimpin kita sudah tentu mereka memperjuangkan nasib rakyat yang semakin tersepit dan semakin susah hidup di tanah air sendiri. Mengapa perlu dinaikkan harga minyak, harga barangan runcit dan dikenakan pula pelbagai cukai sedangkan pendapatan rakyat di negara ini tidak setinggi mana.

Sebagai contoh berkaitan dengan harga minyak, harga pasaran minyak dunia tidak naik tetapi kerjaan kita menaikkan pula harganya dan atas rasional apa??? tidak pula diterangkan pada rakyat. Harga barangan dikenakan cukai GST atas rasional apa??? Negara kita nak jatuh miskin dah ke???...mengikut laporan media masa ekonomi dikatakan sedang tumbuh dengan rancak. Jika ekonomi sedang rancak tumbuh kenapa rakyat terbeban dengan perbelanjaan harian yang tinggi seolah-olah rakyat yang bantu kerajaan bukannya kerajaan yang bantu rakyat???....

Saya yakin persoalan-soalan di atas sering bermain di fikran setiap rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban kesusahan akibat tindakan melulu pemimpin yang sedia ada. Orang yang masih waras dan berakal pasti akan dapat melihat sandiwara mereka yang membohong rakyat sejak dari 50 tahun yang lepas.

Semoga penulisan saya yang serba ringkas ini dapat membuka mata rakyat Malaysia yang sudah lama tidur untuk bangkit memperjuangkan hak masing-masing dan yang paling utama dalam perjuangan kita adalah mendaulatkan undang-undang Islam di negara kita ini.

Wassalam.

Saturday, December 11, 2010

Pendidkan Seks Tidak Perlu Di sekolah.....

Salam perjuangan,

Isu berkaitan dengan pendidikan seks sudah hangat diperkatakan dikalangan warga pendidik dan juga semua lapisan masyarakat. Kerajaan pula sedang bergiat mengusahakan supaya pendidikan seks dapat menembusi alam persekolahan untuk dijadikan satu mata pelajaran yang wajib di sekolah. Persoalannya adakah usaha itu relevan untuk diajdikan subjek di sekolah dan sudah kah diambil kira pandangan Islam berkaitan dengan isu ini????...



Pandangan peribadi saya adalah dengan membantah pendidikan seks itu diajarkan di peringkat sekolah. Ini adalah kerana seks adalah fitrah dan naluri manusia yang telah diciptakan oleh Tuhan. Gejala sosial dikalangan remaja Islam juga sudah semakin parah sehinggakan kanak-kanak sesusia 6 tahun sudah pandai berzina. Jadi apabila diajarkan pula di Sekolah lagi rancak mereka berzina. Seperti ibarat mengajar pencuri menjadi pencuri yang professional dan mengajarnya mencuri dengan betul.

Dalan Islam sendiri juga telah diajar berkaitan pendidikan seks sejak kecil lagi iaitu dengan menyuruh ibu bapa mengasingkan tempat tidur anak-anak apabila sudah berusia 7 tahun. Islam juga menyuruh wanita-wanita menutup aurat dan hanya menampakkan muka dan telapak tangan. Islam juga mengajar lelaki menjaga pandangan dan mengawal nafsu apabila berhadapan dengan wabita yang bukan muhrim.

Oleh itu, mengapakah kita cuba membuat sesuatu yang bertentangan dengan Al-Quran sedangkan Ia diturunkan untuk menjadi panduan Manusia. Mengajar budak-budak sekolah menggunakan kondom dan membeli pil perancang kehamilan adalah satu yang tidak relevan dan patut difikir dan dikaji semula. Janganlah diikut kaedah orang kafir sedangkan Islam telah memberikan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah kehidupan Manusia.

Bagi yang berfikiran sekular dan menganggap agama itu hanya menyembah Allah semata-mata akan berfikir pendidikan seks sesuai di ajarkan di sekolah tetapi yang berfikiran Islamic dan Al-Quran jadi panduan hidupnya pasti berfikiran sebaliknya. Itulah Islam mengajar kita memilih pemimpin berdasarkan Ilmunya dan taatnya dia kepad Allah bukan berdasarkan pengaruhnya dan betapa banyak duitnya.
Semoga Mata Pelajaran Seks tidak diajarkan di sekolah jikala tidak runtuh la kredibiliti Institusi Pendidikan di Malaysia ini.

Sunday, December 5, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya????

Salam Perjuangan,
(Petikan dari Harakah Daily oelh Hilmi Halim)



Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

(Jadi percayakah anda bahawa dengan berlindung pada Allah kita akan selamat???...masih ramai yang tidak percaya walaupun mereka telah mengaku diri mereka itu ISlam)

Saturday, December 4, 2010

Kenali ciri-ciri lelaki pendera.....

Salam Perjuangan
(Petikan di ambil dari email Bawang Goreng@yahoo.com melalui hidayahgroup.net)



Tentu anda pernah menonton movie Sleeping with the Enemy lakonan Julia Roberts atau Enough yang dilakonkan oleh si cantik manis Jennifer Lopez. Kedua-dua movie ini mengisahkan suami pendera yang bersikap kejam terhadap isteri sendiri.

Punya suami yang kasar dari segi pertuturan dan tingkah laku, kaki dera mahupun panas baran yang ringan sangat melayangkan kaki dan tangan, pasti mahu dielak oleh semua wanita. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang.

Tidak kurang juga begitu banyak kes isteri yang dizalimi suami disiarkan di dada akhbar. Lebih menyedihkan, terdapat juga tragedi hitam di mana ada suami yang hilang pertimbangan sanggup memukul isteri dengan kejam sehingga menemui ajal. Senario sebegini ternyata begitu membimbangkan golongan wanita kerana suami yang diharapkan menjadi pelindung, kini tidak teragak-agak meragut nyawa isteri sendiri. Suami menzalimi isteri, mengapa lelaki hilang pertimbangan? Apakah punca ia berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam, mereka sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.

Choopp! Nanti dulu! Sebelum anda terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika anda kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum anda mendirikan rumahtangga. Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwin, perhatikan 16 sikap yang akan disenaraikan dalam entry ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan anda, maka belum terlambat untuk anda mengundur diri.

1 – Extra romantis

Jangan cair bila pasangan terlalu kerap melontarkan kata-kata romantis seperti ‘abang tak boleh hidup tanpamu’ atau ‘abang akan tetap setia selamanya’ ataupun ‘cinta abang sentiasa mekar untukmu’... [NB: uik.. uik... geli pulak BG menaip ayat macam ni.....]

Sebaliknya, cuba berhati-hati dan berfikir dengan waras. Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.

2 – Terburu-buru dalam hubungan

Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang selanjutnya lebih ‘advance’ seperti bertunang dan segera menikah, walaupun sebenarnya anda baru saja mengenalinya. Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangkamasa yang lama.

Jika lelaki ini yang anda temui, tidak salah jika anda berwaspada. Jangan turut brsikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya. Fikir dahulu dan ambil lebih masa untuk mengenalinya. Di samping itu, cuba jadi ‘Inspector Gadjet’ untuk mengetahui latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri

Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ anda dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.

4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan

Lelaki pendera benar-benar ingin mendengar tentang semua masalah yang anda alami pada peringkat awal perhubungan. Dia bahkan mungkin mempunyai masalah yang sama dirinya sendiri. Jadi berwaspadalah, dia mungkin melakukan satu dari dua perkara: dia mungkin sedang belajar semua tentang anda dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ‘push button’ atau senjata yang terbaik untuk memalukan anda di masa akan datang, atau dia mungkin mendorong anda untuk merasakan bahawa sekurang-kurangnya dia memahami apa yang sedang anda alami.

5 – Cemburu buta


Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Kenyataan ini memang ada betulnya, tetapi jika cemburunya tidak keterlaluan. Jika sikapnya melampaui batas, terlalu mengawal, mengawasi, mengongkong anda dan bersikap cemburu buta yang tidak munasabah, maka anda sememangnya layak untuk berwaspada. Hati-hati apabila pasangan anda asyik cemburu walaupun dengan teman sekerja, teman paling rapat mahupun cemburu dengan keluarga dan saudara-mara anda sendiri.

Selain itu, si dia juga selalu meminta anda meluangkan masa bersama dengannya dan tidak segan silu menagih perhatian anda hanya untuk dirinya sahaja. Dia juga mahu anda report memberikan laporan, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar, sampai jam berapa dan pendek kata, apa saja yang anda lakukan. Perlu diingatkan, sikap cemburu sebegini boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda sendiri.

6 – Mengawal atau mengongkong

Lelaki pendera lazimnya sangat suka mengawal atau menongkong pergerakan pasangan kerana dia sentiasa memerlukan masa dan perhatian pasangan. Lelaki pendera juga tidak mustahil akan mengawal kewangan kerana dia tidak suka jika pasangannya menunjukkan kemampuan mandiri atau berdikari.

7 – Terlalu emosi

Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas. Kebiasaannya anda akan berhati-hati dalam berkata-kata kerana takut tersalah cakap yang akan mengundang amarah besar dirinya. Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang langsung tidak konsisten. Berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap begini kerana tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi mangsa amarahnya.

Perhatikan bagaimana dia berbicara dengan orang tua anda atau rakan anda. Apakah dia berkasar atau bersikap tidak baik? Lihat juga pola tingkah lakunya. Lelaki yang kasar dalam hubungan sering kejam dalam situasi lain juga seperti melecehkan ahli keluarga yang lain, menyakiti haiwan kesayangan dan seorang ‘road bully’. Atau dia orang yang sama sekali berbeza ketika bersama orang lain di sekeliling anda sehingga dia dilihat seolah-olah mempunyai dua identiti yang berbeza.

8 – Sering merendah-rendahkan

Seharusnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda perolehi. Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki si kaki pendera ini. Dia akan memperlecehkan atau merendah-rendahkan keupayaan anda.

Sebagai contoh, hanya kerana pakaian yang anda pakai tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk anda tanpa mengambil kira hati anda, sama ada anda sebagai temanita atau isteri.

Segala kehendaknya juga harus dituruti tanpa kompromi kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. Sikap sebagini sebenarnya memberi kesan kepada pasangan kerana lambat laun, pasangan akan berasa tidak yakin pada diri sendiri. Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.

9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang

Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan. Jika dibangkang, tidak mustahil anda menjadi mangsanya. Barang rumah dipecahkan, malah dinding dan meja atau kepala anda juga dihentaknya. Ketika ini pasangan akan takut tapi sebaiknya si lelaki pendera akan cepat-cepat meminta maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Biasanya dengan pujukannya yang mendayu-dayu, hati pasangan akan cair. Inilah kebiasaan yang berlaku.

10 – Tidak sukar memohon maaf

Lelaki pendera ini memang pandai merayu dan memohon maaf setiap kali membuat kesalahan. Tetapi cara dia memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikap salahnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Jadi, mahu tidak mahu, anda akan turut merasa bersalah akibat terkeliru dengan alasan penjelasannya.



11 – Sentiasa menyalahkan

Walaupun dirinya yang melakukan kekerasan atau keganasan, namun lelaki ini cuba meyakinkan dengan meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Lebih serius dahsyat lagi jika dia meletakkan kesilapan itu pada diri anda sendiri iaitu yang menjadi mangsanya. Dia tidak segan silu memberikan apa saja alasan bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu tanpa didorong atau dipengaruhi oleh orang lain ataupun anda sendiri.

12 – Suka memberi hadiah

Semalam dia memarahi anda dengan seteruk-teruknya tetapi hari ini dia meminta maaf dan menghadiahkan anda dengan barang-barang yang anda sukai. Dia mengandaikan yang dia boleh membeli jiwa hati anda dengan barang-barang hingga anda berasa serba salah dan tidak mahu memarahinya lagi atau terus saja memaafkannya. Lelaki pendera biasanya akan cuba menutup kesilapan mereka dengan mengaburi mata pasangan dengan cara begini.

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat

Hubungannya dengan ahli keluarganya yang lain tidak rapat atau kurang mesra. Mereka mungkin telah mengecewakannya juga.

Lelaki pendera akan sentiasa memberi helah atau alasan untuk tidak menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga. Dia mungkin cuba untuk menghalang anda menghabiskan masa dengan mereka juga. Semakin dia boleh mengasingkan anda daripada orang lain, semakin kuat ‘penguasaannya’ terhadap anda.

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan

Lelaki pendera biasanya enggan berkongsi sejarah perhubungan dengan bekas teman wanitanya. Dia mungkin mengelak dengan menceritakan yang buruk-buruk tentang mereka. Jika dia tidak segan silu memburuk-burukkan orang lain, bolehkan anda yakin yang anda tidak akan menjadi mangsa selanjutnya?

Dia juga mungkin pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri. Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tidak mustahil juga lelaki pendera pernah menghadapi masalah penyalahgunaan dadah atau alkohol.

15 – Seperti ada udang di sebalik mee

Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya. Dia mungkin nampak gembira untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda sebagai keutamaannya, tetapi tidak lama kemudiannya dia mulai berkata, “Lihatlah semua yang saya lakukan untuk anda anda harus melakukan X, Y dan Z untuk saya...”

16 – Memberi peringatan seperti ancaman

Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya

Jika anda mempunyai sebarang keraguan bahawa pasangan anda mungkin seorang pendera, jangan teragak-agak untuk mengundurkan diri daripadanya secara perlahan-lahan. Dengarlah nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan yang boleh anda percaya. Jika anda tidak menyukai apa yang mereka katakan tentang dirinya dan anda cuba menidakkan nasihat mereka dengan mengatakan “Tapi kamu tidak mengerti” atau “Kamu tidak memahaminya” atau “Dia tidak seperti itu ...”, besar kemungkinan anda tersasar dan mereka benar.

Berwaspadalah dengan kekerasan dan ancaman yang dilakukan oleh lelaki pendera. Perilaku sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Adakah dia pernah terdorong untuk memukul atau mengasari anda atau orang lain secara terang-terangan? Apakah dia pernah melemparkan sesuatu pada anda ketika dia marah? Adakah dia pernah mengancam (acan-acan) untuk melakukannya? Apakah dia secara fizikal mengancam dengan orang lain? Apakah dia menumbuk dinding, pintu atau objek lain?

Cubalah selidik sejarah tingkah lakunya. Jika dia pernah terlibat dalam banyak perkelahian dengan orang lain, anda akan megetahi bahawa dia seorang yang keras dan tidak mustahil seorang pendera. Ini adalah tanda-tanda yang paling jelas bagi seorang pendera.

Demikian ciri-ciri lelaki pendera yang sempat dikongsikan untuk entry kali ini. Jika anda belum berkahwin dan masih dalam peringkat mengenali pasangan dan si dia mempunyai ciri-ciri yang tersenarai seperti di atas, maka masih belum terlambat untuk anda mengundurkan diri. Akan tetapi, jika sudah terlanjur mengahwini lelaki sebegini, maka berhati-hatilah. Jika diri anda dianiaya, jangan biarkan perkara buruk berlarutan. Kuatkan semangat dan buatlah laporan polis atau dapatkan bantuan daripada kaum keluarga.

Semoga bermanafaat!

Kerana Aurat Wanita Lelaki Terseksa......

Salam Perjuangan,



Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.
Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka (kaum adam) dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.


Boleh dikatakan setiap hari kaum adam berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau la sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri.

Hampir 95% jiwa kaum adam memberontak nak melakukan seks bebas dan zina.Hanya 5% je tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnya cukup mudah, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi kaum adam gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu tanpa ada perasaan malu, kalau orang lelaki disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer kita pun tak tau.

Kepada kaum perempuan tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah kaum adam yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu. Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu,pasti lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih mu wahai wanita seolah meraguinya???

Jangan di salahkan lelaki kerana tidak kuat iman nya...tetapi lihat dirimu wahai wanita yang belum sempurna penutupan auratmu..Nabi telah mengangkat darjat mu menjadi makhluk yang mulia dan seindah hiasan dunia. Oleh itu peliharalah aurat mu kerana secara tidak langsung ia memelihara pandangan lelaki di dunia ini.

MATI ITU MESTI!!!!!!!

Salam Perjuangan,
(Petikan dari email fairlady@yahoo.com melalui hidayahnet.group)



Kematian, perkara yang bila disebut pada sesetengah insan hatinya akan gementar dan takut tetapi bagi sesetengah pula membilang waktu untuk bertemu dengan kekasihNYA. Setiap orang menemukan jalannya sendiri-sendiri. Tak banyak orang yang menjadikan kematiannya sebagai peristiwa yang paling berharga. Di mana setiap orang akan mengingat kematiannya. Namanya akan lebih panjang dibandingkan dengan umurnya.

Mungkin sudah menjadi takdirnya. Allah Azza Wa Jalla, mentakdirkan orang yang dengan kematiannya itu, mengakhiri sebuah kekuatan besar, yang tak pernah dibayangkan oleh siapapun. Mengakhiri kesombongan. Mengakhiri kedurjanaan. Mengakhiri keangkara-murkaan. Mengakhiri kedzaliman, yang tak ada tandingannya. Kematiann ya mengakhiri kekuatan cita-cita. Kematiannya mengakhiri ideologi, yang dianut lebih jutaan manusia. Kematiannya mengakhiri sebuah sistem. Sistem yang paling kokoh, yang menolak Tuhan. Sistem yang menjadikan Tuhan sebagai musuhnya. Kerana, mereka tak mengenal apa yang disebut Tuhan. Kematiannya mengubah keseimbangan.peradaban. Keseimbangan kekuatan peradaban materialisme yang menjadi musuh Allah Azza Wa Jalla.


Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya)
tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya." (Ali Imran:185)

"Renung-renungkan dan semoga menambah amal"

Monday, November 22, 2010

Manusia Kerbau

Salam Perjuangan,

Seorang teman saya pernah menceritakan satu cerita yang boleh kita kongsi bersama untuk dijadikan satu renungan siapakah kita sebenarnya. Kisah antara seorang petani dan kerbau yang mengungkap di manakah keberadaan kita dalam kehidupan ini dan menjelaskan siapakah kita serta diakhir kisah ini kita perlu melihat adakah kita akan berada di sebelah petani atau anda merasakan yang kerbau adalah golongan yang patut anda pertahankan kerana ianya juga melambangkan sesuatu yang anda jalani seharian sehingga kini. Kisahnya begini, di sebuah kampung hidup satu keluarga petani yang aman bahagia. Petani tersebut mempunyai anak dan isteri yang amat memahaminya serta sentiasa berada bersama dengannya biar dalam suka mahupun duka. Kehidupan mereka tidak begitu senang namun jauh dari kesusahan. Mereka berkecukupan dari segala hal.




Sudah menjadi rutin petani tersebut untuk pergi ke sawah pada setiap hari manakala si isteri akan melakukan kerja rumah dan anak-anak mereka akan melaksanakan tugas sebagai pelajar. Jika dilihat dari sudut kehidupan duniawinya, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka, aman, bahagia berkecukupan. Mereka bertanggungjawab atas tugas masing-masing dan mereka saling hormat menghormati. Namun ada sesuatu yang mungkin pincang, justeru itu mari kita ikuti perjalanan kehidupannya seharian agar kita dapat renungkan masalah yang sebenarnya dihadapi oleh si petani. Si petani akan bangun awal pagi untuk bersiap ke sawah dan seperti biasa dia perlu mandi membersihkan diri dan kemudian bersiap serta menikmati sarapan yang disediakan oleh isterinya. Si petani ini mempunyai seekor kerbau, kerbaunya tahu tuannya akan bangun awal pagi untuk menjalankan tugas di bendang maka sang kerbau juga terpaksa bangun awal dan bersiap dengan memakan apa yang ada untuk member tenaga agar dapat bekerja di bendang. Setelah menikmati sarapan pagi yang dapat memberi tenaga maka si petani keluarlah untuk ke bendang. Dia pun terus ke kandang kerbaunya lalu ditariknya untuk membawa ke bendang. Berkatalah sang kerbau dalam hatinya “aku tahulah aku kena kerja, tak perlulah aku ditarik”. Meskipun merungut di dalam hati tetapi sang kerbau tetap patuh pada tuannya biarpun kadangkala dia tidak faham mengapa tuannya perlu memerintahnya kerana ia juga tahu akan kerjanya. Sesampainya di sawah, sang kerbau dikerahkan untuk membajak.

Melihat si kerbau lembab dalam melaksanakan kerja yang disuruh maka dirotannya kerbau tersebut agar membuat kerja dengan pantas. Tanpa merungut bergeraklah si kerbau dengan pantas demi mematuhi perintah tuannya kerana pada fikiran sang kerbau, jika dia melawan nanti dia akan tidur dalam kesejukan di luar kandang dan terpaksa bersusah payah untuk mencari makan, walhal sekarang dia begitu mudah untuk mendapatkan makanan. Bekerjalah si petani dan sang kerbau dalam keadaan panas hinggalah tiba waktu makan tengahari. Petani tersebut beruntung kerana isterinya akan datang membawa makanan yang sedap lagi menyelerakan kerana isterinya cukup pandai dalam hal masak memasak untk makan tengahari. Biarpun begitu si petani tetap merengus akibat cuaca yang panas. Apa dah jadi dengan kerbaunya? Sang kerbau melihat tuannya makan tengahari, ia pun terasa lapar dan dahaga, berkatalah si kerbau dalam hatinya “aku yang bekerja teruk di tengah panas tak merungut”. Lalu sang kerbau mencari apa yang boleh dimakan dan mencari air bertakungan untuk dijadikan juadah makanan tengahari. Selesai istirehat, mereka menyambung kerjanya di benadang hingga waktu petang.

Apabila petang menjelma,maka tiba waktu untuk pulang lalu petani berhenti lalu menarik kerbau untuk pulang. Sewaktu ditarik berkatalah kerbau di dalam hatinya “tak payah tarik, aku pun tahu nak balik… aku pun penat”. Setelah sampai di kawasan rumah, kerbau dimasukkan ke dalam kandang dan disediakah makanan untuk makan malam dan setelah itu si petani pulang ke rumah lalu membersihkan diri untuk makan malam. Setelah makan malam, si petani tidur dan sang kerbau tidur. Nah… apakah bezanya si petani dan kerbaunya, jika dilihat di sini tiada bezanya, petani makan, kerbau makan… petani kerja, kerbau kerja… petani rehat, kerbau pun rehat. Begitulah kita, jika kita tidak melaksanakan solat maka sama juga kita seperti kerbau hanya tahu melakukan rutinnya bahkan yang lebih menarik, kerbau tersebut masih mendengar kata perintah tuannya. Oleh yang demikian seandainya kita tidak mendengar kata perintah Allah swt yang maha berkuasa lagi bijaksana maka kita lebih teruk dari seekor kerbau. Biarpun dia kerbau, tiada pelajaran tetapi dia tahu mengikut perintah tuannya walaupun kadangkala masih ada protes. Maka cubalah letakkan diri kita dalam situasi petani dan kerbau ini. Adakah kita ini sama seperti kerbau kerana dalam kisah ini tiada bezanya petani dan kerbau. Perkara yang dapat membezakannya ialah kepatuhan kepada perintah Allah swt. Maka marilah kita persoalkanlah dalam diri, adakah layak kita digelar manusia jika tidak mengikut perintahNya sedangkan seekor kerbau masih tahu kedudukannya atau kita layak digelar manusia kerbau kerana tubuhnya manusia namun perjalanan hidupnya seperti kerbau. Semoga kisah ini dalam direnungkan sedalamnya dan bukanlah tujuannya untuk meletak sesiapa di tahap yang rendah, melainkan ianya untuk dijadikan iktibar untuk diri yang fakir ini serta pembaca yang sudi merenung diri agar tahap kerinduan kita terhadap Allah swt sentiasa bertambah, berkurang jauh sekali.

Sumber : Dr Azhar Sarip

Sunday, October 17, 2010

Istikharah..takutlah nak buat!!!

Salam Perjuangan,

Bila kita sebut sahaja tentang istikharah..ramai yang beranggapan itu mesti berkaitan dengan jodoh. Peliknya aku, sejak bila Nabi mengajar istikharah itu hanya utnuk jodoh sahaja. Nampak lah dengan jelas bahawa remaja Islam pada zaman ini banyakkan jahil tentang agamanya sendiri. Bukannya aku menuding jari pada seseiapa tetapi bagi Negara yang mengakui Islam adalah agama rasmi, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.



Maksud sebenarnya istikharah. Istikharah menurut bahasa Arab, diambil daripada perkataan khayara, istakhara dan istikharah. Ia bermaksud agar dipilihkan kepadanya yang bersesuaian dengannya.

Solat istikharah bermakna, menunaikan solat dua rakaat sunat istikharah memohon dan menyerahkan sesuatu pilihan itu kepada Allah dengan serahan yang bulat kepada-Nya. Apa yang diberikan-Nya kepada kita, itulah yang kita terima.

Oleh itu untuk semua para pemuda dan pemudi serta golongan yang dah berumur juga, buatlah istikharah setiap kali kita berdepan dengan pilihan yang tidak pasti. Ini adalah kerana Allah lebih Mengetahui segalanya dari kita dan tidak perlu kita sombong dengan Allah sebab Dia adalah Pencipta kita.

Bagi yang hendak memilih jodoh, istikharah adalah amat penting supaya memastikan diri kita di ijab qabul dengan pasangan yang beriman dan baik akhlaknya serta berbudi pekerti. Barulah dapat mengurangkan peratus penceraian di Malaysia ini. Janganlah kita berkahwin atau memilih pasangan hidup menurut nafsu maka binasalah keluarga yang kita bina.

Ingat dan dengarlah nasihatku ini bahawa Islam telah memudahkan cara manusia untuk melayari bahtera di dunia ini melalui Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Janganlah di ikutkan sangat teori barat yang banyak memutar belitkan kehidupan manusia. Anda percaya serta yakin dengan Islam sepenuh hati maka anda akan selamat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Merancang untuk mati....

Salam Perjuangan,

Kebanyakan orang yang aku jumpa semuanya mempunyai angan-angan tersendiri dan impian yang belum di capai lagi dalam hidup. Mereka memasang impian yang berbeza mengikut minat dan kelebihan masing-masing yang telah dikurniakan Allah s.w.t.

Semua orang bertungkus lumus untuk menjayakan impian dan angan-angan mereka sampai lupa asal-usul diri dan untuk apa mnereka hidup di dunia ini. Pernah tak kita terfikir bahawa merancang untuk mati lebih utama dari merancang untuk hidup?????

Jawapannya mesti tak pernah kan dan aku pasti yang merancang untuk mati pada zaman cyber ini tidak sampai 20% pun. Sebenarnya yang pertama sekali kita mesti tahu apakah tujuan kita dihidupkan di muka bumi Allah ini dan yang kedua kita hendaklah merancang hidup untuk mati dan hidup kembali di alam yang "kebal".

Manusia yang bijak adalah manusia yang merancang dan membuat persediaan untuk menuggu dijempu oleh ajal tetapi manusia yang jahil dia telah mati sebelum kematian yang sebenar menjelma.

Bagaimana hendak merancang kematian????

1. Pastikan kita tahu apa tujuan kita hidup di dunia dan mengapa aku menjadi seorang Muslim???
2. Menambah amal dan taqwa dari masa ke semasa dan elak terjebak dengan manusia yang jahil dan sesat.
3. Perbanyakkan menuntut ilmu semoga ia jadi bekal untuk kita berbakti dan mengajak manusia sama meningati mati.

Aku rasa cukup setakat tiga asas perancangan dulu kerana untuk berubah memerlukan istiqamah dan ikhlas dari hati. Manusi tidak dilahirkan bodoh ke dunia kerana semuanya dilahirkan bijak dan pandai cuma yang membezakan mereka adalah kelebihan masing-masing. Semoga kita sama-sama beramal dan dapat menghadapi kematian dengan tenang serta diredhai Allah s.w.t.

" Manusia yang bijaksan menulis tentang ilmu, manusia yang cerdik menulis tentang peristiwa, tetapi manusia yang bodoh menulis tentang diri sendiri"

Friday, October 1, 2010

Hidup Dalam Kegelapan.....

Salam Perjuangan,

Gelap tidak semestinya kita tidak nampak cahaya..terang tidak semesti tidak nampak kegelapan...begitulah hidup kita sehari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan dari Allah swt.

Zaman cyber dan teknologi canggih sekarang banyak menggelapkan para pemuda-pemudi di alam kesesatan dan terperangkap di alam dunia yang penuh dengan penipuan. Apakah mereka tidak sedar akan salahnya jalan yang mereka pilih??? atau mereka sudah sedar tetapi tidak mahu mengambil tahu dan berubah???...Itu semua hanya Allah yang mengetahui hati mereka.

Bagi pendakwah muda di luar sana, berdakwah jangalah memilih bulu, menyebar ilmu janganlah hanya pada yang berminat. Adil lah sesama manusia dan bantulah mereka yang dalam kegelapan dunia. Jangan melihat mereka dari pemakaian dan tingkah laku tetapi lihat mereka dari hati dan nurani.

Tapi sayang pendakwah muda zaman ini banyak memilih jalan senang untuk berdakwah, meminggirkan kelompok yang memerlukan cahaya, meninggalkan mereka yang perlukan tongkat untuk berjalan di dunia ini. Jikalau begitu layakkah anda digelar pendakwah @ murrabi???? Anda mengaku mempuyai ilmu yang tinggi tetapi memilih kasih, tidak malukah anda???...saya tidak menuding jari pada sesiapa tetapi kalau benar kita ingin mengikut slogan membangun bersama Islam...bergeraklah wahai pemuda ke seluruh pelusuk dan ceruk dalam dunia ini untuk menyebarkan dakwah. Jangan bina jurang antara kita dan mereka..moga-moga hasrat Islam untuk kembali gemilang jadi impian.

Wassalam....***Inilah adalah pandangan peribadi penulis tidak ada kaitan dengan sesiapa****

Friday, September 17, 2010

Mood anda sukar di baca lah!!!

Salam Eidulfitri dan Salam Perjuangan,

Baru-baru ni ada seorang kawan aku tegur aku dengan mengatakan mood aku susah nak di baca dan nak di faham. Aku berfikir sejenak betul ke ape yg kawan aku cakap kan tu???...Jikalau betul lah mood aku susah orang nak faham maka aku akan kehilangan begitu ramai kawan. Mood yang sukar di baca adalah kerana seseorang itu runsingkan sesuatu atau dia sedang mengalami masalah jiwa. Itulah adalah faktor-faktor yang atau punca kepada kemurungan seseorang.

Memang aku sedang runsing tentang sesuatu perkara tetapi itu adalah peribadi yang tidak boleh dinyatakan disini. Konflik diri yang melanda aku cuba sedaya upaya serta dengan izin Allah untuk meredakannya. Bagi yang mereka senasib dengan aku, jangan mudah berputus asa untuk menyelesaikan masalah anda. Bagi lelaki anda ada 9 akal maka jangan lah anda tewas dengan satu masalah, malu la bro!!! hilang kemachoan dan hilang kegagahan seorang lelaki jika anda tewas.

Berfikirlah secara matang dan mohonlah bantuan dari tuhan yang empunya dunia agar kita tenang dalam menghadapi masalah dunia. Orang yang beriman mereka juga menghadapi susah tetapi tidak menderita walhal orang yang tidak beriman mereka juga susah tetapi menderita.

FIKIR-FIKIRKANLAH....PESANAN INI UNTUK DIRI PENULIS DAN PEMBACA BLOG INI

Tuesday, September 14, 2010

Petua Mencuci Hati

Salam Eidulfitri dan Salam Perjuangan,

Berikut adalah beberapa petua untuk kita membersihkan hati kita yang dihinggapi beberapa penyakit negatif. Petua ini di ulas dan dikeluarkan oleh Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah. Sama-sama kita renung dan amalkan.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Surah Al-Ikhlas" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Semoga para pembaca dapat mengamalkan dan tenang dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Wassalam.

Monday, September 13, 2010

Dunia Akhir Zaman..Masya Allah!!!

Salam Eidulfitri dan Salam Perjuangan,

Aku sangat-sangat terkejut dengan perkembangan remaja masa kini yang semakin hancur akhlak dan budi bahasa. Berbagai kisah dah aku dengar dan berbagai kejadian yang telah berlaku dengan kejam tanpa perikemanusiaan seperti pembuangan bayi. Berikut ada sebuah kisah contoh untuk para remaja menginsafi dan berfikir sejenak tentang haramnya zina.

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.

Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

Falsafah Eidul Fitri

Salam Eidulfitri dan Salam Perjuangan,

1. Kalau Ramadhan membawa makna panas yang membakar. Ia dapat diartikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembakaran dosa. Sungguh banyak hadis Nabi SAW yang menyebut tentang fadhilat atau kelebihan puasa dan qiyam Ramadhan sebagai penghapus dosa. Malahan terdapat hadis yang menyebut begitu berakhir Ramadhan maka kita bagaikan bayi yang baru dilahirkan ibu yakni suci dari dosa. Tentu saja ini hanya untuk mereka yang melakukan puasa dan qiyam atas dorongan IMANAN (imannya kepada Allah) dan IHTISABAN ( semata-mata mengharap ganjaran pahala dari Allah).



2. Eid Al-Fitry terdiri dari dua perkataan. Eid maknanya kembali sedangkan Al-Fitry pula membawa makna fitrah atau suci. Jadi ungkapan Eid Al-Fitry membawa makna Kembali Kepada Kesucian. Atas sebab itulah kita selalu mendengan ucapan : Minal 'Aaidin Wal Faaizin ( semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali dan semoga kita termasuk ke dalam golongan yang berjaya ). Jadi siapa yang kembali kepada fitrah semula jadi maka dia layak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Makna kembali kepada Fitrah yang paling utama adalah kembali kepada fitrah agama. Fitrah Agama pula ialah segala yang datan daripada Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain asal usul agama Islam ialah segala yang datang dari Allah dan Rasul-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Sebagai contoh : Fitrah aqidah ialah Tauhid bukan syirik ; Fitrah dalam ibadat ialah ikut Sunnah Rasulullah bukan bid'ah ; Fitrah dalam akhlak adalah adil bukan zalim, amanah bukan khianat, berkata benar bukan dusta dan lain-lain. Oleh itu, bereidulfitry dalam kontek AGAMA mestilah kembalikan ajaran agama Islam yang kita anuti kepada sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. bukan hanya ikut-ikutan atau bertaklid secara membuta tuli dengan adat istiadat atau tradisi nenek moyang.

4. Syawwal maknanya irtafa'a ( up grade ) atau peningkatan. Maksudnya : Setelah umat Islam melalui latihan demi latihan dalam Madrasah Ramadhaniah ( Sekolah Ramadhan ) selama satu bulan dengan penuh disiplin. Siangnya berpuasa dan malamnya qiyam. Segala anggota dapat dikawal daripada melakukan maksiat maka sangatlah memungkinkan jika diri seseorang menjadi lebih baik dan akan meningkatlah syakhsiah (jadi dirinya) dalam bulan Syawwal. Itulah sebabnya setelah Ramadhan lalu disambut dengan Syawwal. Oleh itu, adalah sangat bercanggah jika jutsru memasuki Syawwal langsung merudum atau merosot agamanya.

5. Pengingkatan yang dimaksudkan dari perkataan Syawwal bukanlah terbatas kepada kwantiti amalan tetapi lebih kepada kontinyuiti atau kesinambungan amalan. Peningkatan dalam ibadat puasa maksudnya kita perlu meneruskan budaya itu pada bulan Syawwal walaupun hanya enam hari, bukanlah mesti lebih daripada 30 hari. Tahajuud tidak semestinya lebih daripada 23 rakaat atau 11 rakaat ; membaca Al-Quran tidak semestinya melebihi 30 juz setiap bulan. Maksudnya : Amalan yang baik yang kita biasakan dalam Ramadhan perlu diteruskan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Rasul SAW bersabda : Sesungguhnya Allah sangat menyukai amalan yang berkekalan walaupun ia dilakukan sedikit sedikit.

Cukuplah setakat ini dulu Tazkirah singkat untuk dijadikan sebagai bahan renungan dalam bulan Syawwal. Semoga berguna untuk kita semua. Mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan.

Ustaz Dr. Abdullah Yasin,

No 62 Jalan Pauh Kijang ,
Kg. Malaysia Raya - Sg. Besi - KL
+6012 205 6040

Perutusan Hari Raya.....

Salam Eidulfitri dan Salam Perjuangan,

Thursday, 30 Ramadan 1431
Perutusan Hari Raya Presiden PAS

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Saturday, September 11, 2010

Kenapa Hati Mati????

Salam Aidilfitri dan Salam Perjuangan,

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)




Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

BEWARE RUBBER HAIR BANDS and SLIPPERS from China

Salam Aidilfitri dan Salam Perjuangan,

Dear Everyone,

Be cautious of hair bands at open markets around the city – they are probably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!

Take a good look before buying hair bands in future – specially like the following kind…..







BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ....... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.

Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair .

See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US . Hopefully, they are not yet in India ....



This is very true as I heard it in news from one of our localradios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal.





PLEASE DO NOT HESITATE TO PASS THIS MESSAGE TO EVERYONE IN YOUR CONTACT LIST

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!!! Merdeka!!!!

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

Aku terpegun sangat-sangat...nak tau kenapa????

Melihat cantiknya bunga api kat langit..bagaikan langit itu dilukis oleh seorang pelukis hebat. Bunyinya seperti dentuman yang kuat seolah-olah langit nak di robohkan. Tapi malangya aku tengok dari kaca TV sahaja, tak berpeluang lihat secara "live" sebab ada tugas-tugas yang tidak dapat dielakkan.

Yang sebenarnya aku tak la beria sangat nak cerita pasal bunga api..lagipun dah bertahun-tahu tengok, jadi jemu juga. Aku cuma nak bagi komen sikit la pasal cara sambutan merdeka yang agak pelik bagi negara yang mengaku Islam agama rasmi.



Apakah pemimpin kita sudah hilang kitabnya bila menyambut merdeka sebegitu rupa???...sedangkan tarikh menyambut ulang tahun merdeka jatuh pada bulan Ramadhan. Bukan kah sepatutnya para pemimpin mengajak rakyat bermunajat kepada Tuan yang empunya dunia kerana berikan keamanan yang berterusan????

Apa yang dilihat seolah-olah satu pesta yang tidak mengikut syarak dijalankan semalam dengan pemuda dan pemudi bergaul bebas malah mereka berpesta seks menyambut kemerdekaan negara. Aku ingin bertanya pada para pembaca, wajarkah sambutan kemerdekaan disambut seperti semalam atau lebih kepada bermunajat syukur kepada Allah???

Bak kata Nabil "lu pikir la sendiri"...semua dah beso dan akil baligh pun dan jikalau pesta hiburan berterusan diajar dalam masyrakat Malaysia, jangan haraplah kes sosial dan buang bayi akan selesai dan akan sia-sialah segala kempen yang berkumandang di setiap media cetak dan elektronik.

HUH!!!! PALESTIN SEMAKIN HANCUR SEDANGKAN AKU MASIH HIDUP???? PELIKNYA!!!!!

Saturday, August 28, 2010

Musibah Bazar Ramadhan!!!! Amaran Allah!!!

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

PETIKAN ARTIKEL DARI POLITIKBANJAR.BLOGSPOT.COM

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?

Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.



Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.

Kepada magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu

"RENUNG-RENUNGKANLAH"

Bersesak-sesak di Bulan Ramdhan....

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

Di bulan Ramadhan ini aku lihat org ramai atau masyarakat kita suka bersesak-sesak. Tidak kira la di bazar Ramadhan, di Pasaraya dan di jualan-jualan yang telah disediakan. Aku pelik melihat orang Islam zaman ini lebih mengejar dunia dari akhirat. Adakah tidak ada penghayatan yang diberikan pada mereka dalam bulan Ramadhan ini???.

Aku baru balik dr PC Fair di Ipoh nak cari mouse untuk komputer aku. Maklumlah mouse lama dh rosak nak tulis post ratikel blog pun susah. Aku pergi pagi-pagi dengan harapan orang tidak berapa ramai. Tapi jangkaan aku meleset, terlalu ramai orang malah berhimpit-himpit pula lelaki perempuan. Aku bertanya pada diri aku, tak puasa ke diorang ni???..berlaga tidak kira pahala dosa.

Aku beli dengan sepantas yang mungkin dan terus pulang ke rumah. Begitu juga bila aku pergi ke bazar, melihat ramai orang-orang berasak-asak membeli makanan seolah-olah esok ajal dah tiba. Persoalan aku disini adalah apakah Umat Islam di Malaysia telah setkan mindanya bahawa bulan Ramadahan adalah pesta makanan dan membeli belah???...

Cuba lihat di masjid dan di majlis-majlis ilmu, kita lihat begitu sedikitnya manusia yang ingin pergi beribadah.Jelas dan ternyata di sini bahawa tanda-tanda kecil kiamat sudah muncul dan hampir ke penghujungnya. Dunia ini tidak lama dan semakin ramai tidak menghayati apa itu Ramadhan. Bilakah umat Islam akan sedar???? Bilakah pemuda Islam akan menegakkan Kalimah Allah??? Bilakah pemudi Islam akan memelihara martabatnya???...

Saturday, August 21, 2010

Tak Puasa pun tak pe..Nanti boleh ganti balik!!!

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan,

Ramadhan muncul setahun sekali dan bergema aura Ramadhan juga setahun sekali. Sikap tidak menghayati Ramadhan masih menebal dalam masyarakat melayu yang beragama Islam. Walaupun ada segelintir yang bersemngat menyambut Ramadhan tetapi amat menyedihkan bila melihat segelintir tidak menghiraukannya. Adakah perlu kita sebat orang-orang tua kerana mereka tidak puasa???? Perlukah kita mengejar dan menahan mereka yang makan di siang hari di khalayak ramai di bulan ramadhan??..



Aku sedih bila melihat rakan-rakan ku sendiri tidak berpuasa malah mereka memberi alasan esok boleh ganti balik. Persoalan disini sempatkah untuk kita ganti balik??? dan persoalan paling utama kita tahu tak bila kita akan mati dan bertemu ajal???. Manusia sekarang suka ambil mudah terhadap perintah dan hukum Tuhan kerana mereka rasa "immortal" di dunia ini.

Kisah yang aku cuba utarakan ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam sekarang. Bilakah agaknya tabiat ini akan berubah dan bilakah pemimpin kita sebagai amir akan menguatkuasakan undang-undang Islam.

Muak dan bosan aku dengan undang-undang konvesional yang tidak membawa apa-apa penyelesaian. Sedarlah wahai orang-orang yang sudah akil baligh..umurmu makin meningkat, amalmu sudah dihisab, dosa mu makin bertambah, pahala mu makin berkurang. Jadilah teladan yang baik bagi yang muda dan ikutan yang sempurna bagi yang tua.

"DUNIA INI SATU PENDAKIAN..PEMANDANGANNYA CANTIK DAN INDAH JIKA KITA MENGETAHUINYA...ISINYA BERMANFAAT BAGI MEREKA YANG TAHU MENGGUNAKANYA..TETAPI INGAT IA PENJARA BAGI YANG BERIMAN DENGAN TUHANNYA, SYURGA BAGI YANG BERPALING DARI TUHANNYA"

Thursday, August 19, 2010

Hati bergelora bagai tidak percaya????

Salam Ramadhan dan salam perjuangan,

Fitrah manusia yang telah diciptAkan Allah adalah mempunyai rasa cinta sesama manusia dan rasa cinta terhadap penciptaNya. Apakah manusia di dunia ini hidup hanya bersandarkan cinta semata-mata??...Jawapanya tidak kerana hidup manusia di dunia yang paling utama adalah bersandarkan taqwa kepada Allah s.w.t

Itu mukadimahnya...kita terus pergi kepada cerita yang sebenar..ramai pemuda bertanya kepada saya apabila berjumpa dengan seorang gadis tiba2 hati mereka bergelora dan tiba-tiba jatuh cinta pandang pertama. Lalu mereka bertanya "Adakah ini jodoh aku???". Bila ditanya kembali kepada pemuda tersebut..adakah itu ciri-ciri wanita idaman mereka. Mereka jawab tidak tetapi perasaan itu tiba-tiba membuak inginkan si gadis tersebut.

Berdasarkan kes di atas..saya lebih suka menasihati si jejaka tersebut supaya jangan tertipu dengan perasaan yang di cipta oleh Syaitan. Ini kerana panduan untuk jejaka atau pemuda Islam memilih jodoh telah di ajar oleh Nabi dan Al-Quran.

Kemungkinan itu hanya perasaan yang menyinggah akibat dari anda kesunyian atau sedang bermasalah. Bagi jejaka atau pemuda, lebih baik berfikir secara rasional sebelum memilih pasangan. Banyakkan solat sunat istikharah untuk bertanya kepada pencipta kita kerana Dia lebih Mengetahui.

Jangan bertindak mengikut nafsu kelak anda yang rugi dari mula hingga ke akhirnya. Pandangan mata selalu menipu tetapi pandangan iman membawa kita ke jalan yang benar. Ayuhlah wahai pemuda, tonjolkan dirimu layak digelar pemimpin. Perhebatkan dirimu memperjuangkan kebenaran. Perkemaskanlah aqidah mu untuk bertempur dengan kebatilan.

RENUNG-RENUNGKANLAH!!!!

"PANDANGLAH DUNIA MELALUI MATA BURUNG, JANGAN DIPANDANG DUNIA DARI MATA KATAK DI BAWAH TEMPURUNG"

Apa kes??? Kejap timbul kejap tenggelam??

Salam Ramadhan dan salam perjuangan,

Bukan niat di hati untuk menghilang dan bukan niat di hati untuk menyepikan diri. Tetapi kekangan masa dan padatnya jadual di atas kertas menyebabkan akal dan pena di gantung sementara beberapa bulan. Menulis memerlukan pemikiran yang luas dan tidak sempit. Ia juga memerlukan semangat kental dan jiwa yang berani untuk meluahkan pendapat dan buah fikiran. Jadinya kembalinya akal dan pena akan mengupas berbagai isu umum serta bahan ilmiah yang dapat menjadi manfaat kepada pembacanya.

PERLUKAH BLOG POPULAR BARU ADA PEMBACA????

Menulis perlu lahir ikhlas dari hati bukan hanya setakat menjelma di minda. Motif akal dan pena wujud hanya sebagai satu hobi untuk pengisian diri penulis dan secara tidak langsung kepada pembacanya. Semoga artikel yang diterbitkan dapat menjadi manfaat kepada peminat-peminat blog di alam maya ini.