"Hidup ini tumpang menumpang..di situlah lahirnya syukur kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang di usahakan petani, ada ikan yang di cari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberi sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT...maka siapakah kita untuk menolak agama ALLAH?" - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, December 31, 2011

Permata Dakwah di Era Kejatuhan Islam

Salam Perjuangan,

Berikut adalah sebuah kisah seorang pejuang Islam yang menjadi permata dalam bidang dakwah. Kisahnya membuatkan pembaca bersemangat dan terharu dengan perngorbanannya dalam memperjuangkan Islam. Hayatilah dan contohi lah beliau.


Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

Friday, December 9, 2011

Jangan Pertikai Ketentuan Nya...

Salam Perjuangan,

Syukur Alhamdulillah kepada tuan yang empunya dunia kerana memberi aku lagi peluang dan nikmat untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Yang pasti peluang yang di beri bukanlah untuk digunakan ke jalan yang sia-sia tetapi untuk beribadah dan menambahkan bekalan amal untuk ke negara akhirat kelak.

Segala yang berjalan dalam dunia telah di tentukan oleh Allah melalui Qada' dan QadarNya. Dia telah menentukan apa yang terbaik untuk HambaNya dan HambaNya pula jangan la merungut atau mempertikaikan mengapa jadi begini dan begitu.

Jikalau anda menghadapai masalah kewangan cuba berfikir positif dan Ingatlah bahawa Allah yang memberi rezeki. Tak kan lah Allah begitu kejam menyekat rezeki hambaNya?..Pasti di situ Allah ingin mengajar kita sesuatu tentang kehidupan.

Jikalau kita berada di dalam gelanggang dakwah dan perjuangan, pasti ada ujian dan dugaan sepanjang kita menyusuri liku-liku tersebut. Sampai satu ketika kadang-kadang kita berasa lemah dan tidak terdaya. Ketika itu jangan di persoalkan kenapa aku berada di jalan ini sedangkan kawan-kawan aku yang lain bersenang- lenang. Tahukah anda dalam banyak-banyak hambaNya yang lalai kita terpilih untuk mendapat kesedaran mengakkan kalimah Allah??..Gunakan akal untuk berfikir jangan guna nafsu sebagai rujukan.
Jikalau anda berada di dalam situasi yang sangat merumitkan sehingga anda hampir berputus asa maka ingatlah Allah. Kadang-kadang kita lalai maka dengan kesusahan Allah mengajar kita mengingati Dia. Dia adalah tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tak kan Dia biarkan HambaNya susah dan terus berada dalam kesesatan??. Sekali lagi gunakan akal untuk berfikir jangan gunakan nafsu sebagai rujukan.

Ingatlah wahai diriku dan anda sekalian bahawa semakin kita jauh dari Allah semakin Allah mendekati kita, semakin kita lupakan Allah tetapi Allah sentiasa mengingati kita, semakin kita cintakan Allah, Allah akan jadi pembimbing dan penunjuk jalan kepada kita. Kasih sayang Allah kepada kita melebihi kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Cuba kita fikirkan sedang dalam saat kita berbuat maksiat dan dosa kepada Allah..Dia tetap memberi nikmat nyawa, kesihatan dan rezeki kepada kita. Patutkah anda balas dengan mengingkari dan menentang hukum Allah. Manusia yang waras pasti dia sedang fikir apa yang telah aku tulis..walaupun 5 saat je..

Wallahu'alam...

Friday, December 2, 2011

Salah kah kita bercouple???..


Salam Perjuangan,

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan aku kesihatan yang baik untuk menerbitkan artikel lagi. Pada kali aku ini aku cuba mengutarakan satu persoalan yang menjadi isu di kalangan remaja Islam. Persoalan yang kita cuba kupaskan adalah tentang budaya coupling yang semakin merebak di kalangan remaja Islam. Budaya ini sudah di anggap biasa dalam masyarakat malah ibu bapa moden pada zaman ini pula membenarkan anak-anak gadis mereka 'bercouple' tanpa ikatan.

Inilah penyakit yang telah menyerang masyarakat kita yang semakin jahil dengan agama. Mereka lebih mengutamakan adat daripada hukum tuhan kerana bagi mereka adat lah yang telah mengharmonikan masyarakat sedangkan mereka lupa yang Allah lebih berkuasa dalam memberi nikmat serta rahmat kepada manusia.

Bila di tanya kepada remaja pada hari ini.."ko ada couple?"...Hampir 90% mengatakan semua sudah mempunyai pasangan cinta masing-masing. Ada seorang gadis berusia lingkungan 20-an bertanya " Salah ke bercouple?..Salah ke nk kenal pasangan sebelum kahwin?..tak kan nak kahwin dengan orang yang kita tidak kenal hati budi?. Agak-agak anda apa jawapan anda terhadap persoalan gadis tu?.

Jikalau anda seorang berpegang kepada Islam dan sunnah Nabi jawapan anda mesti kata "boleh". Pasti ada yang terkejut dan mengatakan aku ni cuba mengahalalkan zina ke?..Sebenarnya rasa cinta adalah fitrah manusia yang Allah telah campakkan di dalam hati kita. Kita kena faham definisi cinta yang sebenar. Kalau Allah melarang manusia itu bercinta, mengapa Allah campakkan rasa cinta kepada Nabi Adam sehinggakan Allah menciptakan Hawa sebagai peneman kepada Nabi Adam. Kisah ini jelas menunjukkan Allah memang menghalalkan cinta sesama manusia. Cuma ada peraturan dan pantang larang dalam bercinta.

Dalam kehidupan ini kena ada peraturan sepertimana anda membawa kereta di jalan raya penuh dengan undang-undang supaya anda selamat memandu. Begitulah juga dengan couple. banyak peraturan yang perlu kita ikut supaya kita tidak terjebak dengan zina.

Aku bukan lah orang yang layak untuk mengupas panjang mengenai cinta dan coupling. Cuma aku dapat kumpulkan tips-tips mengenai bercinta menurut syarak dari buku "TENTANG CINTA" tulisan Pahrol Mohd Juoi. Beliau telah mengariskan peraturan-peraturan asas berouple secara Islamik.

1. Bercinta dengan si dia dengan niat yang suci iaitu untuk di jadikan isteri atau suami.
2. Pergaulan yang betul-betul terhad. Tak de dating. tak de romantik2, tak de berpegangan, dan tak de bergayut di dalam telefon.
3. Menjaga agama dan mempertingkatkan amalan kepada Allah sepanjang bercouple.
4. Mengajak couple kita sentiasa mengingati Allah dan saling ingat -mengingati tentang kebesaran Allah.
5. Mesti ada orang tengah yang memantau hubungan kerana orang yang bercinta hanya menggunakan kewarasan akal 1/3 sahaja. Mana pergi lagi 2/3?..Jawapannya mereka sedang dikuasai oleh perasaan cinta kepada pasangannya. Jadi perlu ada orang tengah sebagai penasihat dan penyedar kepada pasangan bercinta.
6. Tidak digalakkan bercinta terlalu lama. Mesti ada perancangn untuk berkahwin.
7. Kenali keluarga pasangan kita dan meminta izin daripada keluarga pasangan untuk berkenalan.

Peraturan-peraturan di atas adalah asanya sahaja dan sebenarnya banyak lagi kita kena tahu dan jaga sepanjang mengenali pasangan kita. Jikalau kita tidak mampu untuk buat perkara asas di atas, anda dinasihatkan "MEMENDAM SAHAJA PERASAAN TERLEBIH DAHULU", barangkali kita hanya meminati si dia tetapi kita belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Banyakkan lah berpuasa untuk menahan gelora perasaan bercinta jikalau kita tahu kita belum bersedia.

Aku sarankan supaya setiap remaja membeli buku "TENTANG CINTA" yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi kerana di situ banyak garis panduan untuk membina remaja Islam yang soleh dan solehah. Aku selitkan gambar kulit buku di atas untuk memudahkan anda mencari di kedai buku berdekatan.

Thursday, November 24, 2011

Mampukah Aku Menghadapinya????

Salam Perjuangan,




Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini pasti tidak terlepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Kita pula bertanya kenapa Allah nak uji sedangkan Allah telah isytiharkan bahawa Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani???...Sudah tentu inilah cara Allah mentarbiyah hamba-hambNya agar berdikari dan terus ikhlas berusaha untuk mengecapi nikmat dunia. Dia tidak akan memanjakan hamba-hambaNya kerana sifat memanjakan akan memusnahkan keikhlasan dalam hati.

Aku juga tidak terlepas dari fenomena ini. Hati bergelora dan sedih kerana belum lagi menjadi sebahagian dari jemaah Islam. Walaupun hati aku begitu bersemangat sehinggakan aku bertekad mencurahkan segala jiwa, harta dan ragaku tetapi Allah lebih mengetahui sama ada aku sudah bersedia atau tidak. Kita merancang tetapi perancangan Allah lebih hebat.

Mungkin Allah nak aku tanya betul-betul pada diri iaitu atas tujuan apa aku nak bersama Jemaah Islam? Betulkah kamu ikhlas nak berjuang bersama jemaah Islam?? Atau sekadar kamu nak bangga dengan kawan-kawan atau nak bangga dengan bakal zaujah pilihan nak menunjukkan kehebatan kita berjuang??...Itulah yang aku muhasabah kembali dalam diri ini supaya niat dan tujuan aku bersama Jemaah Islam adalah semata-mata kerana Allah.

Manusia tidak sempurna walaupun manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. Kerana itulah manusia seringkali di sarankan supaya bermuhasabah dan rendah diri. Bantulah mereka yang memerlukan pertolongan terutamanya pada mereka yang telah sedar dari lamunan. Tarbiyah mereka dengan segera, jangan lah kita bertangguh. Yakinlah dengan Allah bahawa rahsia kita tidak akan terbongkar hanya kerana kita membantu insan lain menjadi pejuang seperti kita. Mereka itu berhak bersama kita memperjuangkan agama Allah. Janganlah kerana kita sudah 'terer' dalam berdakwah tetapi kita abaikan mereka-mereka yang baru sahaja di kurniakan cahaya kesedaran.

Aku tidak menuding jari kepada sesiapa tetapi setiap cara dan permasalahan ada jalan penyelesaian. Kita tidak boleh abaikan tugas hakiki sebagai pendakwah di dalam kita mengejar kuasa dan kemenangan. Aku berharap aku dapat bertahan lagi dalam keadaan iman yang kritikal. Semoga Allah memperjodohkan aku dengan mereka yang berjuang di jalan Allah, yang sedang terseksa memperjuangkan kebenaran, yang sedang bergelut dengan puak kuffar dan sekular. Aku rindu dengan pejuang-pejuang Allah, Aku rindu bersama mereka, Aku juga rindu bersusah senang bersama mereka. "Ya Allah aku yakin akan ketentuanMU, tabahkanlah hatiku dalam survival tarbiyah yang tidak menetu, tunjukkanlah aku jalan kebenaranMu agar aku dapat bersama dengan hamba-hamba yang Engkau kasihi"

Friday, November 18, 2011

Kembali dari berkursus

Salam Perjuangan,

Sudah lama jari tak menekan 'keyboard' untuk menulis di dalam blog sendiri. Kekangan masa dan jadual yang begitu padat menyebabkan aku tidak dapat menerbitkan artikel baru. Sekembalinya aku dari Ijtimak Tarbawi yang lepas, jadual terus penuh dengan berbagai program dan kursus demi menambah dan menimba ilmu.

Aku baru sahaja balik dari kursus pementoran di mana aku belajar jadi seorang mentor dan juga seorang mentee untuk di aplikasikan dalam hidup mahupun di tempat kerja. Secara keseluruhannya aku merasakan kursus pementoran ini amat baik dan dalam Islam sendiri Allah telah mengajar kaedah mentor mentee ini berkurun lama dahulu. Cuma maklum lah puak nasionalis dan liberal tak mahu mengaku malah mereka mengaku pula mereka yang cipta kaedah tersebut.

Kita lihat bagaimana Nabi s.a.w menjadi mentor kepada para sahabat sehinggakan Islam berkembang maju hingga ke hari ini. Nabi adalah contoh mentor yang terbaik untuk kita jadikan rujukan dan cara Nabi atau sunnah Nabi adalah cara untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan.

Mentor dan mentee adalah program untuk mewujudkan persekitaran yang positif di dalam kehidupan. Setiap orang yang ingin perlu ada seorang mentor kerana manusia itu tidak berjaya dengan sendirinya malah bagi Nabi s.a.w, Allah lah mentornya. Pementoran mengajar setiap manusia bersifat terbuka dalam menangani kerenah dan tabiat manusia yang berbagai ragam. Cara Nabi mengajar dan menguruskan para sahabat adalah cara terbaik seorang mentor mengajar mentee nye sehingga berjaya.

Walau apapun ilmu di dalam dunia ini, Islam sudah terlebih dahulu mengajar umatnya untuk menguasai segenap ilmu yang ada di dunia. Cuma persoalan nya sekarang mengapa umat Islam kini berpecah dan barat pula menjadi bahan rujukan. Yang pasti anda sebagai seorang Muslim pasti tahu apa puncanya???...Jikalau usaha kita memartabatkan Islam belum cukup hebat maka tunggu apa lagi perhebatkanlah..bangun dari zon selesa anda dan bangun dari mimpi yang belum tentu jadi kenyataan.. ISLAM DIUTAMAKAN DUNIAWI MENJADI SAMPINGAN...

Saturday, October 15, 2011

Menghindari Penyakit Hati

Salam Perjuangan,

Manusia diberikan 2 jalan iaitu ada yang buruk dan ada yang baik, Allah telah berfirman dalam Al Qur’an surah Asy Syams ayat 7-10 yang bermaksud “Demi jiwa demi diri serta penyempurnaan penciptaannya, lalu Allah itu mengilhamkan jalan ke dalam jiwa itu berbuat kefasikan berbuat kejahatan serta berbuat ketaqwaan, sungguh beruntunglah orang yang selalu mensucikan batinnya, mensucikan hatinya, mensucikan jiwanya dan sungguh merugilah mereka yang selalu mengotorinya“.

Dari firman Allah tersebut kita mengetahui dalam tubuh ini ada satu unsur yang di sebut jiwa atau nafs. Dalam wadah yang disebut jiwa atau nafs itu Allah SWT memberikan 2 (dua) jalan, iaitu jalan untuk berbuat baik ataupun jalan untuk tidak berbuat baik. Apakah jalan untuk melakukan perbuatan positif ataupun untuk perbuatan yang negatif, yang menguntungkan atau merugikan, bergantung kepada manusianya.

Dalam ayat lain, Allah berfirman bahawa jika kalian beriman silakan, jika kafir silakan, terbuka jalannya. Bagaimana kita menentukan kehidupan ini bergantung pada kita. Bukankah Allah SWT telah memberikan 2 (dua) pilihan "Fujurohaa atau Taqwahaa", jalan untuk berbuat kejahatan dan jalan untuk berbuat kebaikan.

Setelah itu Allah mengingatkan kepada kita, "Qod aflaha man dzakkaha waqadkhaba man dassaha," yang bermaksud beruntung orang seandainya wadah itu diisi oleh akhlakul karimah, diisi dengan sifat-sifat yang terpuji. Amat rugilah mereka jika pilihan itu dipenuhi dan diisi oleh sifat-sifat kejahatan dan kemudaratan, Apakah yang datangnya dari hawa nafsu, syaitan, iblis mahupun sifat-sifat kebinatangan.

Jika merujuk kepada Al Qur’an, dan memperhatikan hadits-hadits Nabi Muhammad SAW serta melihat pada karakter-karakter manusia yang terdahulu mulai para Nabi dan Rasul, para sahabat hingga pada zaman sekarang ini banyak sifat-sifat penyakit hati yang bersarang dalam jiwa kita. Kita harus waspada kalau kita menyimpan penyakit-penyakit hati, karana apapun yang kita ucapkan, apa yang kita lihat dan apa yang kita hasilkan dalam fikiran, yang di hasilkan dengan perbuatan sehari-hari adalah bergantung kepada isi hati kita masing-masing.

Kalau hati atau qolbunya bersih, suci dan di isi sifat-sifat yang baik tentu akan terpancar dari penglihatan, pendengaran dan pemikiran dalam tindak tanduk perbuatan kita sehari-hari tetapi seandainya penglihatan, pendengaran dan pemikiran yang selalu negatif, mata kita sukar untuk berpaling dari kemaksiatan, pendengaran kita sukar untuk berpaling dari pendengaran negatif, fikiran kita akan selalu buruk sangka dan akhirnya tingkah laku kita susah diarahkan.


SOMBONG DAN ANGKUH ADALAH PENYAKIT HATI

Dalam sifat sombong dan sifat angkuh telah dicontohi oleh iblis laknatullah, ketika Allah SWT memerintahkan untuk bersujud kepada Adam a.s sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud Dan (ingatlah ) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat : ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali iblls. Ia enggan dan sombong dan adalah ia termasuk golongan orang-orong kafir“.

Kemudian Iblis menyambut perintah yang Allah sampaikan itu dengan sikap menyombongkan diri, karana itu iblis di anggap oleh Allah sebagai makhluk yang terkutuk. Jika kita sebagai hamba Allah mengikuti jejak iblis maka jadilah kita sebagai makhluk yang terkutuk sama seperti iblis.

Faktor-faktor yang menyebabkan kesombongan adalah kekayaan, kecantikan, kegagahan, tinggi ilmunya, pangkat serta jawatannya. Akibat dari sifat yang dimilikinya ini menyebabkan mereka tidak mahu lagi menerima kebenaran dari orang lain serta memandang rendah terhadap orang lain.

Sifat iblis yang lain adalah sifat rakus dan tamak. Itulah kisah awal yang terjadi kepada Nabi Adam A.S. Iblis menjanjikan kepada Adam a.s, dalam surah Al A’raaf ayat 20-21, yang artinya Hai Adam aku ini penasehatmu yang aktif jika kamu terima nasehatku syukur dan tidak kau terima tidak ada masalah, Tahukah kamu mengapa , Allah melarangmu untuk mendekati pohon khuldi ini, lalu iblis mengatakan pohon ini yang mengekalkanmu hai Adam, jika anda dekati pohon itu, maka kamu akan kekal selama-lamanya di surga“.

Ini merupakan tipuan dan rayuan syaitan dan iblis laknatullah, dimana Adam a.s mendekatinya dan makan buah tersebut menyebabkan auratnya terbuka. Akhirnya Adam pun sedar kerana telah ditipu oleh syaitan dan iblis laknatullah, maka kemudian Adam a.s bertaubat kepada Allah Robbana dzolamnaa anfushanaa wa inlam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minalkhosirinna – Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau telah mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi“.

Ada lagi penyakit hati yang lain iaitu sifat dengki diman sifat ini sudah ditampilkan sejak dahulu lagi oleh anak Adam a.s iaitu Qabil, yang telah membunuh adik kandungnya yang bernama Habil, tetapi kerana apa?, kerana sifat dengki kepada adiknya yang Allah menerima Korbannya sedangkan korban Qabil ditolak oleh Allah. Dalam hadits Nabi s.a.w bermaksud "Bahawa kesombongan, ketamakan, kerakusan serta kedengkian itu merupakan sifat-sifat syaitan dan akan menjadi sumber-sumber dari malapetaka dan sumber maksiat.

Kalau kita perhatikan zaman sekarang ini, kenapa para pengusaha, para pejabat dan para wakil-wakil rakyat tidak mau mendengar nasehat-nasehat yang benar. Karena sifat kesombongannya dan keangkuhannya, mereka menganggap bahwa pendapatnyalah yang benar sementara pernyataan orang lain itu salah, ini merupakan sifat-sifat syaitan dan iblis laknatullah.


RASA SYUKUR ATAS PEMBERIAN ALLAH

Penyakit hati seperti sombong, tamak, rakus dan dengki sepatutnya disingkirkan dari jiwa kita masing-masing, seandainya sifat-sifat tersebut itu kita singkirkan, maka Insya Allah kita akan menjadi hamba Allah yang di kasihi. Bagaimana caranya untuk menghilangkan sifat-sifat syaitan dan iblis itu adalah sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Al Ashar ayat 3 yang bermaksud “Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran“.

Salah satu cara menghilangkan sifat tamak dan rakus dengan cara menanamkan rasa syukur dan menikmati pemberian Allah. Sifat dengki dan iri hati dapat kita hindarkan, dengan cara menerima suatu ujian dan musibah dengan redha dan memohon pertolongan Allah.

Sumber : Indah Mulya Edisi No. 496 Th VI - 26 Oktober 2008

"Semoga kehidupan dan diri kita terhindar dari penyakit hati yang boleh memusnahkan iman dan taqwa dalm diri. Ingatlah setinggi mana ilmu kita, sewaraq mana kita pada hari ini, adalah tidak mustahil akan mendapat penyakit ini jikalai kita tidak berwaspada dengan hasutan syaitan.

Rendahkan lah diri dan berfikiran positif lah sahabat-sahabatku Muslimin dan Muslimat Perkasa agar kita sentiasa di hormati dan terus dapat menyebarkan dakwah ke peringkat yang lebih tinggi.' - ABU MUSLIM AL-KHAWLANI


Ukhuwah kembali bertaut...

Salam Perjuangan,

Elemen paling penting untuk menjadikan pergerakan sesebuah jemaah adalah dengan membina jaringan ukhuwah yang betul-betul mantap di kalangan ahlinya. Ukhuwah itu pula hendaklah dibinakan atas dasar ikhlas hendak memperkembangkan institusi Islam itu sendiri. Malah untuk membina kemantanpannya pula, ahli-ahli di dalam sebuah jemaah perlu berfikiran positif setiap masa dan elakkan dari berprasangkan yang tidak baik.

Muslimin Alumni Perkasa Sarawak sudah kehilangan taringnya akibat ukhuwah yang tidak mantap. Aku mempunyai misi yang besar dan sangat jelas di mana aku berikrar kepada diri aku sendiri untuk memantapkan hubungan persahabatn di kalangan Muslimin Alumni Perkasa Sarawak.

Pada 15 Oktober 2011, aku telah menggerakkan rancangan aku bagi fasa pertama di mana aku menjemput ahli-ahli muslimin makan santai bersama. Walaupun tidak ramai yang hadir atau terus terang hanya 3 orang yang hadir termasuk aku, perjumpaan tersebut tidak mengecewakan. Gelak ketawa, saling bertukar cerita dan saling bertukar ilmu serta pendapat membuatkan hubungan kami bertiga bertambah mesra dan erat.

Inilah elemen yang di perlukan Muslimin Alumni Perkasa yang sudah sekian lama menyepi. Aku sedang merangka dan berkira-kira untuk membuat program rehlah Muslimin di Port Dickson untuk mentautkan hati-hati muslimin menjadi satu entiti yang kuat untuk menggempur dunia serba maksiat dan memperkasakan dakwah.

Apabila Muslimin sudah menjadi individu yang solid dan kuat fikrahnya maka barulah boleh di gabungkan bersama Muslimat sebagai sayap kiri dalam memperkuatkan Institusi Islam dalam diri sendiri dan masyarakat.

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dan memperkuatkan istiqamah kami dalam memperjuangkan Dakwah Islamiyyah.

Saturday, October 1, 2011

Peringkat-peringkat Maksiat

Salam Perjuangan,






Maksiat merupakan perkara yang di larang sama sekali oleh Allah. Kebiasaannya hidup pelaku maksiat akan gelisah dan tidak tenang serta rasa bersalah terhadap Allah. Tambahan pula jikalau mereka itu bangga dan ego dengan maksiat yang di lakukan maka makin jauh peluang mereka untuk bertaubat walaupun Allah semakin mendekati mereka.

Peringkat pertama membuat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. Terasa wajah dan air muka di conteng arang. Pada peringkat ini, pelaku maksiat masih lagi mempunyai sedikit iman untuk sedar akan kesalahan yang mereka lakukan.


Peringkat kedua, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba di sembunyikan sedaya mampu. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Peringkat ini pelaku maksiat sudah hampir rasa selesa dengan maksiat yang dilakukan dan seolah-olah ia akan menjadi rutin harian hidupnya. Semoga Allah melimpahkan Taufik hidayah Nya.


Peringkat Ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah bisa tegal biasa. Sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. Peringkat ini pelaku maksiat telah mengalami keparahan iman. Ini adalah saat kritikal di mana larangan Allah tidak di peduli lagi. Masya Allah!!!

Peringkat Akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat tersebut. Rasa iman dan malu sudah tercabut dari hati. Peringkat ini pelaku maksiat sudah lengkap menjadi hamba yang derhaka kepada Allah malah mempunyai niat untuk merosakkan umat. Nauzubillah!!!!

Sebelum sampai kepada peringkat kedua dan seterusnya, jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. Moga rasa taat kepada Allah mengambil alih rasa nak membuat maksiat di hati kita.

Saturday, September 24, 2011

Maaf Sahabat-sahabat....

Salam Perjuangan,

Ada sesuatu komponen yang hilang dalam menjayakan alumni ini. Bukan kerana ahli nya tidak berilmu tinggi atau tidak pandai mengurus tetapi di sebabkan kurang komitmen dan kehendak untuk menjayakan. Aku tidak menyalahkan ahli-ahli alumni tetapi aku banyak menyalahkan diri sendiri kerana belum pernah aku meluangkan masa untuk menyertai program alumni.

Alumni ini telah menjalani program sebanyak 2 kali tetapi kedua-dua aku tidak hadir atas sebab-sebab tugas lain. Memang saya akui komponen yang hilang itu mungkin di sebabkan tidak ada komitmen dari aku walaupun dalam otak ini banyak terbentang idea untuk menggerakkan alumni. Alumni ini boleh menjadi nadi dan pusat pentarbiyahan jikalau ia di jayakan dengan penuh istiqamah.

Di kawasan aku usrah dan halaqah tidak begitu aktif, minda pula semakin menguncup manakala pula semangat semakin malap sinarnya. Begitu payah untuk mengekalkan kestabilan istiqamah kerana sahabat sefikrah tidak ada dan proses membentuk fikrah masih lagi jauh. Alhamdulillah sehingga kini fikrah aku masih satu dan semangat aku belum luntur di pukul oleh waktu.

Kepada YDP Alumni, aku memohon beribu kemaafan dan Insya Allah kita cuba luangkan masa walaupun seminit dua membincagkan hala tuju alumni yang mungkin aku sudah ketinggalan jauh sebenarnya.

Semoga semua sahabat di dalam alumni ini terus istiqamah, bantu-membantu mereka yang semakin lemah, membuang sifat buruk sangka, membina jaringan ukwah yang mantap dan terus mengangkat sahabat-sahabat yang jatuh demi atas nama dakwah serta mencari keredhaan Allah dalam apa yang kita lakukan.

" Ya Allah satukan hati-hati kami mencari keredhaan Mu...satukan lah jiwa kami agar dapat merentasi lautan ujian Mu...kuatkan lah semangat dan istiqamah kami agar kami sentiasa berada di landasan kebenaran Mu..dan patahkan lah usaha-usaha musuh Mu untuk memecah belahkan kami baik dari segi hati dan juga perbuatan...Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat agar kami semua mendapat kenikmatan syurga Mu"

Sunday, September 18, 2011

ISA dah pergi Bile la Pula Giliran AUKU???



Salam Perjuangan,


Pengumuman mengejut oleh Perdana Menteri Malaysia tetang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah sesuatu yang memeranjatkan semua pihak. Ada yang berpandangan ia adalag strategi terdesak untuk memenangi pilhan raya dan ada yang mengatakan ia sebagai gimik politik parti pemerintah untuk meraih gelaran juara rakyat.

Apapun syukur pada Allah kerana Akta yang kejam itu telah di mansuhkan dan sememangya akta ini dimansuhkan dari dahulu lagi. Sebut sahaja pasal sejarah ISA, banyak manusia yang telah tertindas di bawah Akta ini dan Akta ini telah menahan banyak pihak yang tidak bersalah terutamanya bagi mereka yang telah menentang kerajaan hanya untuk menegakkan kebenaran.


Suatu hari aku terbaca harakah daily yang mengeluarkan satu artikel berkaitan gesaan GAMIS supaya pihak kerajaan memansuhkan AUKU. Aku berpendapat bahawa sepatutnya AUKU juga patut di masuhkan sepertimana ISA. AUKU telah menyekat kebebasan Mahasiswa begitu lama untuk menyuarakan pendapat orang muda tentang politik tanah air. Salahkah orang muda memberi pendapat padahal di zaman serba moden bukankah orang muda yang lebih banyak menguasai dan lebih mahir??..Atau pihak parti pemerintah takut pada gelombang mahasiswa akan mengulingkan parti pemerintah??..

Sebenarnya Malaysia bukan mengamalkan demokrasi berdasarkan perlembagaan tetapi mengamalkan sistem pemerintahan diktator yang menindas sesiapa yang menentang dan membawa kebenaran. Aku ucapkan tahniah kepada GAMIS kerana masih alert dengan isu AUKU. Peluang untuk mahasiswa bersuara lebih bebas dan bergerak lebih aktif serta proaktif akan terserlah jikalau AUKU di mansuhkan.

Secara peribadinya, apa yang aku lihat tentang senario politik Malaysia sekarang ini adalah berada dalam keadaan kritikal. Parti pemerintah begitu terdesak untuk memenangi PRU13 dan aku rasa peluang untuk memansuhkan AUKU hanyalah dengan bertukar kerajaan dan pucuk pimpinan negara kepada orang yang lebih berpengetahuan tentang Islam dan mengamalkan cara pemerintahan Nabi s.a.w.

Jikalau anda berfikir bersama dengan Allah dan menjadi Al-Quran sebagai panduan anda pasti menyokong apa yang saya utarakan tetapi jikalau anda rasa isu ini hanyalah politik semata-mata maka anda telah di jangkiti penyakit sekularisme.



Saturday, September 17, 2011

Aku semakin yakin.....

Salam Perjuangan,

Alhandulillah segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat kepada kita semua untuk terus hidup dan menikmati keindahan di atas muka bumi allah ini. Kebelakangan ini aku rasa dunia terlalu payah untuk di harungi tetapi bila terkenang kan ayat dalam Al-Quran mengatakan bahawa "Mengingati Allah hati akan jadi tenang", aku terus mengutuk diri aku yang kadang-kadang melupakan Nya.

Dunia adalah jambatan dan penghidupan sementara sahaja kerana akhirat merupakan penghidupan yang abadi. Setiap Muslim yang beriman pasti sedang membuat persiapan untuk berangkat ke negara akhirat kerana mereka yakin dengan janji Allah. Tetapi bagi mereka yang menganggap dunia ini kekal abadi maka bersiap sedialah menghadapi balasan dari Allah tuan yang empunya dunia.

Janganlah kita mempersoalkan mengapa begitu banyak dugaan yang kita hadapi di dunia ini. Sedangkan Rasulullah sendiri sebagai kekasih Allah yang di jamin syurga pun menghadapi berbagai rintangan yang perit untuk menjalankan tugas sebagai Nabi. Apatah lagi kita yang belum tentu tinggi darjatnya di sisi Allah.

Sebagai seorang Muslim yang betul2 mantap, apabila bertamunya dugaan hendaklah kita bersyukur kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya @ ia sebagai bonus dari Allah untuk menghapuskan dosa silam kita. Bersihkan hati kita dan panjatkan doa kepada Allah moga segala urusan dan rintangan di permudahkan untuk kita menghadapinya. Janganlah di bibir kita mudah mengucap sabar tetapi di hati memberontak dan merungut payahnya ujian Allah. Allah tidak pandang ape yang kita kata tetapi Allah pandang apa yang tessirat di hati dan sanubari kita.

Untuk para sahabat di dalam alumni perkasa, semoga kita berjaya mengharungi ujian dan dugaan dari Allah ketika kita sedang berdakwah mahu pun menjalani urusan kehidupan sehari-hari. Ingatlah jerih payah menegakkan kebenaran akan membuahkan taqwa di dalam hati kita.

Friday, September 9, 2011

Perlukah Pondan di beri Simpati???

Salam Perjuangan,

Segala Puji Bagi Allah..tuhan yang telah memberikan kita nikmat dan rahmat untuk kita meneruskan kehidupan di bawah naungan Nya walaupun pada dunia serba moden ini ramai yang melupakan Nya. Walaupun begitu Allah dengan sifat Maha Mengasihani..Dia tetap memberikan hak kepada setiap manusia untuk hidup di muka bumi Nya cuma manusia semakin lalai dan leka di tipu arus duniawi.

Ketika berada di pejabat, saya membelek salah satu surat khabar yang menjadi bacaan orang ramai. Surat Khabar ini memang laris kerana sering memaparkan kisah realiti masyarakat dan memang tabiat orang Malaysia dari dulu sentiasa "Jakun" dengan kisah yang di paparkan pada hal mereka tidak sedar meraka melakukan benda yang sama.

Saya tertarik kisah seorang lelaki bercinta dengan seorang pondan dan akhirnya di simbah asid gara-gara ada pihak yang ketiga cemburu berebutkan si pondan tersebut. Dalam hati kecil saya nak je kata betapa bodohnya pemuda ini kerana kejahilannya telah memakan diri. Tetapi bila di fikirkan balik itu adalah takdir Allah untuk menyedarkan hambaNya yang mungkin sudah terpesong jauh dari fitrah.

Orang ramai yang membaca sudah dapat mesej yang berguna dari kisah yang dipaparkan dan ape yang menarik, si pondan tersebut tanpa segan silu berjanji akan membawa pemuda tersebut ke tempat yang lain untuk menjalani kehidupan baru. Saya pun terfikir betapa gelapnya mata dia melihat dunia, barangkali masih jauh lagi si pondan tersebut itu akan kembali kepada fitrah.

Keesokannya, aku membaca lagi surat khabar jenama yang sama dan di paparkan lagi kisah si pondan tersebut dan artikel yang dikeluarkan itu menyatakan keluarga pemuda tersebut telah mengambil semula pemuda itu untuk di pisahkan dari pondan kekasihnya. Tindakan keluarga pemuda tersebut itu saya sokong dan betul tetapi surat khabar tersebut menyokong pula si pondan itu dan bersimpati ke atas pondan itu atas kehilangan kekasihnya.

Dalam hati saya berkata "SEJAK BILA MALAYSIA MENGHALALKAN HUBUNGAN DI LUAR TABII SEDANGKAN ORANG YANG DI TUDUH MELIWAT PUN SEKARANG INI BAGAIKAN RIBUT DI MAHKAMAH UNTUK DIBUKTIKAN BERSALAH". Jadi persoalan yang timbul sekarang, masalah pertukaran jantina semakin tidak di ambil peduli oleh pemerintah dan masyarakat. Malah ada sesetengah pihak cuba menyokong bahawa pertukaran jantina adalah hak individu yang tidak perlu kita pertikaikan.

Pada keesokan harinya lagi akhbar yang sama memaparkan lagi simpati pada pondan tersebut dan saya mula mengatakan akhbar di Malaysia pada hari ini semakin mengarut dan tidak boleh di baca oleh orang ramai lagi kerana mereka tidak mengajar masyarakat jadi betul tetapi mengajar masyarakat membuat apa yang mereka suka. Islam sudah di tolak tepi dan fahaman sekular semakin berleluasa.

Apa akan jadi jikalau perkara ini tidak dibanteras oleh pemerintah???....Cube anda fikirkan jawapannya..

Saturday, September 3, 2011

Benarkah kita sudah kembali kepada fitrah???

Salam Perjuangan,



Hari ini telah masuk 5 Syawal 1432H bersamaan dengan 3 September 2011 di mana umat Islam di Malaysia ketika ini masih lagi berhari raya dan menziarahi sanak saudara sempena Hari Raya Aidilfitri. Bahang Hari raya belum lagi habis barangkali akan terasa dan berlanjutan sehingga sebulan. Akan tetapi persoalan yang timbul sekarang ini adalah adakah benar-benar diri kita telah kembali kepada fitrah?..Adakah Ramadhan yang lalu telah membuahkan taqwa dan iman dlam diri?.

Untuk menjawab 2 persoalan ini mari kita lihat diri kita…
1. Adakah selepas menjalani ibadah puasa kita telah menjaga solat lima waktu?..Sepanjang beraya di rumah sanak saudara ramai yang saya lihat melewatkan solat dan malah ada yang meninggalkan solat hanya semata-mata hendak mengejar rumah terbuka. Perbuatan sedemikan adalah tidak berlaku jika kita benar-benar mentarbiah diri kita sepanjang Ramadhan. Sepatutnya di dahulukan solat setelah masuk waktunya barulah kita bergerak ke rumah terbuka dan sebagainya. Seperti mana firman Allah “ DIRIKANLAH SOLAT, SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR”.
(Q. AL ANKABUT: 54)

2. Tarbiyah Ramadhan membuat kita menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa menjaga tingkah laku demi mengerjakan suruhan Allah. Ketika di bulan Ramadhan kita di latih supaya mengawal segala jenis nafsu termasuk nafsu makan. Akan tetapi senario yang saya lihat, ramai yang menjamu selera seolah-olah tiada hari esok untuk dia makan lagi. Nabi tidak pernah ajar umatnya suapaya “buruk lantak” tetapi Nabi s.aw telah mengajar supaya kita makan sekadar yang diperlukan oleh badan kita sahaja. Hidangan rumah terbuka memang cukup menyelerakan tetapi janganlah kita menampakkan Ramadahan itu seolah-olah bulan penyeksaan di mana di bulan Syawal kita makan seolah-olah membalas dendam tidak cukup makan sebulan. Wahai saudara-saudaraku, bulan syawal bukanlah pesta untuk mengisi perut sekenyang-kenyangya tetapi bulan syawal adalah bulan untuk kita kembali kepada fitrah dan menyambut kemenangan terhadap diri kita melawa hawa nafsu. RASULULLAH S.A.W BERSABDA “SESUNGGUHNYA TERMASUK PEMBOROSAN BILA KAMU MAKAN APA SAJA YANG KAMU BERNAFSU MEMAKANNYA. (HR. IBNU MAAJAH) DAN RASULULLAH JUGA BERSABDA “ORANG YANG PALING KENYANG MAKAN DI DUNIA AKAN MENJADI PALING LAMA LAPAR PADA HARI KIAMAT. (HR. AL HAKIM)


Oleh itu saudara-saudaraku sekalian, sambutlah Aidilfitri dengan perkara-perkara yang diredhai Allah, walaupun banyak lagi perkara yang salah dilakukan tidak di sebut disini, umat Islam seharusnya mengutamakan sunnah Nabi dalam menyambut perayaan di Aidilfitri ini.

Thursday, August 18, 2011

Bersyukur dan Berterima Kasih

Salam Ramadhan,

Semakin hari kita seluruh umat Islam semakin hampir kepada fitrah. Walaupun berbagai kepincangan yang di laporkan dalam arus media massa, tapa kita sedari umat Islam semakin kembali kepada Islam dan semakin sensitif dengan isu agama.

Kita sebagai umat Islam hendaklah berfikiran positif dari setiap sudut untuk terus maju kerana apabila berfikiran negatif umat Islam hanya tahu memberi tohmahan dan persepsi yang tidak membina. Apabila kita menerima sesuatu berita maka hendaklah kita sendiri mengadun bahan-bahan bukti dan maklumat yang ada, bukannya terus kita membuat keimpulan kerana apabila ia silap maka ia boleh menjadi fitnah kepada orang yang tidak bersalah.

Ramadhan kali ini adalah bonus dari Allah untuk kita sebagai hambaNYa menebus segala kesilapan dan merebut segala nikmat dan kurniaan tuhan. Tetapi ramai yang tidak mahu merebut bonus dari Allah tetapi sibuk merebut bonus kerajaan yang tidak ada nilai langsung di sisi Allah.

Apa yang saya utarakan pada artikel kali ini merupakan sedikit cebisan kehidupan umat Islam hari ini. Dengan sifat kasih sayang Allah yang tidak terhingga kepada umat Muhammad, Dia masih lagi memberikan nikmat dan rahmat kepada seluruh manusia di muka bumi. Jikalau kita reti berterima kasih kepada manusia yang menolong kita, kenapa tidak kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah yang telah banyak melimpahkan angerah dan kurniaan Nya??...

Semoga artikel yang ringkas dan tidak seberapa hebat ini dapat memuhasabahkan semua walaupun kita telah di anggap hebat sebagai seorang daie atau pemimpin.

Saturday, August 6, 2011

Ramahan 1432 H....

Salam Ramadhan,

Tanpa kita sedari Ramadhan sudah pun mencecah usia seminggu dan itu lah petanda bahawa masa semakin pantas berlalu.

Kita melihat suaru-surau dan masjid masih lagi di penuhi dengan hamba Allah yang berkejar-kejar melakukan ibadah membesarkan Allah semat-mata. Aku juga melihat di bulan Ramadhan ini juga peniaga-peniaga mengambil kesempata berniaga berbagai juadah makan di Bazar Ramadhan. Ada yang beli sehingga penuh di tangan dan ade yang beli sekadar-sekadar sahaja.

Setelah Ramadhan mencecah hampir satu minggu di lihat umat Islam masih lagi mengamalkan ajaran Islam mengikut adat. Apakah perlu mengikut adat lagi sedangkan masyarakat Islam di Malaysia kini sudah ramai cerdik pandai dan cendekiawan??.

Ternyata umat Islam masih lagi menyambut Ramdahan mengikut cara orang tua-tua bukannya mengikut apa yang Nabi telah ajarkan. Aku inginkan tekankan tentang 2 perkara dalam bulan Ramadhan ini yang sering kita salah anggap.

Yang pertama, aku melihat jikalau berbuka terlalu banyak makanan yang berlebih-lebih. Aku tengok yang nak makan hanya 2 orang tetapi juadah makanan yang di masak atau yang di beli macam nak makan 10 orang. Tahukah kita bahawa Rasulullah saw hanya berbuka dengan kurma dan air kosong sahaja. Banyak khasiat kurma yang boleh menyihatkan badan dan Nabi bukan hanya makan kurma ketika di bulan Ramadhan sahaja tetapi sepanjang masa. Ini bermakna kurma adalah juadah yang terbaik untuk berbuka berbanding dengan makanan yang lain yang hanya menambah kolestrol dan penyakit.

Yang kedua, berkaitan dengan solat sunat terawih. Menghidupkan malam di bulan Ramdahan dengan solat sunat terawih adalah dituntut oleh Islam. Hendaklah kita mengajak kawan-kawan, sahabat handai malah ahli keluarga kita berterawih berjemaah bersama di masjid ataupun surau. Buatlah seikhlas yang boleh kerana Allah. Jangan di banggakan berapa rakaat yang anda buat dan jangan di banggakan sangat surah ape yang anda baca. Bukankah ikhlas dan tawaduk itu kebih penting ketika bersolat menghadap Allah?.. Ini lah die di namakan penyakit hati..bercerita di siang hari betapa hebat dia berterawih semalam..

Oleh itu saudara-saudaraku...ikhlaskan hati dan latih lah diri supaya tawaduk dan istiqamah dengan ibadah kita..semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan di terima oleh Allah..

Monday, July 25, 2011

Makna Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok

Salam Perjuangan,

Dipetik dari Naim@yahoo.com (Hidayahnet@yahoogroups.com).
Sekadar perkongsian bermanfaat bersama-sama shabat yang ingin membaca.



“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan.

Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi, “Berbuat baiklah kepada wanita.”

Hal ini janganlah sampai dihalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan keluarganya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.

Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah pangkal tulang rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain.

“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih dapat menghilangkan akal lelaki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)

Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi S.W.T adalah bahawa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang lelaki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda Baginda adalah bahawa wanita itu kadangkala selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.

Nabi Muhamad S.A.W tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu baginda sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah:

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)

Bagi para wanita hayati dan fahamilah...kerana anda adalah sayap kiri dalam perjuangan Islam.

Saturday, July 23, 2011

Untuk Insan yang bakal menjadi suami...

Salam Perjuangan,

Dipetik dari Naim@yahoo.com (hidayahnet@yahoogroups.com)
Di catat oleh Naim Qlate..



Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Santapan Jiwa..

Salam Perjuangan,



Jangan menjual agamamu kepada orang lain semata-mata kerana engkau ingin mendapatkan harta dunia darinya. Jika perkara ini engkau lakukan, engkau akan dipandang hina
oleh orang yang memberimu harta dunia itu. Boleh jadi juga pada suatu ketika engkau tidak akan diberi harta duniaoleh- Nya, sebab engkau dipandangnya tidak berharga sama sekali.

Jangan menentang orang lain sehingga jelas kelihatan pertentangan diantara kamu berdua. Kecuali jika engkau melihat suatu kemungkaran yang dilakukan olehnya yang
ada kaitan dengan urusan agama, maka hendaklah engkau menentang perbuatannya itu. Hendaklah engkau berhati- hati terhadap usahanya yang jahat yang mencelakan diri
mu.

Saturday, July 16, 2011

Bila Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta...

Salam Perjuangan,



Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

Inilah adalah sekadar makluman kepada pembaca..tetapi dalam percintaan sesama manusia hendaklah kita meletakkan cinta kepada Allah lebih tinggi dari kekasih yang kita cintai..barulah hubungan diberkati dan bahagia di sisi Allah.

Friday, July 15, 2011

Coretan Untuk Bakal Isteriku....

Salam Perjuangan,

(Petikan dari akuislam.com)
Untuk Bakal Isteriku..




Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku..“

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.

Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.

Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.

Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..“

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.

Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.

Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

“Wahai saudari seakidahku, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”



Sumber: Coretan Untuk Bakal Isteriku | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/coretan-untuk-bakal-isteriku/#ixzz1SBFBsCqS

Mengapa Enggan Berada di Saf Hadapan??

Salam Perjuangan,

(Petikan dari www.islaituindah.my)
Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh”



Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu. Ia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain.

Firman Allah (bermaksud); “Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan” (al-Baqarah; 148). Sabda Nabi s.a.w.; “Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a..

Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan; “Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan-amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) hukumnya adalah makruh. Adapun dalam menerima pemberian, maka memberi keutamaan kepada orang lain adalah digalakkan”. Kaedah Fiqh ini memberi pengertian; jika kita ada peluang untuk melakukan amalan kebaikan/kebajikan, rebutlah peluang itu dan jangan menyerahkannya kepada orang lain kerana kita yang amat memerlukan pahala dari amalan itu.

Kita tidak mengetahui; apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya. Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain. Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.

"RENUNG-RENUNGKANLAH DAN MARI LAKUKAN PERUBAHAN"

Sunday, July 10, 2011

Nik Aziz: Saya tak pernah rasai pilihan raya bebas di Malaysia

Salam Perjuangan,

(Petikan dari The Malaysian Insider.com)
Oleh Zulaikha ZulkifliJuly 10, 2011



Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahi keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad di rumahnya di AU3 Dato Keramat, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack OoiKUALA LUMPUR, 10 Julai — Meneruskan sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Kenapa polis nak sekat? Yang datang semalam adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih,” kata Mursyidul Am PAS selepas menziarahi keluarga Allaharham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam.

“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

“Kerana ada yang berasuah, ada ugutan. Macam kerja budak-budak,” kata Nik Aziz, yang turut memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Nik Aziz yang kembali dari Mekah petang ini terus mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham Baharuddin, yang merupakan seorang ahli PAS.

Selain itu, Nik Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 menambah, Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang berusaha untuk mencari orang yang benar-benar layak menjadi pemimpin melalui pilihan raya.

“Kita nak pilihan raya yang bersih... jangan ada rasuah. Kalau dirasuah, menang pun tak boleh dibawa bekal ke syurga. Biarlah kita ini hidup berbeza dengan orang barat yang hidup semata-mata untuk dunia dan tidak memikirkan tentang akhirat,” ujarnya.

Susulan kepada Bersih 2007, Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan aman di ibu negara semalam dengan membawa lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya.

Bagaimanapun kerajaan tidak memberikan permit meskipun Bersih 2.0 telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya diadakan di Stadium Merdeka.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, gabungan itu mengisytiharkan himpunan itu berjaya menarik kehadiran 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara.

Seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Antara tahanan itu termasuklah empat pemimpinan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden.

Rokok dan Israel

Salam Perjuangan,



Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita berasa apa-apa?

(Ini termasuk juga jenama-jenama rokok ternama seperti dunhill dan beberpa brand luar negara...tidak terasakah anda??)

Saturday, July 9, 2011

Seorang Pendemonstrasi Meninggal Dunia...

Salam Perjuangan,

Sedar dan lihatlah apa yg berlaku ini adalah realiti!!!!!!

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.




Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Kenyataan Al-Mursyidul Am PAS Ekoran Penangkapan Datuk Seri Tuan Guru Presiden Dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi PAS Dan PR

Salam Perjuangan,

Berikut adalah respons dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Musryidul Am Pas berkaitan dengan penahanan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang. Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO.

Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden UMNO. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun? Bukankah Presiden UMNO baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada UMNO. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.

UMNO barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa. Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman UMNO yang dilakukan pada hari ini.

Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!"

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan), 9 Julai 2011.

Saturday, June 25, 2011

Aku hilang sabar!!!

Salam perjuangan,

Pernah tak anda di kelilingi oleh orang-orang yang langsung tidak memberi manfaat pada anda??..Saya pasti anda pasti pernah mengalaminya mahupun di rumah, di pejabat atau dalam mana-mana perhubungan.

Aku hairan melihat sesetangah manusia yang hidup hanya untuk menyusahkan orang lain. Mereka tidak berfikir bukan kah lebih baik menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Yang pasti orang sebegini tidak ada matlamat hidup dan hidup dengan sia-sia di atas muka bumi Allah.

Kadang-kadang aku hilang sabar dengan manusia jenis macam ni kerana mereka langsung tidak ada niat untuk mendengar nasihat apataH lagi berubah. Mereka menjadi orang yang keras kepala dan berhati batu malah mereka bangga dengan kemungkaran yang mereka lakukan.

Inilah polemik dunia hari ini di mana manusia sudah tidak lagi bersyukur dengan anugerah tuhan. Zaman ini sudah menjadi tradisi malah rutin harian bagi mereka untuk tikam kawan, khianati bangsa, khianati agama malah hidup dengan secara membabi buta.

Cuba anda semua berfikir sedalam-dalamnya..apakah dunia akan berubah dengan keadaan manusia semua yang serba jahil. Oleh itu dalam soal kepimpinan pilih lah mereka yang berpengetahuan agama yang dalam dan mereka yang tahu akan hukum Allah untuk di jadikan pemimpin.."SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM..DUNIA HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA..APAKAH KITA MASIH HENDAK DITUDUH AGAMA YANG MUNDUR DAN TIDAK MAHU BERKEMBANG???...PEMIMPIN YANG ADA SEKARANG SEMUA BERFIKIRAN SEKULAR TIDAK MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM MALAH MEMBANTUTKANNYA LAGI...SEDARLAH DAN BANGKITLAH KITA MEMPERJUANG AGAMA SUCI ALLAH YANG TELAH DIPERJUANGKA OLEH PARA ANBIYA SUATU KETIKA DAHULU.."

Sunday, June 19, 2011

Konflik perasaan???...betul ke ni??


Salam perjuangan,

Aku hairan dan bertambah hairan mengapa begitu banyak konflik perasaan yang berlaku sekarang ini??...Yang pasti ape yang saya nak utarakan ini bukan berkaitan dengan diri saya sendiri tetapi ini adalah kisah realiti yang kita nampak dalam diri pemuda Islam sekarang.

Di tempat aku bekerja, ramai kakitangan lelaki berbanding dengan perempuan. Perempuan pula boleh dikira dan tidak sampai sepuluh orang. 2 daripada perempuan tersebut adalah bujang pula tu. Kakitangan lelaki pula hampir separuh nya masih bujang, maka seperti biasalah berlaku perebutan untuk menjadi sang gagah dan sang juara memenangi hati gadis pilihan.

Apa yang aku pelik, kalau persaingan sihat x pe jgk..ni siap fitnah-memfitnah, musuh memusuhi dan macam2 lagi untuk hanya mendapatkan seorang gadis. Mereka sanggup korbankan persahabatan, korbankan kawan baik, korbankan perhubungan antara rakan sejawat dan bermacam lagi.

Kalau aku jumpa orang mcm ni aku cakap " HAI PEMUDA ISLAM, APA ENGKAU SUDAH BUTA DENGAN NAFSU SERAKAH YANG MERAJAI HATI KAMU...TIDAK ADA KERJA LAIN YANG ENGKAU BOLEH LAKUKAN..APAKAH FIKIRAN BANGANG MU BELUM LAGI MATANG..KETAHUILAH PEREMPUAN NI HANYA HIASAN DAN KADANG-KADANG MEREKA GEMAR MELIHAT LELAKI BERGADUH DAN MENJADIKAN DIRI MEREKA SEBAGAI TROFI REBUTAN..NABI TELAH MENGAJAR BAHAWA PILIHLAH PEREMPUAN YANG BERIMAN UNTUK DIJADIKAN TEMAN HIDUP KAMU...TETAPKANLAH MATLAMAT HIDUP KAMU DENGAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG SOLEH...MATLAMAT HIDUP KAMU BUKAN HANYA MENCARI PEREMPUAN SEMATA-MATA TETAPI KAMU SEBAGAI LELAKI AKAN MEMIKUL BERBAGAI TANGGUNGJAWAB YANG BESAR"

Nak tau ape respon mereka??..Mereka mengherdik kita dan malah mereka menganggap kita sebagai saingan pula untuk merebut gadis mereka minati. Bukan itu sahaja mereka menuduh pula kita memandai campur urusan peribadi mereka.

Inilah dikatakan manusia banggang tak habis...dah bodoh sombong pula. Apapun inilah realiti pemuda Islam sekarang begitu juga dengan pemudi Islam. Masing-masing tidak meletakkan agama sebagai panduan hidup tetapi hidup secara membabi buta.

Tugas pendakwah bukan untuk menilai manusia tetapi tugas mereka membawa hamba Allah yang tersesat jauh kembali ke jalan yang benar.Maka disinilah tugas mereka yang sedar tentang Islam untuk mengajak rakan-rakan kembali ke pangkuan Allah dan kembali menjadi pemuda dan pemudi yang memperjuangkan agama Allah. Wahai pendakawah sekalian, berhenti lah menilai manusia tetapi kerahlah keringat untuk menyedarkan pemuda-pemudi Islam untuk menjadikan perjuangan Islam sebagai agenda utama dalam hidup mereka.

Saturday, June 18, 2011

Betul ke kehidupan ni satu misteri??


Salam Perjuangan,

Sudah berbulan agaknya aku tidak menerbitkan artikel di blog aku sendiri. Lagipun blog aku ni tidak la popular dan tidak ada pembaca barangkali. Namun di sinilah tempat aku meluahkan idea dan rasa isi hati tentang dunia ciptaan Allah s.w.t.

Ramai orang bertanya benarkah kehidupan ini satu misteri bagi manusia. Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah dan memerlukan Allah sebagai tempat mereka bergantung. Ayat sebelum ini jelas mengatakan manusia memerlukan tuhan sebagai tempat bergantung. Oleh itu, untuk menjadikan kehidupan tidak lagi misteri, manusia perlu manjalani kehidupan mereka berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Mudah tak jawapan dan penyelesaiannya???...hanya manusia yang bijak berfikir akan berjaya meneruskan rintangan kehidupan tetapi bagi mereka yang merasa hidup ini tak perlu bergantung pada tuhan maka SILA TINGGAL KAN BUMI DAN CARI PLANET LAIN YANG BUKAN DARI CIPTAAN ALLAH!!!.

Aku juga seorang manusia yang lemah dan tak lepas dari murung dan kecewa dengan kehidupan yang aku miliki pada hari ini. Suatu hari aku berjumpa dengan seorang sahabat lama. Dia melihat aku semakin "down" dan tidak semangat untuk terus menempa kejayaan dalam hidup. Lalu sahabat aku berpesan pada aku yang mana pesanan beliau membuatkan aku berfikir sehingga sekarang. Nak tau apa pesanan beliau???..Inilah dia "HIDUP INI ADALAH PILIHAN..KITA YANG MEMILIH SAMA ADA KITA NAK HIDUP SUSAH ATAU PUN SENANG..DALAM AL-QURAN ALLAH MENYEBUT BAHAWA DIA TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESEORANG SEHINGGA MEREKA BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA..MAKA UNTUK HIDUP SENANG KENA RAJIN BERUSAHA DAN POSITIF KALAU TIDAK KITA TIDAK AKAN BERGERAK KE MANA-MANA DAN HANYA MERUNGUT SEHINGGA MENJADI ORANG GILA"

Inilah pesanan yang membuat aku tersentak dan berfikir panjang. Lalu aku terus mengambil tindakan drastik untuk berubah secara total.

"Ingatlah hidup adalah pilihan maka pilih lah jalan yang benar dan membawa kita ke angkasa kejayaan."

Saturday, April 16, 2011

Dunia yang semakin gelap...

Salam Perjuangan,

Sesetengah orang ketika ini mereka menikmati hidup yang begitu selesa dengan kemewahan dan nikamt kesihatan yang begitu baik. Tetapi bagi sesetengah orang mereka semakin sengsara dengan serba kekurangan dalam hidup malah mereka semakin jauh dari tuhan yang sepatut mereka ingati.

Kebelakangan ini aku mengahdapi kesukaran hidup yang tidak terhingga sehingga menyebabkan aku rebah di dunia yang fana ini. Semakin gelap duniaku dari cahaya tuhan dan semakin aku mengalah dengan ujian tuhan. Aku mula teringat zaman jahiliyah aku yang penuh dengan kejahilan dan di masa ini lah tuhan membayar balik segala perbuatanku yang langsung tidak melambangkan seorang Muslim.

Seringkali aku termenung melihat sinaran bulan sambil bermuhasabah diri. Apakah aku mempunyai peluang untuk menikmati bahagia di sisi tuhan??..Jawapannya adalah ya dan aku perlu yakin denga ketentuan tuhan dan Allah juga telah berfirman Bahawa Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka cuba untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Aku betul-betul rebah sujud pada tuhan dan aku berkata pada diriku bahawa tanpa bantuan dari Allah aku tidak mungkin akan dapat menempuhi hidup ini. Ya Allah aku berada di dunia yang manusia nya penuh dengan kejahilan sehingga ku tidak mampu untuk beristiqamah menjadi hambaMu yang taat. Bantulah aku ya Allah, sedih melanda bagaikan tsunami dalam hati dan rindu ku atas nikmatMu sebagai hamba yang taat.

Aku pasrah akan segala yang berlaku sekarang ini..adakah aku mampu senyum dan hatiku tidak menangis lagi???...Hanya Allah yang tahu.

Thursday, March 3, 2011

Thanks to God...

Today is the best day of your life!
God is going to make your day even better.
Take a moment to give thanks,
to God and everyone around you.
God, your family, kids and friends love you.

Take a moment to give away love,
to your kids, your family,
your friends and everyone around you.
Take a moment to give thanks,
to God and every teacher you know.
Your life is a constant challenge.

Take a moment to thank God
for the strength and patience
to face every challenge.
Share that strength with everyone around you.
Show patience for everyone around you today.
God has given you so much.

Take a moment to give thanks to God and share
what you have with everyone around you.
Be the one to tell them they have so much.
Show everyone around you how thankful you are.
Truly expect your day to get better today.

Saturday, February 26, 2011

4 ciri lelaki hebat......

Salam Perjuangan,

Lelaki yang hebat sukar ditemui di zaman penuh dengan kerosakan dan kemusnahan akhlak. Ini di sebabkan lelaki pada zaman ini tidak lagi bertindak sebagai pemimpin tetapi bertindak sebagai seorang yang sia-sia dan tidak berfungsi kepada masyarakat dan wanita. Berikut ingin saya konsikan ciri-ciri lelaki hebat dan entry ini merupakan nukilan daripada orang lain tetapi tidak salah kita kongsikan bersama.

1. Kehebatan terserlah

Lelaki yang hebat di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang membantu pasangannya, baik di luar mahu pun di dalam rumah. Lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya atau berbuat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pun.

Tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan zaman dahulu yang perlu memikul tombak, menghunus keris dan membiarkan pasangan membuat semua kerja di dapur sendiri sebaliknya lelaki hebat masa kini adalah lelaki yang rajin tulang membantu pasangannya. Jika anda sudah ada ciri ini, anda adalah lelaki hebat di mata wanita.


2. Tahu akibat

Menjadi lelaki yang hebat juga bermakna anda tahu membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah memikirkan apakah kesannya kepada pasangan, adakah ia akan mengguris hati mereka dan mencacatkan hatinya yang tulus suci menyintai anda dan sebagainya.

Menjadi lelaki yang baik adalah bagaimana anda tahu menjaga hati pasangan sebaik mungkin. Percayalah, bila anda pandai menjaga hatinya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. Sebenarnya, ramai lelaki yang gagal berbuat begini kerana kebanyakan lelaki lebih suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

3. Ambil berat

Biarpun sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. Jangan sesekali mengambil kesempatan kerana ia akan hanya menunjukkan kelemahan anda di mata mereka.

Jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, sanggup berkorban apa saja demi menjaga hati pasangan. Menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksananya mungkin agak sukar. Namun begitu, lelaki hebat tidak akan teragak-agak berbuat demikian kerana mereka tahu, penghabisannya sangat berbaloi. Diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa saja untuk anda, sama seperti anda yang sanggup berbuat apa saja demi menjaga hatinya.

4. Pandai ambil hati

Ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan sebagainya. Lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah tampan, kekayaan, kedudukan, baik dan sebagainya. Tetapi dalam ribuan lelaki, bukan semua memilikinya.

Ada yang dilahirkan dengan wajah biasa-biasa saja dengan pekerjaan yang biasa juga. Semua ini membuatkan ada lelaki berasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki yang hebat. Namun tidak mustahil anda juga boleh menjadi lelaki yang hebat di mata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalunya. Mungkin anda tidak dapat menandingi semua kekayaan dan ketampanan tetapi cukuplah sekadar anda memiliki hati yang hebat.

Namun dalam anda mencari bagaimana menjadi lelaki hebat, jangan dilupakan satu perkara penting bahawa lelaki yang hebat juga adalah lelaki yang hatinya penuh takwa kepada Allah SWT. Dia bukan saja ingin sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa malah mengajar pasangan dan anak-anak mencintai dan mengikuti ajaran-Nya.